Quantcast
Channel: Hidayu's Journal
Viewing all 233 articles
Browse latest View live

Elma Eiliyah : 16 bulan

$
0
0
Elma Eiliyah

Dah setahun 4 bulan usia dia. Aku selalu macam tak percaya dia baru setahun 4 bulan. Tak percaya sebab perangai dia, development dia macam 'Eh.. dah pandai nak pakai baju sendiri awak Elma' Rasa macam dulu Eisya takde pun macam ni. Ke aku yang dah hilang ingatan. Aku selalu terasa Elma ni semua benda cepat. Mungkin sebab dia ada Eisya kan, segala apa Eisya buat dia tiru. 

Elma dah pandai merajuk dan mengamuk. Kalau dia merajuk.. horror. Tahap mengamuk Elma sangat menakutkan. Susah sungguh nak pujuk. Sambil nangis-nangis dia gi lari masuk bawak meja, kalau cuba nak pujuk dia, nanti dia marah. Nak amik dukung dia, habis dia tepis-tepis tangan.. Sekarang dia dah upgrade lagi skill mengamuk dia, dia gigit pulak orang. Kalau amik jugak, dia meronta-ronta, pastu kalau lepaskan semula, habis semua barang berdekatan dia campak. Huhuhu.. Dasyat kan anak kedua aku ni. Pepandailah kau carik benda yang mampu buat dia reda. Dan selalunya hanya MAKANAN mampu buat dia cool down.

Elma memang pemakan. Gembira hati mak. Macam semalam dia mengamuk berebut bantal dengan Eisya. Budak 2 orang ni pun kan, bantal pun nak berebut. Sakan dia mengamuk. Aku pujuk tak layan, Ekwan try pun tak berjaya. Aku hulur roti raisin, terus diam. Terus sumbat roti masuk mulut. Huhuhu.. Setakat ni, itulah kaedahnya nak bagi dia diam. Tak tahulah sampai bila umpan bagi makanan diam. Akal dia ni boleh tahan.


Aku dalam proses nak wean-off kan Elma. Huhuhu.. Memang agak awal, tapi aku rasa setakat ni je kemampuan aku. Susu pun dah tak berapa ada, Elma required lebih dari yang mampu aku bagi. Nampak dia tak puas. Tidur malam asyik terjaga, aku pun letih jadiknya. Elma pun takdelah reject susu formula. Sebab dari usia dia 6 bulan dia dah minum susu formula. Cuma tak berapa gemar. Lagi-lagi S26. Buat 6oz, dia minum 3oz pun dah syukur. Bila berhasrat nak wean-off ni kenalah kenalpasti susu apa yang dia betul-betul berkenan. Sempatlah try Nan dengan Sustagen. Sustagen dia macam suka, tapi yang perasa Vanilla. Nampak sangat Elma suka yang manis.. Hhmm.. Layankan je lah.

Dan minggu lepas, Ekwan beli Dugro Madu. Sekilo habis seminggu je. Duduk dengan Ekwan, memang susu tepung je lah. Bila aku balik pun, aku sengaja tak bagi susu badan, sebab nipple tengah mengalami kecederaan. Mula-mula tu merengek-rengek Elma tak puas hati, bagi botol pun dia tolak-tolak. Bila lama-lama dah menyampah agaknya, dia minum gak. Sekejap je habis. Satu hari aku bagi susu formula. So Elma pun macam dah redho.. Sorry Baby..

Harap-harap proses wean-off ini dipermudahkan, sepertimana aku wan-off Eisya dulu.

Elma sekarang kemaruk nak pakai baju, seluar sendiri. Eisya pun dia sibuk nak pakaikan baju. Macam dah besar sangat je gayanya kan. Tu yang aku macam tak percaya kadang. Asal kakak dia siap mandi, sibuk dia amik seluar nak pakaikan. Siap tunggu depan pintu bilik air hulur tuala. Dah lah amik seluar dalam bakul baju kotor. Pastu selagi orang tak layan dia, selagi tu lah dia kejar satu rumah. 

Elma... Elma..




ILM Arts Festival - Largest Gathering of Muslim Talents in the World

$
0
0

Event bertaraf antarabangsa yang semua patut pergi. Patut pergi sebab inilah masanya nak bertemu dan mendengar sendiri pengalaman daripada mereka-mereka yang telah berjaya. Berjaya dalam bidang masing-masing. Dan yang paling menarik, kejayaan mereka itu lagi indah sebab diiringi dengan rasa kepercayaan dan kecintaan terhadap agama. Bukan senang nak dapat peluang orang kongsi kisah kejayaan ni. 

ILM Arts Festival mengumpulkan kesemua 30 artis dari seluruh dunia. Diulangi SELURUH DUNIA, dari pelbagai bidang. Ada Pelawak, Artis Nasyid, Penyair, Grafiti Artis, Qari, Photographer, Designer, Penulis dan juga Film-Maker. Maka, ILM Arts Festival ni adalah festival yang bertaraf antarabangsa. Iman bertemu kreativiti. Itu keyword ILM Arts Festivals. Di zaman, remaja dan belia semakin tersasar dengan macam-macam jenis masalah sosial, dengan adanya majlis seperti ILM Arts Festival, diharap dapatlah memberi inspirasi kepada mereka. Cara terbaik dan selalunya berkesan bila nak approach golongan muda ni selalunya melalui seni. Inspired through art katanya.

ILM Arts Festival meraikan Perpaduan, Kepelbagaian, Keimanan dan Kreativiti semua dalam satu event!!

Siapa artis dan personaliti antarabangsa yang akan ada di ILM Art Festival ni nanti?? Meh akak tunjuk kan. Honestly, akak sendiri tak berapa kenal semua ni. Yang akak kenal Mizz Nina dengan Altimet je. Yes, mereka mereka berdua antara 2 artis tempatan yang akan turut serta dalam event ni. Tapi ramai lagi selebriti lain yang akan turut hadir dalam festival ni. Tapi yang aku terasa nak sangat dengar experience derang adalah Peter Sanders, Peter Gould dan Jordan Ritcher. Yelah, nak dengar sendiri macamana Islam datang dan inspired hidup derang.

Dan sebagai wanita, teruja jugak aku nak jumpa dengan Safina Sajid, Hannah Habibi tu. Kita ni ada masanya perlu disajikan dengan kisah kejayaan orang lain, baru tersedar sikit. Sebab tu, bila ada kesempatan dan peluang, memang kena attend event-event macam ni. Baru terbukak sikit mata hati semua.


Untuk senarai penuh dan brief introduction pasal personaliti lain yang terlibat, boleh refer kat link bawah ni:-



ILM Art Festival.

Kalau ada masa lapang, marilah sama-sama luangkan masa ke ILM Arts Festival30 OGOS 2015 di Stadium Malawati, Shah Alam. Acara bermula jam 11.30am hingga ke 10 malam. Tiket boleh dibeli bermula dengan harga RM55. Pelbagai acara menarik, it's a family event. Selain dripada main stage event, ada jugak performance art, live grafiti show, aksi papan luncur dari Jordan Ritcher dan Joe Ipoh. Dan paling best, dapat tambah ilmu dan dapatkan inspirasi dari personaliti-personaliti ni semua.

Ni nak bagitau good news, Harian Metro selaku one of sponsor of ILM Arts Festival akan memberikan 300 TIKET PERCUMA kepada pembaca setianya untuk menghadiri festival ini. How?? Mudah je. Kumpulkan 5, 10 atau 15 keping kepala akhbar Harian Metro antara 19 Ogos hingga 28 Ogos 2015 dan tukarkan ke tiket pilihan anda!! Gi beli Harian Metro sekarang.

For more details about ILM Arts Festival:

Twitter: https://twitter.com/ilmartsfestival

DAPATKAN TIKET ANDA HARI INI. JUMPA DI SANA AHAD INI!!
Nak beli tiket kat mana?? Layari: www.ilmartsfestival.com


Homemade Caramel Popcorn

$
0
0
Sedap giler!!! Peduli lah nak kata puji diri sendiri, tapi itulah hakikatnya. Popcorn buatan sendiri di rumah adalah sangat lazat. Puas makan anak beranak. Eh, tak puas sebenarnya sebab buat sikit, pastu semua berebut. Siap Eisya selamba arahkan aku 'Ibu pergilah buat lagi' Sesuka hati je, kalau buat popcorn tu semudah goreng kerepok ikan yelah.. Masa tu gak ibu kau bangun gi buat lagi. Tapi tak sesenang itu okay. Tapi takde lah susah mana pun. Keyword dia : Rajin. Tu je.

Homemade Popcorn telah menjadi viral di kalangan mommy blogger, so menjadi seseorang yang mudah terpengaruh, haruslah aku pun turut join sama. Tambahan pulak, lama dah beli jagung popcorn tu duduk je dalam peti ais. Maka, marilah kita tukar dia menjadi popcorn. Dah namanya buat sendiri kan, haruslah caramel tu aku pastika akan meliputi semua butir popcorn. Memang seronok lah makan rangup-rangup tengok Jurassic World. Tapi tu lah, sikit sangat, sekejap je dah habis.

My Homemade Caramelized Popcorn

Macamana nak buat?? Mudah je, apa-apa pun gi beli jagung dia tu. Aku beli kan Bake With Yen. Murah je sepeket tu adalah dalam 200gm kot, RM2.50 je. 
  1. Goreng jagung dalam minyak panas. Dalam seminit, jagung tu akan kembang dan meletup-letup bertukar jadik popcorn. Aku goreng dalam periuk sebab senang nak tutup. Kuali kat rumah aku semua takde penutup. 
  2. Untuk caramel: Masak 3 sudu gula atau ikut lah berapa banyak korang suka, sampai jadik gula hangus. Pastu masukkan sesudu butter. Pastu masukkan lah popcorn tadi. Gaul sampai rata. Siap.
Senang sangat kan... Boleh lah cuba. Elma memang suka sangat popcorn ni. Tapi dia lagi suka yang takde gula. Bagus. Suka mak kau. Popcorn ni nak buat sekali banyak-banyak pun macam tak best sebab takut dia masuk angin, dah tak rangup. Nak tak nak, silalah rajin kan diri. Petang-petang hari Sabtu tu, sebelum pasang movie, masuklah dapur goreng popcorn.. Goreng eh? Boleh lah.. 

HELLOGIF by Fotobox

$
0
0
Ini memang awesome!! fotobox yang biasa kita jumpa, biasanya hasilkan gambar je. Tapi HELLOGIF dari Fotobox ni bleh hasilkan video okay. Memang awesome!!


Terliuk-liuk akak kat depan kamera tu. Seronok. Lagi-lagi dengan kawan kachik, seronok lah nak beraksi depan kamera tu. Video ni kitaorang amik masa kat event Magnum White Almond. Untuk setiap video, kena snap 4 pose, kemudian dia akan convert to video. Dan paling best, korang boleh dapat video tu immediately thru email. Perggh.. Memang menarik. Boleh terus download dan upload ke Instagram!!

So, kalau korang ada nak buat apa-apa event, kenduri kawin adik ke, birthday party anak ke.. Ke company korang ada nak buat pape event, sangat sesuailah kalau sediakan Fotobox ni. Mesti tetamu korang happy mengedik. Pastu dapat pulak sekeping gambar di majlis korang untuk dijadikan kenangan. Berapa harga dia semua akak tak tahu. Silalah contact mereka sendiri ye.

Untuk makluman lanjut pasal servis HELLOGIF by Fotobox, boleh refer:

Email : ask@whatisfotobox.com

Follow them: 





Thanks WOOP

$
0
0
Akhirnya sampai juga barang yang aku redeem dr WOOP ni. Walau hampir sebulan menunggu, dan berbalas email dengan WOOP hampir 2 minggu, akhirnya sampai jugak. Dah hampir-hampir merajuk dengan WOOP, siap suruh pulang balik point aku. Nak redeem barang lain, akhirnya dapat juga emel kata derang dah dispatched out barang aku.

Dan dapatlah barang yang dinanti.

2 botol Concentrated Softlan Magic Moments Roses of Flower 350ml dan 4 pek Floral Fantasy condiitoner refill 200ml. Thanks WOOP and Softlan.

Jimat peruntukan softlan 3 bulan akak. Gembira. Dapat barang free yang memang dimanfaatkan macam ni, memang akak suka. Tak sia-sia usaha akak main share macam-macam kat FB, Twitter, IG segala. Ada juga hasilnya. Aritu dah agak malas melayan WOOP ni bila barang yang ditebus tak kunjung tiba. Ni dah dapat ni, jadik bersemangat lah balik. Banyak pulak kempen yang tengah berlangsung tu.

Selalu aku layan WOOP ni malam-malam, lepas budak 2 ketul tu tido. Time weekend, nak buat kat opis memang tidak lah. Opis blocked okay segala website ni. Tetiba berkobar-kobar semangat nak redeem minyak enjin Castrol. Jimat duit servis kete sebulan.. 

Berminat nak join sama?? Klik link di bawah:



Selamat bergembira bersama Woop!!!



SUNSHINE SEPTEMBER

$
0
0
Ciri-ciri autisme

Aku baru dapat tahu sesungguhnya 1 out of 68 children is affected by autism. Jumlah kanak-kanak yang sebenanrnya menghidap autisme semakin meningkat tapi kesedaran mengenai autism ni masih tak menyeluruh. Autisme ni takde penawar, no medical detection jugak.. Hmm, tapi dengan pendedahan awal dan bersesuaian, individu dengan autism boleh hidup sama macam orang lain. 

Atas rasa tanggungjawab korporat terhadap masyarakat, Suria KLCC bergabung tenaga dengan Alamanda, Putrajaya dan Mesra Mall, Kerteh menyebarkan kesedaran tentang autism melalui Kempen Sunshine September. Kempen ini bertujuan mengumpul dana untuk National Autism Society of Malaysia (NASOM). Sunshine September dah dilancarkan selama 3 tahun oleh Suria KLCC. Sepanjang bulan September ni, pelbagai acara dan aktiviti menarik berkaitan autism akan dijalankan di ketiga-tiga shopping mall ni.

Kempen Sunshine September 2015 akan dilancarkan 4 September 2015 (Jumaat) ni kat Alamanda, Putrajaya. Sesiapa yang berada berdekatan dan ada kelapangan masa, marilah sama-sama hadir tanda sokongan kita terhadap usaha murni Suria KLCC ni. Boleh tengok persembahan dari NASOM Maestro, kumpulan koir pertama kanak-kanak autism. Hebat ni. Yelah, kanak-kanak autism kan selalunya dikatakan tak suka bunyi-bunyi bising, lambat bercakap.. Bila mereka boleh menyanyi depan orang ramai, memang pencapaian yang sangat membanggakan.

Untuk maklumat lanjut program sepanjang Kempen Sunshine September, boleh refer:


Jumpa di sana Jumaat nanti.



Weekend Reward for Eisya

$
0
0
Aku sejak ada Elma ni, memang agak jarang keluar rumah on weekend. Letih nak melayan 2 ketul tu kat luar. Huhu..Elma tu lasak okay. Lagi-lagi sejak dah pandai berjalan ni, memang nak lepas je. Pastu ada masa, tak nak orang pimpin tangan dia. Nak jalan sendiri, perasan besar. Eisya pun takdelah merengek kalau duduk rumah je, asalkan ada youtube.. Dapat tengok kartun, cukup dah dia tu. Sekarang aku lagi suka duduk rumah, layan movie dari pagi sampai ke malam. Buat popcorn, makan depan TV. Tak keluar, duit pun jimat.. 

Tapi minggu lepas, Eisya asyiklah buat perangai tak nak pergi sekolah. Setiap pagi berzikir tak nak pergi school. Nak memujuk, aku berjanji macam-macam. Dan antaranya ' Kita gi mandi kolam eh.. Dah lama kan kita tak gi mandi kolam' Guna janji yang sama sepanjang minggu, dapat lah melepaskan dia masuk ke pagar sekolah. Dan bila berjanji dengan budak sebesar Eisya, wajib ditunaikan janji tu. Pagi-pagi Sabtu dia dah sibuk nak pakai baju renang nak gi kolam. Tapi abah keje lah pulak, puas memujuk dia bersabar tunggu petang. 

As usual, ke Putrajaya lah kita. 

Kenapalah MPSJ takde kemudahan macam ni, ke ada, aku je yang tak tahu. Mulanya tuju ke Presint 9, tapi bila sampai tengok kolam kosong, takde air langsung. Tuju lah pulak ke Marina Putrajaya, Presint 5. Dalam perjalanan, hujan turun lebat. Eisya dah monyok dah. Tapi memang rezeki dia, hujan sekejap je. Sampai area Pullman, hujan berhenti. Dan senyumlah kembali dia.

Budak kegembiraan dapat mandi kolam


Mulanya tak nak bagi Elma mandi sebab macam naik gatal-gata, tapi jangan haraplah kan. Kolam depan mata pastu nampak kakak mengekek dalam air. Ingat boleh dia tengok sesaje. Mengelupur lari nk masuk kolam. Nak bukak diaper pun dia tak menyabar. Bila dah masuk kolam, buat lagi perangai tak sedar diri dia tu kecik. Punyalah marah tak kasik abah pegang, nak jalan sendiri. Geram je tengok. Elma.. Elma.. Yang si kakak, ngada-ngada nak pakai pelampung. Adik nak pinjam pun tak bagi. Adooii.. macam-macam perangai budak-budak ni.

Aku duduk tepi je. Malas lah nak bersalin-salin baju, Tapi rasanya next time kena masuk gak lah. Tak daya lah Ekwan nak jaga dua ketul sorang-sorang dalam kolam. Tak dapatlah akak nak feeling duduk  silang kaki tepi kolam makan kacang lepas ni.


Eisya Sport's Day

$
0
0
Mak yang lagi teruja mengalahkan anak. Anak teruja jugak, tapi takdelah melebih macam mak dia. Mak teruja, macam kan dia yang nak bersukan esok hari. Alah, sport day tahun lepas masa kat Tadika Temanku tak dapat join, tu yang tahun ni macam excited terlebih. Lagi-;agi baru tukar sekolah ni kan. Tahun pertama bersama Nur Kids. Walaupun frust cikgu buat Hari Sukan masa cuti Hari Merdeka, terpaksa cancel plan nak balik kampung. Demi acara tahunan Eisya, korbankanlah hari cuti.

Acara diadakan di Sek. Kebangsaan USJ20. Dekatlah dengan rumah. Walaupun dekat, suruh sampai pukul 9 pagi, 9.15 gak baru terkedek-kedek keluar kereta. Nasib lah mak bapak lain pun ramai yang sayangkan waktu tidur di hari Sabtu. Takdelah Eisya terlepas sebarang acara. Breakfast semua kat sini. Nasib semua dah tersedia. Tapi aku bawak gak bekal, risau makanan tak mencukupi. Lagi-lagi untuk si kecik Elma tu.

Pagi-pagi dah sampai ke sini. Tak pagi sangat lah, jenuh jugak nak kasik semua bersiap. Eisya rumah kuning, maka kami semua kena pakai kuning.

Perbarisan Hari Merdeka. Alahai anak aku, patuh sungguh kata cikgu. Selagi cikgu tak suruh turun tangan tu, selagi tu lah dia pegang bahu kawan dia

seronok pulak tengok bebudak ni ramai-ramai macam ni

Nanyi lagu Jalur Gemilang. Bukan main beriya aku tengok dia menyanyi, bila balik suruh nanyi semula, hampeh.. ' jalur gemilang...' tu je dia ingat. nampak sangat tadi miming semata.

Elma pun nak kibar bendera jugak.

Menunggu giliran game untuk kategori 5 tahun. Masa ni budak 4 tahun tengah beraksi.

Strategi Peperangan nama game ni. Imaginasi tinggi cikgu-cikgu NurKids ni.

sementara kakak main games, ni keje dia. ke hulu hilir bawak makanan. habis datang kat ibu minta lagi. seronok lah tu lepas bebas.

tamat dah 2 games yang dia kena join. gaya macam letih bebenor. terus datang minta air. siap suruh belikan 100 plus. pastu bila suruh pergi join sorak untuk budak umur 6 tahun, dia kata 'suara chacha dah abis jerit kat budak 4 years tadi' hhmm..whatever lah Eisya weh..


I'm at Nur Kids Sport Day!!

Huru-hara majlis penyampaian medal..

Lega aku tengok Eisya pandai mix around dengan kawan-kawan dia. Walaupun dia banyak diam, tapi takdelah sampai mengasingkan diri sangat, nak berkepit je dengan mak ayah. Pandailah jugak dia bermain dengan kawan-kawan. Aku risau gak sebenarnya kalau dia pandai bawak diri masa kat sekolah. Tapi bila tengok dia seronok je main dengan kawan-kawan, tapi selalu cakap tak nak gi sekolah. Isskk.. Adakah ragam setiap pagi tu, hanya sebab malas semata?? Hhmm.. Mungkin lah. Duduk rumah seronok, tengok kartun je. Suruh belajar pun kejap je dah kata penat..

InsyaAllah, okay je dia kat sekolah tu. Adalah tu masa-masa yang dia malas. Macam aku gak, ada masa liat bebenor nak bangun gi keje. Nak je sambung tidur kan.. Samalah dengan Eisya..


Eisya Cabut Gigi

$
0
0
Memang tak sangka, umur 5 tahun gigi anak aku dah rosak. Siap kena cabut. Tak sangka sebab Eisya jenis yang rajin gosok gigi, kalau aku terlupa gosok kan gigi time mandikan dia. Punyalah dia marah. Tapi itulah, sejak minum susu coklat.. Aku memang dah menjangkakan gigi dia akan rosak. Dah lah suka makan gula-gula. Sekali hadap banyak lak tu. Malam-malam sebelum tidur, susu lagi.. Hmmm... Menjangkakan tapi tak mampu nak kawal. Dan bila dia mula mengadu gigi dia sakit, tapi macam tak serius. Lepas cakap sakit still boleh selamba makan, main macam biasa. Mak kau pun rileks je lah kan.

Tapi minggu lepas, sungguh-sungguh dia kata dia sakit gigi. Sampai tak boleh tidur malam. Bagi lah paracetamol yang juga merupakan ubat tahan sakit. Legalah sekejap, lepas tu merengek semula. Tak tidur semalaman Ekwan melayan dia sakit gigi. Tengah-tengah malam sapukan minyak angin kat pipi dia, tak menjadi apa. Sudahnya bagi lagi sekali ubat. Dapatlah dia tidur sekejap. Esoknya pagi-pagi pergi carik klinik gigi. Boleh pulak klinik-klinik gigi kat USJ Taipan ni berpakat semua tutup hari Rabu kan... Nasiblah on the way nak balik tu, jumpa 1 klinik. Terus terjah.

Pagi tu Eisya lega je. Mungkin kesan ubat masih ada. Dia tak tahu pun nak kena jumpa doktor gigi. Nasib dia rileks je bila doktor check gigi dia.

Terkejut aku tengok gigi geraham dia tu. Rosak sungguh dah. Patutlah dia kesakitan. Huhuhu.. Gusi dah bengkak. Doktor kata tak boleh cabut hari ni. Dia suruh datang semula after 3 days. Aku macam tak percaya je bila doktor tu kata nak kena cabut gigi Eisya tu. Tak terbayang macamana nak cabut gigi dia nanti. Tapi doktor kata, no option. Kena cabut jugak, kalau tak dia akan lagi sakit.

2 beradik. Sorang selim. Sorang boleh tahan heavy. Nasib tak heboh nak berdukung je.

Happily teman adik main sebab tak tahu apa yang bakal terjadi sekejap lagi.

Serahlah diri ke klinik Sabtu pagi tu. Bagi Eisya makan kenyang-kenyang sebab takut jap lagi dia takde selera nak makan kan. Eisya tahu nak jumpa doktor gigi nak cabut gigi. Tapi dia tak paham apa itu cabut gigi. Maka happily lah dia panjat tangga ke klinik gigi tu. Tapi bila masuk bilik doktor, nampak segala tool doktor tu... Beria dia cuba nak lepaskan diri. Terpaksalah Ekwan peluk dia kuat-kuat. Beria dia menangis lepas kena bius. Lepas dia dah tenang sikit, doktor cepat-cepat teruskan operasi mencabut. Nasib doktor tu memang gentle je. Dan sekejap je dah settle. 

Huhuhu.. Aku konon beria lah nak gak amik gambar Eisya 1st dental treatment. Tapi takde maknanya.. Budak dah menangis takut, dengan Elma lagi. Pikir nak cepat settle je.

Lepas settle terus balik rumah, tak berhenti-henti Eisya menangis. Sakit lah kan.. Even dah bius, mestilah sakit. Mana ada cabut gigi tak sakit. Kesian anak aku. Puas pujuk dan tenangkan dia. Explain kenapa kena buang gigi rosak dia tu. Cakap dia kuat, dia berani. Ibu ni pun tak pernah cabut gigi kat klinik Eisya, tahu-tahu rosak pastu tercabut sendiri. Tapi memang kesian sungguh lah kecik-kecik cabut gigi. Balik rumah terus bagi paracetamol lagi sebab dia merengek sakit beria. Bius dah habis kot. Suruh tidur tak nak, baringlah tengok kartun. Luckily lepas makan painkiller, lega dah. Dah boleh makan ice-cream..

Petang tu tunjuklah gigi dia yang kena cabut tu.. takjub dia tengok gigi sendiri. Dan seminggu ni insaflah sekejap budak tu, tak makan gula-gula. Susu pun sekali je, pastu terus gosok gigi. Suruh minum susu putih tak nak, nak gak susu coklat. Harap-haraplah lama lah kekal keinsafan ni.

Ikutkan doktor suruh cabut gak geraham lagi satu tu, tapi tu lah.. Aku tak rasa lepas ni kitaorang mampu nak bawak dia gi klinik tu lagi. Mahu nampak je klinik tu, dia lari masuk kereta semula.

Half Year Supply of Pantene Aquapure

$
0
0
Rezeki. Alhamdullilah. Tahun ni memang murah rezeki aku. Banyak juga dapat hadiah dan barang percuma hasil men'joinkan diri dalam segala macam contest. Bila dapat benda yang memang kita guna. Memang happy. Sape tak suka kan.. Jimat duit. Dan baru-baru ni dapat SMS dari PR company mewakili everydayme.com.my yang memaklumkan aku adalah winner bagi EverydayMe Rate & Review Contest. Dan hadiahnya adalah half year supply of Pantene Aquapure.

Waahhh!!! Berbunga-bunga hati bila dapat sms tu. Tetiba macam blur, bilalah aku submit review ni.

Itulah kan, kekadang benda yang kita tak sangka dan tak jangka lah yang menjadi. Hhmm, adakah lepas ni join mana-mana kontes, tak boleh letak harapan tinggi nak menang. Niat join happy-happy je. Ada rezeki menang, takde.. Cuba lagi. Mungkin.. Yelah, kalau letak harapan nak menang tinggi sangat, kalau tak menang frust jugak sebenarnya. Lagi-lagi kalau contest yang memerlukan modal. Kalau takde modal, submit online gini. Tak menang pun tak kecewa sangat. Menang.. Happy lah!!

Thanks P&G bekalkan stok shampoo dan conditioner untuk 6 bulan. Rasanya mampu bertahan lebih lama ni. Lagi-lagi pelembab tu. Shampoo tu kalau takde party buih dalam bilik air, memang tak beli shampoo lah kami 6 bulan ni. Thanks again.

Ramai jugak yang kata 'Murah sungguh rezeki kau Dayu tahun ni..' Alhamdullilah. Aku akui kenyataan tu. Tapi tanpa usaha, berharapkan rezeki semata-mata pun tak jadik jugak sebenarnya. Nak menang ni kena rajin jugak. Kenalah luangkan sikit masa join kontes-kontes yang ada. Makin banyak kita join, makin tinggi lah peluang nak menang kan.. Tapi itulah, kalau dah rezeki. Baru join pertama kali, terus menang dah.

Tuah dan rezeki masing-masing kan..

PLAY-DOH "Shape a Colorful Community" Roadshow

$
0
0
Tanah liat, PLAY-DOH.. Budak mana je yang tak suka. Baik laki, baik perempuan. Dapat PLAY-DOH bukan main suka lagi. Kalau gi mall, jalan kat toys department.. Kat area PLAY-DOH ni lah yang sangkut. Memang idaman ramai semua budak-budak lah PLAY-DOH ni kan. Termasuk lah anak-anak aku. Elma pun sekarang kalau dapat PLAY-DOH, bukan main leka lagi main. Tapi kalau bagi ke Elma memang kenalah main sama kan, kalau tak siap sedialah tengoh tanah liat tu dalam mulut dia. Nak harapkan Eisya memang tidaklah, dia kalau dah seronok main, lupa ke adik dia.



PLAY-DOH ni sebenarnya membantu juga anak-anak belajar.. dapat beri inspiration ke anak-anak untuk cipta macam-macam ukiran. Bereksperimen dengan imaginasi derang. Untuk budak baya-baya Elma tu, memang bagus lah untuk motor skill dia. Sambil belajar kenal warna. Kenal bentuk. Sesambil tu dapat juga develop skill bekerjasama dan belajar selesaikan masalah.  Tapi kan, PLAY-DOH ni bukan budak-budak je yang seronok, mak budak pun kalau main lupa diri.

Hah.. Ni akak nak share benda best ni..

Buat julung kalinya di Malaysia akan diadakan Sambutan Bulan PLAY-DOH. Wow!! Dengan tema 'Shape A Colourful Community' Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, One Utama. Kalau free boleh lah datang meriahkan acara. Kanak-kanak, mak bapak budak pun boleh boleh main bersama mencipta karya terbaik dari PLAY-DOH berilhamkan Malaysia. Dan yang lagi best, korang berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk hasil ciptaan PLAY-DOH paling banyak dalam satu hari. Acara ni akan diadakan pada 26 September 2015 (Sabtu). Datang weh, sebab ukiran PLAY-DOH yang paling menarik berpeluang memenangi hadiah PLAY-DOH yang menarik. Aku dengar-dengar macam stok PLAY-DOH bernilai RM500.. Menarik tu.


Jumpa anda di  Ground Floor, HighStreet, One Utama 
pada 26 September 2015 ni.

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH, boleh layari 
laman web rasmi PLAY-DOH: www.playdoh.com


September's Babies *baby lah sangat*

$
0
0
Sambutan birthday ni buat syarat je. Agenda utama sebenarnya nak, mak-mak budak ni nak jumpa kawan je lebih. Nak duduk borak-borak, makan-makan. Bukan selalu dpaat peluang kan, kenalah cipta sebab yang membolehkan semua orang berkumpul. Dan kebetulan, bulan September ni ramai yang bertambah usia, marilah sama-sama raikan hari tua masing-masing. 

subjek utama yang diraikan

pakcik makcik tumpang menyelit kongsi kek dengan Syaqif

Gambar ramai-ramai Wajib ada. We missed Faiz, Pijan and Ahmad this time. Harap-harap next session, we will have complete member of SnB.

Konsep potluck digunapakai. Mempelbagaikan menu dan tak membebankan tuan rumah. Alah, tujuan utama nak jumpa kawan je pun. Lagipun acara dimulakan petang, menu ringan-ringan pun dah memadai. Tapi Min dengan besar hatinya nak masakkan kawan-kawan dia nasi tomato dengan ayam masak merah. Seperiuk dia masak. Best sungguh dapat kawan macam Min ni. Dari dulu sampai ke sekarang, sentiasa prihatin kat kawan-kawan. Aku bawak buah je petang tu. Bawak mangga dengan nangka. Semua dah bawak makanan berat, pencuci mulut kena ada.

Kau ngaku je lah Dayu, kau malas nak masak pape. Nka yang senang sesaje. Hahaha.. Eh, tapi memang derang request buah lah.

serbu!! ada yang sanggup tak lunch sebab nak makan nasi tomato 3 pinggan *bukan akak*

sambil makan, sambil menyembang. Elma join ibu sembang kat sini, Eisya join abah sembang depan TV. Sesambil lari keluar masuk bilik dengan kawan-kawan..

Lepas dah kenyang, dah puas penuhkan perut layan lah pulak anak-anak mandi kolam. Punyalah memasing bersidai kat balkoni tunggu hujan teduh. Rezeki anak-anak, hujan tak lama. Dapatlah memasing terjun berendam dalam kolam. Jerebu pun dah kurang, bagi je lah. Dari waktu sampai lagi Eisya dah jeling-jeling kolam renang tu, kalau tak bagi mau dia meroyan sampai ke malam. 

Tunggu hujan teduh nak gi mandi kolam. Hujan berhenti je mengelupur semua salin baju.

Jom, kita salin baju..

Seronok anak-beranak petang tu. Anak-anak happy jumpa kawan. Tengok budak-budak bandar yang selaly terperap je dalam rumah, seronok main dengan kawan. Seronok sungguh. Bapa-bapa pun dapat jumpa kawan, borak berjam kat luar rumah.. Sambil tengok anak main. Rasa seronoknya lah kalau dapat macam ni selalu. Tapi kalau selalu sangat macam tak excited lak.. Kalau sesekali macam ni, ternanti-nanti okay. Macam banyak sungguh benda nak cerita. Sampai nak balik pun mulut tak berhenti bercakap.. 

Rindu zaman belajar dulu, zaman boleh ber'pillow talk dalam gelap.. Lampu dah tutup, masing-masing dah peluk bantal tapi mulut tak diam-diam. Hmm.. Rindu


Eisya's Dream Trip: Legoland

$
0
0
Happiest Kid of the Day. And her mom too actually.

Impian yang akhirnya tertunai. Makbul keinginan seorang budak. Tentunya gembira tak terhingga. Tak putus ucap terima kasih kat ibu dan abah. Suka sangat dia. Berjaya penuhi keinginan anak, haruslah kebahagiaan buat semua mak ayah kat dunia ni. Alhamdullilah, hasil berusaha gigih join pelbagai contest, merasalah masuk Legoland ni secara percuma. Kalau nak harapkan masuk bayar sendiri... Tak tahulah bila. Nak suruh aku spend sampai RM170/person.. Hmm, 20 kali aku pikir. Bukan tiket untuk seorang, 3 orang. Aku kira-kira, kalau aku pergi semua kos ditanggung sendiri, RM1000 gak habis sehari kat Legoland ni.

Terima kasih kepada Scott's yang menaja lawatan kami ke Legoland ini. 4 tiket 1 Day Combo Ticket tu sangat besar nilainya. Semoga terus maju dan anjurkan lah lagi peraduan yang menarik macam ni. Beri peluang orang lain merasa kegembiraan yang kami alami ni.

*entry ni konon teaser lah ni sebab akak baru je transfer gambar dari kamera. nanti akak carik masa dan mood update full story eh..

Legoland: Part 1

$
0
0
Yeay!! Saya dah sampai Legoland.

Kitaorang pergi Legoland ni sehari sebelum Raya Haji. Nyaris-nyaris  plan nak ke Legoland ni cancelled sebab Ekwan tak dapat cuti. Frust sungguh dah aku, kalah Eisya punya kecewa. Yelah, tiket valid sampai Januari 2016. Nak pergi bulan Oktober macam tak sesuai sebab bulan 11 ada trip lain.  Pergi kerap sangat tempat gini nanti rasa teruja dia tak maksima. Tu yang bila macam terpaksa cancelled trip ke Legoland on 23 September, terus aku muncung.. Hahaha..Kesian Ekwan dapat bini perangai mengalahkan budak. 

Tapi akhirnya, memahami isteri yang teringin bebenor nak ke Legoland ni. Tak tahulah apa dia buat or cakap kat bos dia, dapat jugak cuti hari Rabu tu. Terus akak kemas beg. Malam selasa balik JB.

Bawak sekali mak dengan ayah. Alang-alang dapat 4 tiket dewasa kan. Tinggal tambah 1 tiket lagi. Beli guna harga Senior Citizen untuk ayah. 

Harga tiket Legoland. Scott's bagi akak 4 tiket 1-Day Combo 4 tiket. Alhamdullilah. So akak hanya spent RM135 + RM11 for Elma untuk tiket. Toddler (3 tahun ke bawah kena tiket jugak ye)

Aku memang beriya nak pergi sehari sebelum Raya Haji, sebab tak sanggup nak pergi weekend. Dengan cuti sekolahnya. Mesti orang ramai. Isskk, aku memang serik pergi theme park time cuti sekolah. Dah lah Legoland ni besar, tak cukup sehari nak cover semua. Memang kena pergi time orang tak ramai. Dan Alhamdullilah, masa kitaorang pergi ni memang lengang Legoland. Adalah jugak orang, tapi seronok giler. Nak main semua benda tak payah nak beratur. 

Masa sampai ni berpusing-pusing jugak kitaorang carik parking. Nak masuk ikut mana pun tak tahu. Pintu masuk dia jauh okay dari parking. Ingatkan masuk ikut area hotel. Kebetulan depan hotel ada parking tapi guard tu kata parking tu untuk visitor hotel sahaja. Dia suruh kami ke Parking Zone 1 & 2. Kat luar tu banyak signboard untuk ke Zone 1 & 2 ni. Agak jauh lah nak berjalan untuk ke pintu masuk. Time pergi okay lah nak menapak, excited kan. Masa balik.. Huhuhu.. Rasa nak je duduk dalam stroller suruh Ekwan tolak.

Nampak tak berapa panjangnya walkways ni. Jauh okay. Patut kena sediakan coach/buggy atau tram. Hahaha.. Giler pemalas berjalan kan.. 

Tapi sebab rate dia murah, RM10 per entry. Exercise lah sikit.

Atas nasihat adik manis kat kaunter dan juga setelah merujuk kepada rakan-rakan yang telah ke Legoland terdahulu, kami dinasihatkan untuk ke Waterpark terlebih dahulu. Sebab dikhuatiri petang nanti hujan. Waterpark akan ditutup walau hujan renyai-renyai. Eh tak payah renyai, baru guruh dia dah tutup. Sebab cuaca pagi tu sangat bagus, marilah ke waterpark dulu. Eisya dengan Elma pun dah siap berbaju renang pun.

Happily Elma. Tersengih-sengih macam kan paham je.

Budak yang dah tak menyabar. Geram sungguh dia bila ibu dengan abah kejenya asyik 
berhenti nak bergambar je. 

Muka dah happy bila dah sampai depan ni. 

Gambar wajib. Thanks to Legoland's photographer sebab sudi amikkan gambar kami. Eisya dah muka meluat sebab tak habis-habis amik gambar. Hahaha.. Kesian dia tak paham betapa pentingnya gambar-gambar ni semua. Muka terpaksa sungguh amik gambar.

Alhamdullilah jugak hari kami ke Legoland ni, jerebu kat JB tak teruk. Pagi tu pun macam clear je. Kalau tak, risau jugak nak berkeliaran sepanjang hari dalam park ni. Dah lah punyalah beriya konon, pukul 10am dah terpacak depan pintu masuk. Sudahnya pukul 11.30am jugak baru sampai. Huhu.. Nasib orang tak ramai, puas lah jugak main semua benda dalam Legoland water park ni. Cerita lanjut pasal aktiviti kat waterpark next entry lah eh..

Next entry sebab gambar kat waterpark masih dalam SJ4000. Akak tak reti nak transfer. Alasan sangat kau kan Dayu.

Wall's FRUTTARE: Fruit Smoothie Ice Cream

$
0
0
Memang sedap. Tak cukup sebatang.

Tengok iklan dia je pun dah tergoda kau. Tak sabar nak merasa sendiri. Sebab dah dapat bayangkan, mesti sedap giler ice-cream ni. Ice Cream Wall's memang kegemaran aku sepanjang masa. Paddle Pop, Cornetto, Magnum.. Semua sedap belaka. Kalau diri depan tong ice cream, memang kebiasaannya ice cream Wall's lah yang menjadi pilihan. 

Dan kini Wall's Fruttare memperkenalkan produk terbaru mereka:  Fruit Smoothie Ice Cream. Banana Smoothie dan Strawberry Smoothie.

Pisang ke Strawberry menjadi pilihan??

Takde lain yang boleh aku katakan bila dah mencuba sendiri ice cream ni, hanyalah 'Sedap nya!!' Dan berlakulah adegan berebut ice cream dengan Eisya seperti biasa. Sudahnya terpaksa berhenti di stesen minyak berikutnya dan beli sebungkus lagi untuk aku nikmati seorang diri. Favorite aku adalah Strawberry Smoothie. Memang tak puas weh makan sebatang. Rasa macam nak beli banyak-banyak buat stok dalam peti ais. Bila teringin, bukak makan puas-puas.

Dengan ketulan strawberry sebenar dalam ice cream tu, banyak okay. Every bites mesti kena strawberry. Berbaloi dengan harga dia. Sebungkus RM2.50 je. Isskk, korang memang kena try lah. Dah, jangan banyak soal, Gi carik segera. Untuk mengelakkan kejadian tidur malam terbayang-bayang ice cream sedap ni, beli lah lebih siap-siap, sebelum tidur makan sebatang. Confirm lena.

Tak nak berebut dengan anak punya pasal. Balik keje singgah makan Fruttare Strawbeery Smooties sorang-sorang. Nikmatnya. Sedap sungguh.

Wall's FRUTTARE Strawberry Smoothie
Real Strawberries blended into a frozen fruit smoothie for real fruit refreshment!!!

Untuk lebih maklumat pasal Wall's Fruttare, boleh refer:
http://www.walls.com.my/fruttare


Legoland Part 2: Legoland Water Park

$
0
0
Sambung kisah Legoland. Hadap lah korang citer Legoland aku yang tak tahu akan sampai berapa part ni. Layankan je lah eh.. akak kurang bahan ni. Kali ni kita sambung 'our little adventurous' di Legoland Waterpark pulak ye.

Waktu Operasi : 10am - 6pm

Sebab tu ramai yang recommend suruh masuk Waterpark dulu kalau amik tiket Combo. Kalau masuk Waterpark sahaja, tiket RM100 seorang. Sejujurnya aku rasa macam tak berbaloi. Tapi sebab dapat free akak enjoy to the max lah bermandi-manda kat dalam ni. Overpriced lah harga dia bagi akak golongan marhaen ni. Kalau memang kita jenis banyak duit, mungkin tak rasa ralat lah bayar RM100 untuk park yang macam ni,. Tapi dah alang-alang sampai, marilah akak kongsikan pengalaman akak di Legoland Waterpark ini. 

Kemudahan locker yang disediakan. RM20 untuk size kecil, RM40 size besar. Kitaorang amik saiz kecik je. Barang-barang lain sumbat dalam handbag mak aku. Sebab handbag dia paling besar..hehe

Build-A-Raft *gambar dari website Legoland*

Masuk-masuk je selepas simpan barang dalam locker, sungai ni yang kita nampak dulu, Eisya dah mengelupur dah. Tak menyabar nak terjun. Tak sempat apa, aku toleh tengok dia dah dalam air dah dengan abah dia. Tak sempat aku dengan Elma nak join, dah hilang. Main lah aku berdua dengan Elma sebab si kecik tu pun dah excited. Memang hantu air anak aku. Gambar menyusuri sungai tiada. Laki akak sekarang agak malas nak angkut SJ400. Dia rajin beli je..

Sungai buatan dia ni best, sebab wave dia kuat. Duduk je diam-diam dalam pelampung tu. Lagi best sebab ada lego melambak-lambak dalam air. Lain lah sikit dari sungai buatan taman tema lain. Air dia pun suam, seronoklah nak berendam lama-lama. Berkali-kali gak kitaorang menyusuri sungai ni.

Mak bapak budak yang super excited. Anak excited makan popcorn ngan atok

Joaker Soaker.
Playground dia best. Menarik. Tapi sayang, air dia sejuk. Mengigil-gigil aku duduk dalam ni. Budak-budak lagi lah. Elma lagi lah. Eisya pun tak main sangat kat sini walaupun slide-slide dia best sebab sejuk. Memang air dia sejuk ke, ke masa aku datang je sejuk tu aku tak pasti.

Tempat yang paling Elma suka. Menjerit-jerit bila aku bawak keluar. Tak puas dia berendam dalam kolam kecik yang memang khas untuk toddler macam dia.

Lego Wave Pool. Laut buatan sama seperti di team park lain. Benda ni memang wajib ada lah kan. Tapi yang special kat Legoland Waterpark ni, life jacket disediakan untuk kanak-kanak. Baby size pun ada. Safety first lah.

Rides dia banyak. Dan kebanyakannya Eisya dah boleh main sebab dia dah lepas ketinggian minima 110cm tu. Tinggi anak dara aku. Antara berani dengan tidak je lah nak main. Kalau tanya dia, semua dia nak main. Mana yang aku rasa tak extreme sangat, silalah cuba. Gi main dengan abah awak. Tapi seperti biasalah, sekali je dia cuba. Lepas tu 'Tak nak dah.. Chacha geli' Hahaha.. Aku rasa dia nak cakap dia ngeri sebenarnya. Bila Eisya dapat main semua slide kat waterpark ni, rasa berbaloi je bawak dia. Dan rasa kagum jugak dia berani nak cuba semua tu. Rides dia menarik gak.. Menjerit lah jugak akak ni. 

Pergi time orang tak ramai seronoklah, puas merasa semua slide. Tak payah nak beratur-beratur. Panjat tangga, sampai. Main..

Splash 'N' Swirl
Eisya main ni. Aku tunggu kat hujung, tapi no picture taken sebab SJ4000 tinggal kat mak aku. Rugi. Tak dapat capture muka 'geli' dia.

Gambar ni nampak keseluruhan slides yang ada kat Legoland Waterpark. Kat website kata ada 20. Tak pulak aku kira, ada berapa semua. 

Menarik memang menarik tapi tetap tak berbaloi dengan harga RM100 tu bagi aku. Sebab kalau kita bandingkan dengan Sunway Lagoon, baru RM90 all access. Slides dia lebih kurang macam ni gak, ada Vuvuzela lagi. Tapi yelah, sebab Legoland ni kan jenama antarabangsa. So mahal lah sikit. Makanan kat dalam waterpark ni pun agak mahal. Paling murah RM10. Air mineral pun RM5. Yang paling aku tak percaya sewa gazebo dia sampai RM300. Pergh..Perghh...

Harga kat Brick Cafe. Kat area tepi laut buatan tu ada 1 lagi cafe.

Banyak je gambar Eisya turun dari slides yang official photographer capture, tapi mahal bebenor nak beli. RM65 sekeping.. Huhu.. Takpelah Cha, kita kenang dalam memori je lah eh.. Overall, seronoklah waterpark dia. Kalau nak lagi berbaloi, pergi single park sahaja. Main puas-puas sampai kecut jari kat waterpark. Takde lah berkejar-kejar nak ke themepark lak. Macam kitaorang ni, duduk 2 jam je dalam ni. Pukul 1pm, salin baju nak ke theme park pulak. Agak tak puas lah, Eisya dengan Elma berendam. Dah lah 2 ketul tu pantang nampak air. Nasib baiklah masing-masing senang nak tinggalkan waterpark ni bila kata nak gi makan. Laparlah tu.

Mak ayah yang seronok lebih dari anak. Biasalah.. kecik-kecik dulu tak merasa semua ni.

My Cheeky Elma

$
0
0
Elma memang budak yang kebanyakan masa adalah happy. Dia banyak akal. Aktif. Ada masa rasa macam letih sungguh melayan dia. Tenaga dia macam tak kan habis selagi dia tak tidur. Nasiblah sekarang ni memang jarang keluar rumah, duduk kat rumah, boleh lah sekadar jeling-jeling je segala apa yang dia buat. Selagi tak membahayakan, aku biarkan je. Rumah memang tak payah cakaplah, super bersepah. Malas aku nak kemas, biarkan je lah...

Elma memang peniru. Segala apa kita buat memang dia tiru. Dan sangatlah perasan macam dia tu besar, tinggi macam kita. Makan tak nak duduk kat baby high chair tu, nak duduk kerusi sama macam kita. Baik kat rumah, atau kat kedai. Semua kena sama, air kena ada gelas untuk dia jugak. So sekarang kalau makan kat luar, gelas kat meja kitaorang mesti ada 4. Pinggan pun 4. Elma nak makan sendiri. Dan aku rasa budak yang keje kat kedai tu mesti menyampah kalau nampak kitaorang. Sebab banyaklah keje mengemas dia kejap lagi. Memang bersepah lah atas bawah meja Elma buat. Kalau halang, dia menjerit marah. Maka.. Layankan je lah.

Elma masih lagi baby yang pemakan. Baby ke?? Huhu.. Dengan perangai perasan besar ni, tak berciri baby langsung. Dah lah garang sungguh. Tak sesuai langsung nak panggil baby.

Suka benar dapat pegang sendiri lidi satay. Cuba kau amik satay tu, habis lah dia memekik. satu food court toleh pandang tengok apasal lah budak ni menjerit beriya.

Elma ni memang rupa Ekwan lah kan, Terpaksa diakui. Walau masih adai  juga yang kata Elma macam rupa aku, bila ditenung-tenung terpaksalah beralah kat Ekwan, bagi chance lah merasa anak bermuka serupa dengan dia.

Elma kini menjadi vegetarian. Makan berpantang. Seafood, ayam tidak lagi ada dalam menu santapan dia. Sejak bulan puasa hari tu dia diserang masalah kulit. Tak kronik tapi memeningkan kepala. Sebab asal ubat ngan antibiotik habis, jadik balik. Tak kan lah asyik nak makan antibiotik je. Dari susah nak makan ubat, sampai kena berkepit kaki ngan tangan, sampai kan sekarang ni dia pun macam dah immune, nampak syringe, siap duduk terlunjur kaki nganga mulut telan ubat. Dan merasalah aku bangun pukul 5.30am semula, masak bekal Elma. Nasiblah Elma bukan jenis yang jaga tengah malam minta susu. Tak payah aku bangun, bancuh susu dia sambil gosok biji mata. Ohh, Elma dah sepenuhnya wean off bulan lepas. 

Dah 3 klinik aku pergi, sama je. Dan akhirnya ke klinik pakar lah pulak. Hmm, kita lihatlah hasilnya selepas 2 minggu. Kalau ada improvement, boleh lah kita buat rawatan susulan. Kalau tak, marilah kita ke PPUM. Mak tak mampu nak bayar bill sampai RM200+ per visit nak.. Huhuhu.. Mahalnya lah kos kalau ke klinik pakar. Tapi andai memang berkesan, aku sanggup je. Dr. Christina Ceah kata Elma ke Impetigo. So, kena amik antibiotik seminggu. Mandi dengan sabun khas dan dia bagi ubat sapu antiseptik. Ya Allah, harap-harap berkesan lah.. 

The premium Magnum White Almond- Mesti Cuba!!

$
0
0
Suka Ice Cream?? Suka Coklat??

Orang perempuan kan, siapa je lah yang tak suka dua benda tu. Perempuan, Ice cream, coklat memang kawan baik. Ice Cream tu umpama ubat stress bagi aku. Kalau tengah serabut-serabut, macam banyak sangat masalah nak pikir. Memang aku carik ice-cream. Lepas makan ice-cream, lega je rasa. Teringat dulu masa mengandungkan Elma, dalam tak boleh makan manis-manis sebab ada diabetes, aku selalu curik-curik makan ice-cream. Lepas tu minum air masak banyak-banyak. Sebab irresistable. Tak boleh, tapi nak jugak.

Dan semestinya Magnum sentiasa jadik pilihan aku. 

Magnum ni special. Ice cream dia tu, alahai.. Tak reti nak cakap macamana dia punya sedap. Lembut je. Dan paling best, Ice Cream Magnum ni sangat variety. Ada macam-macam perasa. Dan seharusnya favorite aku adalah anything yang ada Almond. Ice Cream + Almond.. Memang kombinasi yang perfect. Lepas tu tambah pulak coklat kat luar dia. Perrgghhh!!! Memang kena beli 2 lah kalau makan time Eisya ada, sure dia nak jugak lepas tu aku kedekut nak share dengan dia. Sebelum terjadik aksi mak berebut ice cream dengan anak, baik belikan dia 1 siap-siap.

Dan terbaru ni, Magnum perkenalkan ahli baru mereka, Magnum White Almond. Crunchy almond dengan vanilla ice cream yang tak boleh nak describe dia punya kelembutan, pastu disaluti pulak dengan Belgian White Coklat. Memang kalau makan, sampai tutup-tutup matalah dia punya sedap.

The Luxury and Premium Magnum White Almond.

Magnum Sensation White party diadakan oleh Magnum untuk memperkenalkan Magnum White Almond secara rasmi pada 27 Ogos 2015 di Hilton, Kuala Lumpur. And thanks to Nuffnang dan Magnum, akak berpeluang untuk turut serta merasai kemewahan party tu. Bertuah sungguh rasa. Dapatlah akak menikmati ice cream kegemaran akak sepuas hati. Rasa nak duduk je depan meja penuh ice cream tu. Tak nak gerak-gerak. Punyalah tamak kan. Siapa tak geram weh, dia lambak kan ice cream setimbun depan kau, haruslah tergoda. Dahlah cara dia present ice cream tu tempting sungguh. Terus terserlah betapa eksklusifnya Magnum White Almond ni. 

Magnum Buffet!!! Sebagai seorang ice cream lover, ini memang favorite corner akak. Free-flow of Magnum White Almond. Pastu ada cheese cake, chocolate cake... Memang lupalah sekejap yang kononnya akak dalam diet selepas raya. Peduli.. Malam ni akak nak Raya Ice Cream dulu.

kau tengok..kau tengok, betapa akak menikmati kelazatan Magnum White Almond tu. sampai tertutup-tutup mata. Vanilla ice cream dia memang perfect. Tak tipu dan ini membodek semata. Tapi kenyataan. Walaupun, coklat dia tu agak manis. Vanilla ice cream ngan crunchy almond tu just perfect.

Yang ke-3. Nikmati sambil tunggu pelancaran rasmi Magnum White Almond.

Pengerusi Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd,Rakesh Mohan merasmikan pelancaran 
Magnum White Almond.

Meriah sungguh Magnum Sensation in White party ni. Eksklusif sungguh, rasa bestnya lah dapat join event ni. Tang dapat makan ice-cream tanpa had tu usah cakap lah, memang rasa beruntung tak terkata. Dah lah dapat makan sepuas hati sepanjang event, masa balik dapat lagi bekalan untuk seminggu. Waahhh!! Akak lah insan paling gembira malam tu. Thanks Magnum!!! 

Dan thanks again for this cute Magnum White Almond shape 4G pendrive. Macam tahu-tahu je pendrive lama akak kena serangan virus jahat. Tapi dia sangat comel, rasa sayang nak guna.

Korang semua terutamanya pengemar tegar aiskrim, memang kena cuba Magnum White Almond ni. Gi carik kat kedai berdekatan. Bukak tong ice cream, carik dia dulu. Sepeket hanya RM4.50. Untuk ice cream dengan coklat belgian putih yang dijamin berkualiti, memang padan sangat harga tu. 

Ingat pesan akak. Dapatkan Magnum White Almond dan rasai sendiri kesedapan vanilla ice cream dan belgian white coklat dia. *eh, terbalik pulak akak pegang ice cream tu.

Untuk maklumat lanjut pasal Magnum White Almond, check it out here:





LEGOLAND® Theme Park: Part 1

$
0
0
Sambung semula citer Legoland yang tertangguh.

Eisya bukan main seronok kat dalam ni. Walaupun mulanya tadi muka bukan main monyok lagi. Monyok sebab permintaan nak beli set lego tak dipenuhi. Giler mahal lego kat dalam ni. Memang tidaklah aku belikan. Pujuk-pujuk..bagi janji palsu. Lupalah dia. Masuk je dalam theme park, terus lupa. Berlari sesuka hati dia je. Nasib lah orang tak ramai sangat, mampu lah mata aku nak memerhati. Elma pun masuk-masuk dalam ni tidur. Penat main air. 

budak merajuk tak dapat lego. 

Masuk-masuk je Theme Park kami tuju ke sebelah kanan dulu sebagaimana dicadangkan semua orang sebab kat sebelah ni banyak mainan yang sesuai untuk budak-budak umur Eisya. Tapi bila tuju ke sana, tengok-tengok tersergam besar kedai lego depan mata. Cepat-cepat kita orang patah balik ke sebelah kiri. Hahaha... Nasib Eisya tak perasan. Dia tak perasan sebab dah berlari masuk dalam Technic® Twister ni. Teruja sanagat dia. Beriya bukan main, dah siap duduk sekali kena panggil ukur tinggi. Nasib baik lepas.


Bukan main yakin je lagi cakap 'Ibu, cha nak main ni tau' Hahaha.. Dia tak tahu betapa 'geli' nya game ni. Ibu main pun rasa nak minta turun je. Tapi yang ni kitaorang main last sekali. Masa awal-awal skip sebab Ekwan dah kelaparan.

Orang kelaparan

Terus tuju ke Asian Deli. Sebab ini yang paling dekat. Perut dah lapar tahap maksima.

Makan tengahari kami adalah Nasi Lemak Ayam berharga RM20. Layankan aje lah. Luckily sedap dan portion dia banyak. Puas orang lapar seperti kami makan. Untuk Eisya dan Elma belikan Chicken Nugget dan Fries. RM18 per set. 

Orang semua tak sabar nak makan, si Eisya boleh pulak berlari masuk dalam LEGO Academy ni. Terpaksalah layankan dia sekejap. Bagi puaskan hati, baru senang nak gi makan semula.

Makan kenyang-kenyang dan marilah mulakan pengembaraan. Tengok peta..Banyak tempat nak kena singgah ni. Masa ada 4 jam je. Macam tak sempat je rasa. So kena pantas. Kena manfaatkan masa sebaik mungkin. Dan destinasi seterusnya ada lah LEGO StarWars. New arrival di Legoland katanya. Kami bukanlah pengemar Star Wars. Watak-watak dia pun tak kenal, apakan lagi jalan cerita dia. Maka, bila tengok segala pameran yang dibuat dari lego tu kurang lah sikit feel dia. Eisya je yang seronok, setiap kali lego tu bergerak-gerak lepas dia tekan button hijau tu.

Ada budak tu masih merajuk, tiba-tiba dia teringat yang dia nak beli lego tapi tak dapat-dapat lagi. Issk menyampah pulak aku tengok kedai-kedai lego yang melambak kat dalam Legoland ni. 

Dan destinasi seterusnya adalah LEGOLAND Kingdom. Dan persinggahan pertama adalah Dragon's Apprentice. Tak tahu lah ni tempat main roller coaster, beriyalah kami naik atas, siap angkat stroller Elma. Rupanya main roller coaster,tapi kecik je lah. Tinggi Eisya pun lepas, maka marilah kita naik. Eisya duduk dengan Ekwan. Bila dah bergerak, aku yang cuak.. Mesti Eisya takut. Puas aku jerit suruh Ekwan peluk dia. Dan boleh pulak roller coaster tu pusing 2 kali.. Huhuhu... Nasiblah dia tak menangis. Turun pun boleh sengih-sengih lagi. Berani jugaklah dia. Tapi bila tanya 'Nak main lagi sekali tak Cha?' Cepat-cepat dia jawab sambil lari 'Tak nak, Chacha geli

Happiest Kid *dia lupa dah pasal lego*

Hye semua!! Elma dah bangun.. 

Bangun-bangun terus join kakak

Mak budak yang kelihatan gembira lebih dari anak. 

Bukan main teruja lagi 3 beranak tu kat The Dragon, Legoland Kingdom ni. Lagi-lagi yang baju oren tu, budak kecik tu mengeram je sebenarnya, asyik-asyik amik gambar. Dia tak sabar nak naik atas istana tu.

Laju dia berlari. Tahu-tahu dah kat atas. Semput mak kau mengejar. 

Abah and her girls. Bila dah sampai atas, rupanya istana ni entrance untuk roller coastiser dragon. Tengok rail dia memang tidaklah Eisya boleh main. Tinggi dia pun memang tak lepas. Kebetulan masa kitaorang sampai queue agak panjang, terus malas nak beratur sama. Turunlah semula.

Terus budak ni berlari nak main kuda dia kata. Macam seronok je tengok Eisya main Royal Joust ni. Nasib orang dewasa tak boleh main.

Masa berjalan kat kawasan LEGOLAND Kingdom ni terasa panasnya lah, berpeluh-peluh. Beli air 2,3 kali. Masing-masing kehausan. Sedangkan waktu tu cuaca takdelah terik sangat sebenarnya. Tapi maybe sebab ni kekurangan pokok kan,. Pokok yang ada pun kecik-kecik lagi. Angin takde, tu yang rasa panas beriya. Aku boleh pulak lupa bawak bekal air kan, sedangkan ramai yang pesan bawak bekal air masak banyak-banyak. Makanan ringan untuk budak pun aku lupa. Legoland ni macam tak strict sangat, boleh je bawak masuk makanan. Dia takde pun check beg bagai. Setakat biskut, coklat tu.. Dia bagi je. Janganlah pulak korang bawak nasi lemak, mee goreng bagaikan.

Luckily, Elma elok je. Takde merengek apa, duduk je diam-diam dalam stroller makan nugget.

Ok, next section sambung next entry lah *angkat kening*



Rezeki.

$
0
0
Yang dinanti telah tiba. Yeay!! Terasa cepat pulak dia sampai. Yelah, betul orang kata, kalau kita tak beriya menunggu, tahu-tahu dah sampai. Memang kena buat-buat lupa lah. Dulu-dulu aku siap pangkah kalender lagi tunggu dia sampai, terasa lama bebenor. Kali ni, tetiba dah atas meja. Waah!! Gembira bukan main akak. Apa ke bendanya yang sampai tu??

Benda ni hah.. Alhamdullilah, rezeki tahun ni memang murah bersama Nuffnang. Dapat beberapa sponsored posts. Dapatlah merasa amount dalam akaun Nuffnang bertambah segera. Keluarkan sebab nak simpan siap-siap untuk annual trip hujung November nanti. Bila spent kat benda macam ni, barulah nampak kat mana perginya duit hasil blogging aku.

Rezeki 2015 bersama Nuffnang

Makin bersemangat akak nak berblogging. Dan semoga rezeki bersama Nuffnang akan berterusan. Seronok. Buat benda yang kita suka, and been paid. Takdelah sia-sia. Saja aku tak blurkan amount cheque tu. Takde niat nak menunjuk. Alah, sikit je kot. Blogger lain ada dapat sampai belasan ribu. Apalah sangat nilai cheque akak tu. Aku nak naikkan semangat member-member yang dulu sama-sama aktif to start blogging smula. Marilah teruskan, jangan berhenti. Jangan kata 'alah dayu, kau seronoklah nak blogging sebab sokmo dpt event Nuffnang' Itu bukan semata-mata sebab aku masih di arena blog ini, hakikatnya aku masih terus pelihara blog ni sebab minat. Sebab inilah antara medium yang aku ada abadikan kisah dan pendapat aku. Dapat job Nuffnang tu memang lah antara faktor, nak kena maintain traffic, so barulah klien minat nak assign job.. Tapi itu bukan sebab utama.

Maka, marilah kembali menulis blog. Once a blogger, always a blogger. Gitu katanya... 
Viewing all 233 articles
Browse latest View live