Quantcast
Channel: Hidayu's Journal
Viewing all 233 articles
Browse latest View live

Lost World Of Tambun Strolling

$
0
0
Lost World of Tambun ni sama je macam Sunway Lagoon. Nama pun under the same management. So konsep dia pun sama lah. Ada waterpark, ada adventure park.. Petting Zoo pun ada. Petting Zoo ni budak lah yang seronok lebih, mak bapak pun seronok gak. Dapat pegang, tengok binatang secara dekat. Bagi makan burung.. Tak ke seronok..

Eisya beria berlagak kata dia tak takut pegang kuda. Dia tak tau tu kuda tipu.

seronok budak tu tengok burung kakak tua makan atas tangan abah, depan muka dia. suruh bird diri atas tangan dia, takut..

Tiada hasil

Hampeh gak LWOT ni. Naik swan paddle ni kena bayar lain okay. RM5 dewasa, Cha RM3. Tiket dah memang boleh tahan mahal, pastu tak all included lak. Masuk rumah hantu pun bayar lain.

Lepas puas jelajah petting zoo, kita naik train lak, Pusing keliling LWOT ni. Dah alang-alang, marilah beratur tunggu giliran. Nasib tak lama sangat, tapi sempatlah Elma habiskan sebotol susu.

Bapa mithali.

Elma paling teruja sepanjang naik train ni. Bising sungguh mulut dia. Tangan tunjuk itu, tunjuk ini. Okay berbaloi bawak awak datang sini Elma, dah lah masuk free..



Elma's walking milestone

$
0
0
Elma berjalan lebih awal dari Eisya. Eisya dulu rasanya setahun 3 bulan baru laju berjalan, dah tak jatuh-jatuh. Elma.. Alhamdullilah. Setahun dah bertatih..setahun sebulan dah laju dah. Anak nombor 2 kan. Semua cepat. Mentang-mentang ada mentor. Apa kakak buat, semua dia tiru. Tu yang cepat je semua benda. Aku memang perasan, Elma ni pemerhati. Dan peniru. Pastu mulalah perasan macam dah besar sangat. Orang makan pakai pinggan sendiri, dia pun nak makan ada pinggan depan muka. Orang minum pegang cawan sendiri, dia pun nak. Kalau pegangkan cawan, dia tarik-tarik nak pegang sendiri. Sudahnya.. Habis bersepah bawah meja dengan air ngan nasi. Ibu ni dah lah tak rajin Elma weh.. Awak keje buat sepah je.

Dia mula berani berjalan sendiri, tak perlu orang pimpin masa kami kat Ipoh bulan lepas. Bukan main seronok dapat lepas berjalan.


Yang tak larat, mak dia. Penat menunggu dia berjalan. Orang lain dah jauh ke depan, dia terkedek-kedek melangkah. Dengan terhuyung-hayang, jatuh.. bangun.. Orang nak dukung marah. Yelah tengah seronok dapat berjalan. Apa barang nak berdukung.  Layankan je lah. Semua orang kena tunggu dia. Yang geramnya, banyak ipulak pit stop dia. Sambil jalan sambil mengutip. Daun kering pun berkenan. Kang jalan sikit, nampak ranting kayu pulak. Dia stop lagi, kutip. Jakun sangat, daun kering pun suka. Yelah, jarang dapat bermain kat kawasan macam ni kan Elma kan.. Kesian budak bandar...

muka eksen boleh jalan sendiri

Bila Elma dah laju berjalan ni. Haruslah serata rumah dia dah terjah. Selalu je hilang dari pandangan mata aku. Tahu-tahu kat washing area, tengah main sabun. Tak pun kat bilik stor menyelongkar mainan yang aku sorok. Tahu-tahu, keluar bilik bawak mainan baru. Iskk, pandai sangat dia ni. Kalau keluar jalan pun, dia suka kalau dibiarkan berjalan sendiri. Tapi aku selalu lupa bawak kasut dia. Kasut banyak, tapi semua hilang sebelah. Hahaha.. Sebelah dalam kereta, sebelah kat rumah. Nlumanti beli baru, jadik gitu gak.. Clumsy sangat mak kau sekarang.

Tapi yang kurang seronoknya sejak dah berjalan ni, hilang dah lemak-lemak dibadan. Pipi dah tak tembam macam tu. Tangan dah tak berketak-ketak. Takpelah Elma, ringan sikit kakak Eisya nak dukung awak.

Happy walking Elma!! Nanti jangan pulak bila dah boleh berjalan gedik minta dukung je.

Blogger Splash Bubble Party

$
0
0
Ini adalah acara tahunan kami. Yang diadakan untuk edisi ke-2. Edisi pertama, Alhamdullilah dah berjaya berlangsung bulan April lepas. Dan edisi ke-2 ni aku yang mengetuai para AJK. Cuak gak akak. Lama dah tak organize event. Akak kan sekarang pemalas bab-bab ni, akak tau everything is ready, akak tinggal bawak badan join je. Tapi untuk event kali ni, akak sahut cabaran untuk lead para AJK untuk jayakan majlis meraikan hari jadi anak-anak blogger yang lahir bulan Mei hingga Ogos.

Tema yang dipersetujui: Splash Bubble Party. Let's get wet!!!

Mulanya aku dah ala-ala kecewa dah sebab macam tak dapat sambutan je event kali ni. Mungkin juga tarikh yang dipilih kurang bersesuaian. Cuti sekolah, ramai balik kampung. Dengan kenduri-kendaranya kan. Hampir juga nak cancel, tapi AJK lain semua kata ' Just proceed.. ' Berbekalkan semangat dari kawan-kawan lain, plan diteruskan. Event tetap diadakan pada 7 Jun 2015. Sebelum kita berpuasa, marilah berkumpul dengan kawan-kawan. Sambil makan, sambil berborak. 

Alhamdullilah, kan dah kata. Benda baik memang selalunya dipermudahkan. Biar pada awal macam tak ramai yang boleh join, bila tiba hari kejadian. Hah..Meriah!! Lebih 15 family yang dapat join. Akak is Happy!! Aku rasa sape yang pernah organize event, akan paham betapa gembiranya kalau majlis yang kita anjurkan tu berjaya. Dia punya puas tu, tak boleh nak kata.


Mak-mak sibuk tiup belon. Yaya, awal giler sampai. Memang AJK paling berdedikasi Yaya ni.

The Cake!! Definitely dari The Sweet Wonders.

Makan Time!!

Selamba je budak ni pakai kasut dalam rumah.

Konsep potluck tetap dikekalkan. Biasalah, inilah masanya nak merasa air tangan kawan-kawan. Selalu asyik tengok memasing tayang gambar je. Meh sini.. Bagi sikit kawan-kawan rasa kau masak. Sebab tu potluck adalah kaedah terbaik. Masa mak bapak makan ni. anak-anak dah mengelupur tak sabar nak masuk kolam. Puas ditahan-tahan. Memasing kena paksa makan, muka toye je memasing. Budak kan, nampak kolam. Macam mak nampak shopping mall kot. Hahaha!!

Nasib bila bawak kuar kek, semua masih teruja nak kerumun kek.

 Happy Birthday semua!!!

Goodies time. Excited bebudak beratur. Mak budak pun beratur sama.

Nena, ke ibu yang happy dapat goodies ni??

Lepas dapat goodies. Masa yang dinanti-nanti kini tiba. Memasing serbu mak minta tukar baju mandi. Kolam ada 2 je. Kecik pulak tu, budak ramai. Balun je lah. Pepandailah korang squeeze kan badan dalam kolam tu.

Seronok budak-budak ni.Kolam kecik pun tak peduli. Asal dapat main air.


6 orang dalam 1 kolam pun budak-budak ni boleh layan. Tunggu korang besar nanti, camne lah reaksi kang tgk mandi ramai-ramai dalam kolam gini. 

Puas memujuk nak suruh keluar, lagi-lagi Eisya. Memang happy sungguh dia hari tu. Ketawa je memanjang. Gitulah selalunya kalau jumpa kawan-kawan yang ni. Dah selalu jumpa kan, dah mesra sikit. Ramai jugak yang dia dah kenal, ingat nama. Paling dia ingat Fahrin. Lagi-lagi bila dia tengok ada gambar Fahrin kat kek tapi Fahrin takde. Asyik tanya 'Mana Fahrin ibu? Chacha tengok gambar dia ada.. tapi dia takde pun' Ingat sangat kat Fahrin. Tapi petang tu, ke hulu hilir dengan Raina je. Makan sama.. main sama. Alahaii.. seronok tengok dia pandai berkawan gini.

Elma tak mandi. Malas aku nak jaga dia dalam kolam. Lagipun kolam dah padat sangat.

bagi dia lepas bebas kat tepi rumah. mengekek gembira dia. 

jakun tengok rumput. agaknya kalau aku bawak dia masuk semak, mesti lagi bising mulut dia kan.

Terima kasih kat semua yang join event ni. Luangkan masa untuk jayakan majlis. Tanpa korang takdelah kemeriahan ni. Thanks juga kepada semua AJK. Kekalkan dedikasi anda untuk edisi hujung tahun nanti. Semoga apa yang dirancang akan jadik kemeriahan yang nyata. Tak sabar weh.. 

Andalou Naturals from BMS Organics

$
0
0
BMS Organics.. Pernah dengar?? Hhmm.. Aku teringat BioGreen je masa tengok logo BMS ni. The same green color, the font. Nasib baik betul tekaan akak. BioGreen adalah salah satu produk keluaran BMS Organics. Ada macam-macam produk BMS ni. Bukan setakat makanan kesihatan, baby foods, bahan masakan pun ada. Dan yang terbaru, BMS lancarkan produk kecantikan dan penjagaan kulit. Dan yang penting dan paling best, semua produk BMS adalah 70% organic. No GMO, and not tested on animal. No cruelty. Semulajadi.
Bila dapat PM invitation untuk sertai skincare product pada 20 June 2015 yang lepas, aku memang teruja. Lagi-lagi dalam invitation tu dinyatakan siap-siap yang aku akan berpeluang merasa sendiri produk penjagaan muka Andalou yang 100% semulajadi dan mengandungi 70% bahan-bahan organik. Skincare organik.. Tak pernah cuba... So bila dapat peluang macam ni, bersemangat lah aku. Pagi-pagi lagi aku dah sampai outlet BMS Organics kat Sunway Mentari tu. Dekat je rupanya dengan rumah aku. 15minit dah sampai. Kedai tak bukak lagi akak dah sampai, semangat katanya.

Briefing from Resha, BMS beautician. And Betty, a blogger who also attending this Andalou Skincare Mini Workshop.

Workshop ni sangat eksklusif, sebab hanya 3 bloggers yang dipilih pada sesi kali ni. Aku, Betty dan Liza. Bila buat workshop in small group macam ni senang nak bertanya soalan, nak demo cara penggunaan produk pun senang. Senang Resha nak tunjukkan kat kitaorang. Sesi pagi tu dimulakan oleh Resha dengan Skin Mapping. Aku pernah lah jugak dengar pasal Skin Mapping ni tapi tak pernah tahu details. Tak tahu pulak aku yang setiap bahagian atau zon kat muka kita ni mewakili dan mengambarkan kesihatan dalaman kita. Info yang Resha bagi pagi tu memang sangat bermanfaat. Bertambah ilmu aku. Resha juga terangkan jenis-jenis kulit dan masalah-masalah yang sering dihadapi.
Masalah aku tertumpu kat zon 2. Kalau ikutkan jerawat muncul kat situ kalau disebabkan banyak sangat makan diary product macam cheese, susu.. Dan makanan pedas dan makanan sejuk. Okay, lepas ni kenalah kurangkan sambal dalam menu mingguan. Asam peda sebulan 2 kali je, tak boleh tiap-tiap minggu. Huhuhu.. 

Aku memang mempunyai masalah kat area T-Zone, kat dahi dan juga hidung. Jerawat suka benar menyinggah. Lagi-lagi kat zone 2. Kalau seminggu lagi nak period, lagi meriah. Resha suggest aku try set Clarifying Andalou Naturals yang khusus untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum kami diberi peluang merasa sendiri produk-produk Andalou yang dah tersedia khas depan mata, Resha terangkan sedikit mengenai rutin dan keperluan penjagaan kulit muka. Apa yang mesti buat setiap hari, yang cukup 1-2 kali seminggu.

Basic Care     : Cleanser, Toner, Moisturizer  - Mesti buat!! Jangan malas kalau nak cantik!!
Support         : Scrub, Masque - Weekly
Special Care : Serum, Night Cream - Daily

Bab Mask dengan Scrub lah aku paling pemalas. Scrub jarang giler aku buat, sebulan sekali je. Tu kalau sekali, kadang 2 bulan sekali. Kalau teringat. Huhuhu.. Patut paling minima seminggu sekali okay. Mask pun sama. Kata Resha, nak pakai setiap hari pun boleh. Lagi-lagi kalau guna paper mask, tak pun invest lah sikit for good overnight mask, sebelum tidur tempek je. Esok pagi bangun, basuh muka. Mesti best rasa.

Okay, marilah sama-sama sertai pengalaman aku mencuba produk-produk Andalou Naturals ni. But before tu mari aku citer sikit pasal produck Andalou Naturals ni. Bahan utama dia adalah Fruit Stem Cell. Rasanya semua dah sedia maklum function stem cell ni. Dia akan 'Renew, Repairs & Regeberates' sel-sel kulit kita. Andalou juga mengandungi 8 jenis Bioactive dan 8 jenis complex berry. Selain itu, ada juga Aloe Vera yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. 

Resha sedang demo penggunaan Lash + Lid Make-up Remover yang betul kat muka aku. Cara yang betul untuk gunakan mekap remover ni: Lembabkan cotton pad tu dan letak kan hanya sedikit make-up remover tu. Usap lembut je, terutamanya kat bahagian mata.
Lembut betul tangan Resha ni weh. Lembut je dia bersihkan eyeliner dengan lipstick aku.

After Make-up Remover, kita ke Cleanser. Untuk Combination Skin macam aku yang mempunyai masalah berminyak dan berjerawat. Double cleansing diperlukan. Aku tak pernah tahu pasal double cleansing. Thanks to Resha sharing this valuable information.
2 jenis cleanser digunakan untuk double cleansing. Mulakan dengan Cleansing Milk, basuh dan apply pulak Cleansing Gel. Gosok lembut dengan pergerakan membulat ke atas ye.

Lepas dah bersihkan muka, apply pulak Scrub. Scrub ni dicadangkan buat 1-3 kali seminggu. Tapi untuk kulit yang ada masalah jerawat, semiggu sekali sudah mencukupi. 

Lepas Scrub, sapu pulak Mask. Aku gunakan 2 jenis Mask. Untuk U-Zone, aku guna Rosewater Mask (botol pink) dan T-Zone gunakan Creamy Clay Mask. Biarkan selama 10-15 minit. Kemudian bilas. Seeloknya, Mask ni kena buat 2-3 kali seminggu. 

 Age Defying Toner from Andalou Naturals.

Moisturizer: Sapu di bahagian muka dan leher dalam gerakan membulat ke atas. Serum / Essential Oil merupakan penjagaan khas untuk kulit muka. Lepas sapu moisturizer dengan serum ni, kulit memang rasa best. Lembut je rasa.

Dan sempurnakanlah penjagaan wajah anda dengan Eye Serum dan juga Lip Remedy Andalou ini. Eye Serum perlu disapu sekerap yang mampu bagi menampak kan hasil Jangan malas. Pagi sapu, malam pun sapu. Barulah hilang dark circle tu. Kulit di bawah mata adalah kulit yang paling nipis, sapu lembut-lembut je in circular movement.

Penting untuk kita kenalpasti produk yang bersesuaian dengan masalah kulit kita. Sebab tu bila nak cuba sesuatu produk, kita kena tahu fungsi dan kesesuaian untuk jenis kulit yang macamana. Yelah, kebanyakan skincare dibuat untuk atasi masalah-masalah kulit yang berlainan. Kalau jenis combination skin macam aku, yang bermasalah dengan kulit berminyak dan berjerawat.. Tak sesuai sangat nak gunakan produk yang berasaskan whitening. Mungkin akan menyebabkan masalah jerawat aku jadik lagi teruk. Itu pentingnya kita dapatkan consultation dari beautician bertauliah. 

Muka asli tanpa sebarang mekap. Hanya menggunakan skincare dari Andalou Naturals. Thanks Resha for sharing kebaikan Andalou ini bersama kami.

Complimetary Gift from Andalou. Tak sabar nak cuba. Thanks Andalou Naturals.

*Nanti bila dah habis starter kit ni aku guna, aku datang semula untuk share hasilnya okay. Harap-harap hasilnya positif, boleh lah korang pun cuba sama.

Majlis Berbuka Puasa Mahsuri

$
0
0
Aku berpeluang join majlis buka puasa amal anjuran Mahsuri ni masa 1st week puasa, 20 Jun 2015. Hari Sabtu. Majlis diadakan kat rumah anak-anak yatim, Pusat Jagaan Rumah Kesayangan. Kat Seksyen 3, Petaling Jaya. Ada kelapangan, takde program lain. Confirmkan lah kehadiran. Patut kena ada kat lokasi kejadian by 6.30pm, tapi biasalah.. Ngan anak-anak, bapak pulak tengah seronok layan movie. Pukul 6.10pm baru keluar rumah. Nasib dekat dan jalan tak jammed. Dapat lah sampai tak lewat sangat. Clown pun baru je start buat persembahan. Nasib tak terlepas, kalau tak..letihlah nak menjawab dengan Eisya.

Uncle clown tengah buat magic. Budak kagum. Mak budak pun 'Wahh!! Camne dia buat tu?' 

Elma sibuk nak belek apa ada dalam beg tu. Ada kicap dik.. Esok boleh masak kicap guna kicap manis Mahsuri, pastu kita masuk contest Masak & Menang Mahsuri.

Perkara mesti buat para blogger kalau attend any event. Posing di sebelah bunting atau berlatar belakangkan banner adalah wajib. 

Majlis berbuka puasa ini adalah sempena meraikan para pemenang bagi Peraduan Masak & Menang anjuran Mahsuri yang bermula 28 Mei hingga 8 Julai 2015. Masih ada seminggu lagi. Sepanjang tempoh pertandingan, para pemenang dan kakitangan Mahsuri akan melawat 4 buah rumah kebajikan. Majlis berbuka puasa di Pusat Jagaan Rumah Kesayangan ni adalah bagi meraikan pemenang minggu pertama dan kedua. Mahsuri merasakan ini adalah tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat sempena bulan Ramadhan ini. Sesambil mengembirakan budak-budak kat rumah kebajikan ni kan.. Tengok budak-budak happy kan kegembiraani yang paling bermakna. Lebih lagi kalau anak yatim. 

Puas jugak nak terangkan kat Eisya pasal anak yatim. Banyak soalan berangkai yang muncul. Cubalah jugak bagi dia paham. Kena ajar sikit konsep bersyukur kat Eisya tu.. Jangan dok pikir, semua benda dia nak, dia akan dapat. 


Team Mahsuri dan kanak-kanak dari Pusat Jagaan Rumah Kesayangan.

Para tetamu dan kanak-kanak Pusat Jagaan Rumah Kesayangan dijamu dengan Nasi Ambeng yang disediakan mengunakan produk Mahsuri. Gembiralah hati akak dapat makan nasi ambeng di negeri Selangor ini.

Nasi Ambeng!!! Akak makan 2 mangkuk..

Sebelum pulang. Posing sekali lagi.

Ada seminggu lagi ni nak join Contest Masak & Menang anjuran Mahsuri. Untuk keterangan larnjut, boleh tinjau Facebook MyMahsuri: https://www.facebook.com/MYMahsuri?fref=ts
Mana tau ada rezeki, terpilih jadik pemenang. Boleh makan nasi ambeng!!

Dan sebagai penutup entry, khidmat sosial dari aku pulak. Andai ada rezeki lebih, sempena bulan ramadhan ni, boleh lah berikan sedikit sumbangan kepada Rumah Kesayangan ni. Boleh call Puan Anisah, Nombor seperti yang terpapardi atas.

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

$
0
0
Kalau ke Ipoh, pastikan tempat ni disenaraikan dalam iterinary korang. Masukkan dalam list Places to Visit in Ipoh korang. Sebab dah alang-alang sampai, mesti pergi tempat ni. Apa tempatnaya? Taman Rekreasi Gunung Lang. Best tempat ni, memang sesuai datang dengan family. Dengan anak-anak. Alahh, kalau di oversea, recreation park gini jugak yang kita pergi. Maka, lawatilah yang dalam Malaysia ni dulu. 

Tapi serious, memang best. Boleh naik bot, bagi ikan makan. Ada mini zoo.. Budak-budak memang seronoklah kat sini.

Kitaorang datang hari Ahad. Kira awal lah jugak, pukul 10.30am dah tercongok kat sini. Tapi ramai yang sampai lebih awal. Nak naik bot ke taman seberang tasik pun dah kena beratur panjang. Luckily, tak kena beratur lama. Eisya dengan Elma pun takde lah meragam, sebab leka dan seronok bagi ikan makan. Budak bandar, jakun lah tengok ikan keli besar-besar dalam tasik.

Beli tiket nak naik bot. RM3 sorang. Eisya dengan mak RM1.50. Elma adalah percuma. Eisya awal-awal dah borong makanan ikan. RM1 je sepeket. 

beratur nak naik bot. kenyanglah ikan-ikan tu. semua dok tabur makanan 


Cantik. Kalau tengok live lagi cantik. 

kena kepit sebab tak duduk diam. dia berusaha sungguh-sungguh nak capai air tasik tu

bila lepaskan, gelak sakan sampai sepet-sepet mata

Tak lama pun nak seberang tasik ni. Dalam 10minit je, ke kurang.. Tu pun pakcik tu saje bawak berpusing-pusing sikit. Pergi tepi-tepi tasik, bagi dekat sikit dengan gunung tu. Kalau dia bawak tegak je, aku rasa 5 minit sampai dah. Lama-lama pun seronok gak, Eisyalah, seronok bebenor. Yang tak tahan dia boleh tanya 'Boleh ke mandi kat sini ibu?' Sudah.. Jangan nak buang tebiat. Tak puas apa mandi kat waterpark semalam.

Dah sampai. Jom tengok apa ada kat dalam taman ni.

Ada budak seronok baru pandai berjalan. Tak nak langsung berdukung. Nak jalan sendiri. Terkedek-kedek. Kakak jauh dah berlari ke depan dengan Paksu.

Eisya sibuk nak dukung Elma. Adik jalan lambat sangat dia kata. Sanggup patah balik ke belakang nak amik Elma. Mak kau bersiap sedia je kat tepi. Risau aku kang dia terlepas. 

Sampai gak kita Elma. 

Kat dalam taman ni ada 3,4 bijik rumah tradisional. Lawa-lawa. Kalau nak bergambar memang menarik. Tapi takde lak pengantin yang datang bergambar kat sini. Taman dia pun lawa kalau nak photoshoot. Luas. Time orang ramai macam ni pun still boleh rasa privacy kalau nak buat wedding photoshoot. Dapat kat kaki bergambar macam aku, memang sakan lah kan posing. Tapi anak-anak peduli apa, dia co-operate sekejap je. Pastu berlari semula. Pasrah je lah ibu dia ni.


Jalan depan sikit jumpa mini zoo. Menjerit aku sekejau. masa kat sini. Eisya selamba kodok dia gi masuk belakang railing tu, gi betul-betul depan pagar tu. Nasib tak kena patuk dengan burung unta tu, Binatang tu dah lah lapar. Hulurlah apa daun pun, dia sebat. Bagi bunga kertas pun dia telan.

Rusa pun derang balun bagi makan daun bunga kertas. Lapar agaknya, binatang tu makan je. Eisya teruja tengok Paksu dia pegang kepala rusa tu. Suruh try, takut. Tapi teringin. Alahaaiii...Eisya..

Ada gak watching tower tapi akak tak larat dah nak memanjat. Letih weh.. Nampak sangat dah tua, baru jalan sikit dah mengah. Huhu.. Hari pun panas masa kitaorang kat sini. Tengahari kot.. Tu yang makin letih tu. Letih melayan Elma berjalan iye jugak. Kalau redup, sejuk berangin mesti lagi seronok lepak lama-lama kat Taman Rekreasi Gunung Lang ni. Kalaun aku duduk Ipoh, kalau boring-boring mesti aku ajak Ekwan piknik kat sini, Bawak makanan, bawak tikar.. Perrggh, mesti seronok anak aku berlari sana-sini.

Tapi sayangnya aku duduk KL, datang sini sekejap je. Ni pun berkejar masa nak balik KL semula.


Geram sungguh dengan dia ni masa ni. Tersengih-sengih, gelak galak sungguh dapat lepas berjalan macam ni. Eksen je muka. Gelak lebih sikit, tutup mulut. Kemah.. Kemah..

Gambar wajib. Geram je aku. Boleh lak time aku nak bergambar air terjun tu takde. Isskk.. spoil gambar akak tau. Takpelah. Takde rezeki.

Kalau datang Ipoh, jangan lupa singgah Taman Rekreasi Gunung Lang ni. Datang awal pagi, so takdelah berpanas masa jalan-jalan kat taman tu. Atau mungkin boleh datang petang. Tak tahulah kalau kena beratur panjang nak naik bot waktu petang.

Ok, sekian dari akak. Jumpa lagi di sesi Cuti-Cuti Malaysia akan datang.

Bekalan Horlicks Selama Setahun!!!

$
0
0
Aku mula belajar berpuasa takdelah awal sangat. Dah start sekolah rendah baru aku puasa. Tu pun tak penuh, puasa 'Yang-Yang-Yok' je. Dapat separuh hari pun dah bangga, terus claim upah puasa penuh macam puasa full day. Satu hari dapat RM1 kalau puasa penuh, kalau tak kena potong. Kalau dapat puasa penuh, dapat RM30. Zaman budak-budak dulu, RM30 tu besar sangat dah nilainya. Dulu itulah umpan mak ayah aku nak ajar anak-anak puasa, beriya mak kata 'Siapa tak puasa, dia tak dapat kasut baru' Gigihlah memasing puasa. Yelah, dulu-dulu mak ayah bukannya senang. Nak dapat baju baru, kasut baru, time raya je lah. Tu yang briya nak puasa, kalau tak tak dapat baju baru. 

Teringat dulu, masa tu aku sekolah rendah, tak ingat darjah berapa. Sekolah dengan rumah takdelah jauh sangat. Aku gi sekolah jalan kaki je dengan akak sebelah rumah ni. Sekolah sesi petang, habis sekolah pukul 5.45pm. Balik rumah, terus mandi. Saja duduk dalam bilik air lama-lama, sejukkan badanlah konon. Paling seronok, aku berendam dalam besen yang mak tadah air. Hahaha..Rumah takde bath tub, besen pun jadiklah.  Selagi mak tak ketuk pintu bilik air, tak suruh keluar selagi tu lah aku berendam. Seronok weh.. Bila dah siap mandi, keje aku melangguk kat meja tengok jam. Setiap saat keje aku tengok jam, bilalah jarum pendek tu nak gi kat no.7..Lambatnya nak buka!! Punyalah pemalas. Bukan nak tolong mak sediakan lauk berbuka. Dah kena sergah baru pandai nak bergerak tolong apa yang patut.

Belum lagi citer hal sahur. Tu lagi haru. Puas kot mak kejut bangun, gegar-gegar katil. Pun aku liat nak bukak mata, tinggal tak kena seret gi meja je. Huhuhu.. utamakan tidur sangat. So, aku rasa aku dah tahu dari mana menurun perangai susah nak bangun sahur Eisya.. Ekwan tak nak mengaku tu perangai dia, nak tak nak, kenalah aku admit dia menurun perangai aku. Bab nak tinggalkan tilam je liat aku ni, tapi bila dah basuh muka, dah segar sikit. Berselera je aku makan waktu sahur tu. Macam makan tengahari je gayanya. Siap bertambah. Kadang aku yang pelik kalau orang kata tak boleh nak makan waktu sahur, boleh makan benda ringan-ringan je. Huhuu.. Aku selera je. Hahaha.. Tu sebab, puasa ke tidak, berat aku maintain. Sama banyak je aku makan. 

Dan dari dulu mak ajar, waktu sahur dengan berbuka mesti minum air panas. Waktu berbuka selalunya, mak sorang je lah yang minum air panas. Kitaorang memang takde maknalah. Waktu sahur selalunya mak buat teh atau nescafe. So, aku pun macam terikut. Lagipun macam kurang sesuai je nak minum air sejuk pagi-pagi. Sebab aku memang kurangkan caffeine dengan teh. Maka, pilihan aku setiap kali sahur adalah Horlicks. Kenapa Horlicks?? Sebab rasa Horlicks yang sedap. Horlicks dirumus daripada susu, barli bermalt dan gandum, dan paling penting tanpa pewarna, perasa, pemanis atau bahan awet tiruan. Rasa Horlicks ni, tak manis, tak tawar. Sedang elok je. Selain tu, sebab utama aku pilih Horlicks sebab Horlicks padat dengan 23 nutrien pembesaran terutamanya untuk kanak-kanak. Sangat bagus untuk Eisya. Lagi-lagi sekarang dah ada Horlicks Chocolate. Lagi senang nak suruh dia habiskan secawan Horlicks.

Perfect Sahur Kit from Horlicks with Delicious New Horlicks Chocolate.
 Rasa sedap. Khasiat hebat.

Sempena bulan Ramadhan ni Horlicks melancarkan kempen #SahurDenganHorlicks. Kempen ni adalah bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa terutamanya, betapa pentingnya bagi anak-anak mendapatkan nutrien yang mencukupi dalam menu semasa bersahur. Ini penting kerana walaupun berpuasa, anak-anak seharusnya mendapat nutrien yang mencukupi bagi pertumbuhan yang sehat. Kanak-kanak dan ibu bapa harus dididik untuk berpuasa secara sehat. Puasa-puasa jugak, tapi janganlah sampai memudaratkan. Setiap pagi sebelum Eisya ke tadika, aku memang berusaha pastikan dia minum susu tak pun secawan Holicks Coklat. Kalau yang original tu, macam susah sikit dia nak habiskan.

Buat yang masih belum tahu, kini Horlick juga ada dalam perasa coklat. Horlicks Coklat dirumus khas padat dengan 23 nutrien penting untuk tumbesaran seperti kalsium, Vitamin D, Zat Besi,Protein, Vitamin A, B1, B2, Iodin dan banyak lagi!! Nutrien ni semua diperlukan untuk membantu melengkapi khasiat harian dan menyokong tumbesaran, terutamanya kanak-kanak. Eisya ni dah lah jenis susah makan, kadang risau jugak kalau dia ni kekurangan nutrisi. Dengan Horlicks, tak perlulah aku risau. Anak sehat, mak pun gembira. 

Vitamins dan Mineral yang terdapat dalam Horlicks. Untuk lebih khasiat dan kebaikan Horlicks, bolehlah refer kepada yang pakar di laman website horlicks:

Minum pulak dalam tumbler cute macam ni. Memang sekejap je dia habiskan. Siap minta nak bawak pergi sekolah. Nak minum dengan kawan-kawan dia kata. Eh..lupa ke awak tu kena puasa Eisya..

Tahun ni Eisya pun dah mula belajar puasa. Sebab kat tadika, budak umur 5 dengan 6 tahun dah diajar berpuasa. Makanan tengahari tak disediakan untuk dia. Cikgu pun minta parents pastikan anak-anak bersahur. Takdelah nanti lembik je kat sekolah. Bab nak bangunkan dia sahur, memang drama berepisod lah jawabnya. Sudahnya dia bangun sahur pukul 6.30am, jadiklah. Asalkan dia makan pagi sebelum pergi sekolah. Selalunya dia makan cereal je. Yang paling best masa first day puasa. Petang tu masuk je kereta, macam biasa berceritalah dia.

Dan terjadilah kisah seperti di atas. Confuse aku, Eisya ni kalau bercakap macam paham sangat apa tu puasa. Tapi nampak gaya, macam tak paham je. Bila tengok video Ilham's Ramadan Memories ni, terasa nak adakan sesi soal jawab pasal 'Puasa' dengan Eisya juga.

Comel je budak dia jawab semua soalan orang bagi ke dia.

Nak tengok apa yang dia paham pasal puasa sebenarnya. Bila tanya ' Puasa tu apa Cha?' Pandai pulak jawab 'Tak boleh makan siang-siang, maghrib baru bleh makan' Takpelah Eisya.. Banyak lagi masa nak terangkan kat awak pasal puasa ni.

Untuk Eisya memang jarang aku sediakan menu yang berat-berat. Dia tak berselera besar macam mak dia. Nak suruh dia makan nasi pagi-pagi, memang tidaklah. Kalau tak cereal, tak pun scramble eggs, sausage rebus ke, Nugget ke.. Benda-benda segera je dia boleh makan. Bagus juga. Senang keje ibu. Habis makan, minum Horlicks, complete dah nutrien untuk sehari. Lagi best, bukan Eisya seorang yang dapat manfaat dari Horlicks ni, aku ngan Ekwan pun tumpang sekali.

Pagi ni terlajak bangun, kita makan ni je lah untuk sahur. Dan segelas Horlicks Original. Cukup bekalan nutrisi untuk sehari.

Dah paham betapa pentingnya nutrien yang lengkap untuk anak-anak di bulan puasa ni?? Silalah ke kedai berdekatan untuk dapatkan bekalan Horlicks anda. Tapi sebelum tu akak nak share benda baik punya!! Apa dia...??

Bagi memeriahkan kempen #SahurDenganHorlicks ni, pihak Horlicks adakan contest menarik yang semua wajib join. Wajib join sebab hadiah dia sangat best. Nak tahu apa hadiah dia?? Bekalan Horlicks selama satu (1) tahun!!! Tak ke best.. Dapat Horlicks free selama setahun. Dan makin best, contest ni tak memerlukan effort yang banyak. Korang hanya perlu share memori atau pengalaman Ramadan korang atau anak korang kat ruang komen Facebook Horlicks. Ni aku bagi link dia. 

Horlicks Malaysia: 

Bolehlah amik masa sikit, throwback balik kenangan zaman kanak-kanak korang. Mesti banyak kisah-kisah yang kalau diimbau buat korang tersengih. Kongsilah dengan Horlicks, mana tahu. Rezeki sempena bulan Ramadhan yang mulia ni. Dah share, jangan lupa Private Message maklumat-maklumat yang diperlukan. Refer syarat-syarat penyertaan kat sini:-

Terma dan Syarat Peraduan #HorlicksRamadanExperience:-

Peraduan ni berlangsung sehingga 16 Julai 2015. Cepat. Ada masa lagi nak turut serta. Bekalan Horlicks setahun weh hadiah dia. Kena rebut peluang ni. Kongsikan kenangan korang sekarang. Akak dah submit dah pengalaman akak puasa dulu-dulu. Kalau nak tau, gi lah jengah.

'Membesar Setiap hari, Minum Setiap Hari'

Raya Kami

$
0
0
Selamat Hari Raya!!!

Tahun ni raya ke-2 buat Elma. Seronok beraya dengan budak umur Elma. Dah banyak keleteh. Tahun lepas tergolek-golek je raya. Tahun ni dah pandai jalan, comel je pakaikan baju kurung. Dapat pulak dia macam excited pakai baju kurung. First time katanya.. Jakun budak tu. Bila tanya 'Baju lawa mana Elma?' Dia tepuk-tepuk baju kat dada, pastu selak baju tunjuk perut. Hahaha.. Penghibur sungguh. Raya jadk makin meriah bila Eisya dah paham erti raya. Dah tahu menghitung hari nak raya. Excited nak balik kampung beraya dengan sepupu. Makin bersemangat mak ko nak beraya.

Tapi dalam meriah, huru-hara jugak nak bersiap anak-beranak pagi raya. terus berharap, cepatlah korang besar. Tapi pastu macam 'Eh..tak nak lah, janganlah besar cepat sangat' Kecelaruan minda mak kau ni. Hahaha.. Elma masih dalam fasa nak melekat dengan aku je. Tak nak dengan orang lain, Ekwan pun dia tak nak. Aku kena ada depan mata dia. So bayangkan camne aku nak bersiap pagi raya. Ekwan dah gi sembahyang raya.. Melalaklah dia sementara mak dalam bilik air. Drama sangat. Garang tapi kememeh Elma ni. 

2 beradik di pagi raya. Berkerut kening Elma. 

Tahun ni tema kami Kuning Hitam. Seperti biasa, kuasa veto di tangan aku. Ekwan dengan anak-anak akur je. Sementara anak-anak tak pandai memilih ni lagi. Bagilah mak penuhi selera mak. Nanti dah sekolah, dah ada citarasa sendiri, barulah mak pulak akur dengan pilihan anak. Dan tahun ni beraya di Pahang dulu. Tahun ni buat lemang sendiri. Meriah rasa malam raya. Kena jadik kan acara tahunan ni. Cuti tak lama, aku rasa macam tak puas beraya kat kampung tahun ni. Raya kedua dah balik JB. Macam tak habis lagi beraya kat Pahang, dah ke JB. Kat JB pun tak puas beraya.. Dah balik KL.. Tapi dapat beraya dengan kedua-dua keluarga pun dah syukur.

Okay, sambung kemudian. Naik keje, tray menimbun. Gambar tak transfer lagi, update gambar dari phone je ni. Tak puas.

Thank You Scott's

$
0
0
Ingat tak lagi, dulu aku join contest #Momazing anjuran Scott's. Lama dah, bulan 3 dulu. Keputusan pun dah keluar lama, tak silap bulan 4. Alhamdullilah, rezeki Eisya *dan kegigihan aku meraih undi* Gambar Eisya berjaya disenaraikan sebagai Top 10 Scott's #Momazing Moment. Dapatlah 4 keping tiket ke Legoland. Horray!!! Free weh.. Tiket Legoland tu dahlah mahal. Kalau suruh aku beli sendiri, memang tak tahu bilalah Eisya meras ke Legoland. Ni dapat 4 tiket free.. Alhamdullilah!!! Selamat duit mak kau!!

Walaupun agak lambat proses penerimaan hadiah ni. Yelah, 3 bulan kot baru hadiah sampai. Jutaan terima kasih  diucapkan kepada Scott's Malaysia sebab anjurkan contest begini. Buat lah selalu. Kalau tak guna pakai konsep 'Most Like' Lagi akak suka.. dan tentunya, terima kasih kepada semua yang telah mengundi. Jasa baik kamu semua sangat dihargai.

4 tiket Legoland jadik milik kami. Dan bertambah lah lagi stok Vitamin C untuk Eisya. Sebelum ni dah dapat 1 hamper. Ni dapat lagi. Penjimatan berganda.

Tiket valid sampai Januari 2016. Kena pergi segera ni. Bila bagitahu kat Eisya 'Cha, tiket Legoland dah sampai' Excited dia, terus 'Kita nak gi Legoland esok ke ibu?' Huhuhu.. Kalau Legoland tu kat Subang Jaya Cha, boleh lah kita pergi esok. Sabar ye.. Tak lari Legoland tu.



Gamat Malam Raya

$
0
0
Orang lain lama dah update pasal citer raya. Aku gak baru nak terhegeh-hegeh. Nak buat macamana, akak kesuntukan masa. Nak transfer gambar dari kamera pun berminggu. Nak upload gmbr, draft post lagilah amik masa. Ni pun akak curik-curik masa skit, demi nak mengabadikan kisah raya kami anak-beranak. Alah, kiranga ni ala-ala throwback lah ni.

Okay, marilah luangkan masa membaca al-kisah raya kami sekeluarga.

Malam raya kat Pahang tahun ni meriah, gamat. Dengan budak-budak seronok sakan main bunga api. Yang orang laki sibuk bakar lemang. Raya sakan!! Merasalah pertama kali aku ni isi beras pulut dalam buluh. Alhamdullilah, lemang kami menjadi. Sedap lak tu. Berlemak, lembut.. Cukup santan, cukup garam. Hahaha, puji diri sendiri nampak gaya. Biasalah, benda buat sendiri memang puas hati. Makan panas-panas malam tu, perrghh.. Habis 2 batang.

Rasa nak request, setiap kali aku raya kat Pahang, aktiviti bakar lemang malam raya mesti diadakan. Hahaha.. Kau ingat buat lemang macam masak nasi impit?? Ni pun nasib buluh semua pakcik Ekwan dah carik siap-siap. Daun lerek pun pakcik dah beli. Basuh buluh semua adik dia dah buat pagi tu. Petang tu tinggal nak sediakan santan je. Merasalah tengok Ekwan parut kelapa manual. Rare sungguh kejadian ini. Eisya siap tekun lagi memerhati abah dia parut kelapa, kagum lah tu.

Ini paling tak boleh blah. Abah parut kelapa pun nak peluk. Risau bebenor abah dia hilang. Elma ni tamak perhatian lah. Ibu tak boleh hilang, abah tak boleh hilang. Kakak je dia tak peduli.

Gigih pakcik ni. Lama tak buat lemang sendiri dia kata. Tu yang semangat lain macam tu.

Tengok budak Elma ni. Sama sibuk. Orang nak masukkan pulut dalam lemang, dia pun nak jugak join sama.

Orang kuat. Thanks Pakcik. dari hidupkan api sampai lemang masak. Pakcik yang jaga 100%. Ekwan datang tolong jaga 20% Huhuhu...

Bapak-bapak sibuk jaga lemang. Budak-budak kecik ni sibuk main bunga api. Elma pun join sama. Seronok budak kecik tu. Mula-mula je takut, lepas tu kemaruk. Bunga api habis, dia menjerit tak nak masuk rumah.

Malam tu tak tidur lewat sangat, lauk-lauk raya pun siap awal. Semua tidur awal, budak-budak pun aku paksa tidur awal. Esok nak bangun pagi-pagi masak ayam masak merah dengan sayur lodeh. Orang Johor beraya kat Pahang, tetap dia nak Lodeh ada atas meja di pagi raya. Harus beb harus... 

Pagi Raya di Pahang

$
0
0
Tahun ni giliran beraya di Pahang dulu. Tahun ni tak dapat cuti lama, dapat cuti raya pun syukur dah sebenarnya. Dapat cuti awal lagi. Cuma selalunya aku jarang cuti awal, aku suka cuti panjang selepas raya. Tapi mengenangkan Ekwan tak cuti lama, apa kes aku nak cuti sakan. Lagipun taska dengan tadika Eisya cuti panjang. Tak payah lah nak sayang cuti sangat. Ikutkan 5 hari gak aku amik cuti raya.

Seperti aku kata sebelum ni raya tahun ni terasa meriah sebab ada Elma. Hiruk-pikuk pagi raya aku dibuatnya. Eh bukan aku sorang, semua orang lah.. Nak amik gambar raya lagi lah huru-hara. Selagi anak-anak kecik ni memang tak merasalah nak dapat perfect family picture. Redho je lah.

suruh salam cium Tok pun nak melalak. 

yang si kakak pun sama. nyampah aku tengok. entah pape je

Kena pastikan shoot pertama sudah dapat hasilkan 60% kepuasan sebab cubaan seterunya pasti lagi hampeh. Jadiklah walaupun anak-anak pandang entah mana, ibu ngan abah je beriya menyengih.

Tengok. Sorang dah macam ulat meliuk-liuk, sorang dah terlepas. Nak ajak bergambar lagi. Memang tak payah lah. 

Mengelupur lepaskan diri sebab nak collect duit raya rupanya. Pandai okay si kecik ni, asal orang hulur sampul meti dia capai sampul tu dulu, salam tak mahu. Tak senonoh. Minta cium lagi jangan harap.

Gelak sakan Elma. Happy go lucky sungguh Elma ni. Ibu abah feeling anak sorang lah sebab anak sulung berlari beraya entah ke mana. Mana dia layan gmbr-gmbr ni semua. Tak penting dia kata.

Tak beraya ke mana sangat sebab tak sempat keluar beraya rumah kena serbu. Kita baru ingat nak serbu rumah dia dulu, sekali derang dah serbu dulu. Huhuhu.. Kenalah dulukan tetamu kan. Sedara-mara gak.. Macam amik turn kan, kau datang umah aku dulu, pasni aku datang umah kau.. Tapi hakikatnya tahun ni memang kurang jalan beraya, raya first tu sempat beraya rumah mertua akak ipar aku. Pastu balik, tunggu orang datang lagi. Eisya je beraya sakan.. Balik-balik berlengas satu badan.

Ni pagi raya lagi ni, dah comot camni. Takpelah, asal dia happy. Raya kan.

*takde gambar menu raya sebab tak berkesempatan. nak makan pun tak tenang, kau ingat aku kuasa nak amik gambar segala. 
*tahun ni macam tak banyak gambar raya je. laki aku dah malas.. huhuhu



Sesi Beraya Diteruskan

$
0
0
Petang raya ke-2, gerak balik JB dah. Ya Allah punyalah drama nak bawak Eisya masuk kereta. Dia tak nak ikut balik JB kau. Selamba je salam, lambai-lambai tangan kat aku ngan Ekwan. Kitaorg gerak pun dia selamba je. Tengah syok main, lupa diri lah tu. Lupa yang dia tu malam-malam nak tidur celah ketiak ibu abah. Suruh tidur sebelah kawan dengan sepupu tak mahu, nak ibu abah gak. Lagi ada hati nak tinggal kat kampung. Malam-malam kang melalak.. Padan muka..

Terpaksalah aku guna kaedah menipu nak bawak dia masuk kereta, tak larat nak guna kaedah paksaan. Nak melayan dia meronta-ronta, cuba nak terjun keluar dari kereta. Bahaya. Terpaksa lah tipu. Aku kata kat dia 'Eisya, jom ikut ibu. Ibu nak gi amik tiket nak gi Hong Kong ni. Nak ikut tak?' Dengar kata nak gi Hong Kong, terus laju. Tinggal terus kawan-kawan. Huhuhu.. Tapi merasalah sepanjang perjalanan dari Pahang ke Johor dia asyik tanya 'Kat mana nak tiket Hong Kong tu ibu?' Pastu kang tanya lagi 'Tiket Hong Kong kat rumah opah ke ibu?' Anak dah besar, dah bijak.. Kau ingat senang nak menipu dia. Last-last aku jawab je 'Orang tu kata tiket Hong Kong tak siap lagi lah Cha, tak boleh gi amik lagi' Nasib dia percaya kata-kata mak dia ni dan takde soalan susulan. Kalau tak, banyak aku nak kena minta maaf kat dia sebab asyik menipu je kejenya. Huhuhu...

Sampai JB tengah malam, budak-budak segar semula sebab dah tidur almost perjalanan. Aku pass kat mak aku, aku tidur. Hahaha..

Kat JB pun tak berjalan sangat sebab mostly smua masih belum pulang ke rumah masing-masing. Raya ke-3 tu duduk rehat kat rumah je lah. Malam baru gi beraya. Duduk melepek je kat rumah, rasa macam tak rayalah pulak kan. Raya ke-4 baru plan beraya ke rumah pakcik-pakcik yang berdekatan.

Jom kita gi beraya. Merah lipstick anak aku.

Budak ni memang pantang di'offer bab mekap. Memang dia tadah muka terus. Dapat pulak mokde dia rajin melayan, gembira sangat dia dpt bibir merah menyala gitu.

Rumah Pak Long memang masuk list wajib pergi setiap tahun. Tahun ni Pak Long jamu kitaorang sup kambing. Terus niat konon tak nak makan banyak malam tu terkubur begitu sahaja.

Dari rumah Pak Long ke Ruma Pokde. Pukul 12 tengah malam sampai. Hahaha... Raya sakan. Nasib anak-anak aku tak mengamuk. Redho je layan mak ayah beraya. Eisya siap tertidur dah hah..  Elma tu menunggu masa je tu. Tapi bila nak balik Eisya terjaga, siap cakap nak main bunga api dengan Kakak Nuha. Sorry lah ye, tak dapat ibu nak penuhi permintaan awak.

Sesi beraya dengan sepupu dan pakcik makcik ni memang beginilah setiap tahun. Memang berlarutan ke tengah malam. Jarang dapat jumpa, banyak isu nak dibincangkan. Lagi-lagi bila ada isu hot. Aku sebagai anak sedara haruslah menyibuk sesambil ambik tahu. Nasib rumah sedara, boleh lah beraya sampai ke tengah malam. Hadap sebalang kuih sampai licin pun tak kena marah, siap tuan rumah refill lagi. Hahaha..

Untung ada peluang beraya macam ni. 


Kawan Blogger Datang Beraya

$
0
0
Waahhh!! Untung ramai kawan ni. Di mana-mana, ada je kawan kita. Tu sebab orang kata, jangan memilih sangat kawan ni. Jangan menyombong. Dapat kawan yang tolong jadik kita jadik better person, lagi untung. Dan aku kategorikan kawan-kawan alam maya aku adalah mereka-mereka yang sentiasa beri impak positif dalam hidup aku. Walau kitaorang selalu menyembang entah apa-apa, topik berulang pun selalu.. Kawan-kawan blogger aku sentiasa mengingati 1 sama lain. Share macam-macam tips.. Senang kata, bukan sembang kosong takde makna lah.

Sayang korang semua.

Paling best, kita ramai yang sekampung. Bila balik kampung, cuti-cuti raya ni. Ada jugak peluang nak berjumpa. Sebab kalau kat KL ni sebenarnya susah gak nak bersua muka. Rancak kat Whatsapp je lah. Jauh di mata tapi dekat di hati katanya.

Thanks Hany datang beraya. Pandai dia carik umah mak aku. Tahu-tahu depan rumah dah. Arghh, selebetnya muka akak. Time ni baru je siap masak ni. 

budak 2 ketlul ni masih segan-segan. enjin belum panas

Ni bila dah panas enjin. Seronok main berdua. 

Gambar gegar nak gak upload sebab suka tengok reaksi 2 ketul ni. Happy sungguh gayanya.

Satu basikal naik berdua pun boleh

Adik-adik pun sibuk nak join sama. Tapi kena halau dengan kakak..

Kita dating berdua je lah Elma. 

Seronok sungguh Eisya petang tu bila ada kawan datang beraya umah opah dia. Seronok ada kawan nak main sama. Cucu sulung, gitu lah gayanya. Boring lah sikit. Paling tidak dia main ngan rabbit mak aku. Hahaha..Kesian dia. Patutlah susah bila ajak meninggalkan kampung kat Pahang tu. Puas berpeluh Eisya main dengan Faqihah petang tu. Berpeluh-peluh budak berdua tu. Aku risau dah Eisya menangis-nangis tak kasik Faqihah balik. Nasib dia okay, maybe sebab kata malam tu nak gi beraya lagi. Sseronoklah dia..

Thanks Hany datang beraya. Beria aku pelawa makan nasi ayam tapi kenyang sangat katanya. Makan kuih raya je lah. InsyaAllah, lain tahun kalau ada kesempatan aku datang beraya rumah mak kau pulak ye.

*eh Hany ni dealer PowerGold, kalau nak beli emas boleh lah carik dia.

Cake Jalan Tiung

$
0
0
Kita selingkan dengan cerita selain cerita raya ye. Kang asyik pasal raya je, muak pulak korang. So akak citer hal lain pulak. Kita citer hal makan-makan pulak. Akak kan suka makan.

Lama dah dengar pasal kedai ni. Asyiklah tengok orang post gambar-gambar kek dia. Dan asyiklah teringin. Semua kek dia nampak begitu menyelerakan. Nasiblah selalu juga berpeluang ke Shah Alam tu. Dapatlah menyinggah. Dulu penah sekali nak pergi lepas abis meeting, sekali dia tutup lah pulak. Kecewa sungguh akak tau. Nasib ada Foodsbury sebagai ganti. Bila kesempatan ke Shah Alam minggu ni, aku set lunchdate siap-siap dengan Yun. Kebetulan Cake Jalan Tiung ni belakang opis dia je pun.

Barisan kek yang mengiurkan

Yang menjadi pilihan. 
Salted Caramel Choc Cake : RM13 sepotong 
Berry Sue Pavlova : RM 12 per slice

Pergghhh.. Memang sedap bagai di kata. Bukan bodekan semata segala komen yang aku pernah baca pasal kek kat sini. Lagi-lagi Green Tea pavlova dia tu. Next time aku rasa selamba aku makan 2 slice kot. Sedap. Berbaloi dengan harga. Suasana kedai pun tenang je. Ni kalau petang-petang dating kat sini, memang best. Soda Tapping Tapir tu pun sedap. Atas cadangan staff Cake Jalan Tiung, aku cuba Soda Apple Vanilla. 

Teman dating. Memang selalu dia ni lah jadik mangsa meneman aku lunch setiap kali aku ke Shah Alam.

Muka happy dapat makan kek sedap.

Kalau berada di Shah Alam, nak carik cafe nak lepak-lepak, borak-borak dalam suasana tenang. Bolehlah ke Cake Jalan Tiung ni. Cafe ni kat Seksyen 9, Shah Alam. Ni address dia:-

Cake Jalan Tiung,
3-1 Mezzanine Jalan Tg Ampuan Zabedah
Jalan 9/9J Seksyen 9, Shah Alam
Tel: 012-9512887

Boleh call dulu tanya kek apa yang available ari korang nak datang. Manalah tahu mengidam kek-kek tertentu, sekali datang takde. Tak ke kempunan nanti jadiknya.

Kita Beraya ke Melaka

$
0
0
Sambung semula cerita raya. Raya sebulan weh, layankan je lah citer raya melambak-lambak kat blog dalam tempoh masa 2 bulan ni.

Kan dah banyak kali kata tahun ni aku cuti raya sekejap je. Raya ke-5 dah pulang ke Kuala Lumpur, sebab esoknya Ekwan kena kerja. Aku cuti lagi sebab taska Elma tak bukak lagi. Tak kuasa nak angkut dia gi keje. Bawak dia gi keje, tak jadik apa. Baik aku cuti, sambil-sambil kemas rumah. Dalam perjalanan balik ke KL, singgah lah rumah makcik aku kat Bukit Katil, Melaka. Kebetulan sepupu-sepupu aku pun nak beraya sekali. Haruslah akak wajib join. Time ni je lah pun nak jumpa derang.

Makcik aku kata dia nak masak Nasi Jagung, lauk ayam masak merah dengan daging rusa masak black pepper. Memang aku kosongkan perut siap-siap. Tapi tak sempat amik gambar. Lapar dan kelam-kelibut makan sambil halang Elma buat huru-hara. Ginilah nasib ada anak kecik, tapi walau pun begitu akak tetap berjaya tambah nasik 2 pinggan. Hahahaha..

mimpi ngeri kucing-kucing ni Elma. habis dia goncang sangkar kucing tu..

Elma.. Malu tapi mahu.

Aku kalau dah sampai umah Mak Dijah ni, memang aku akan syok sendiri ber'photoshoot kat halaman rumah dia ni. Lawa sangat halaman dia. 

Cap Ibu dan Anak. Anak sulung seperti biasa, dah jumpa kawan kan

Bapak pun nak jugak. Kasik chance lah. Sementara anak baru 2 kan, bolehlah dukung macam ni. 

Dari rumah Mak Dijah ke rumah Pakcik Hamzah pulak. Dah alang-alang kat Melaka. Sekali harung je lah. Kalau tak pergi kali ni, tak tahulah bila pulak sampai nye. Bukan jauh pun Bukit Katil ngan Jasin. Cik Halus dah masak mee kari okay. 

Budak-budak beraya. Orang sedap makan, depa berlari sana-sini. Yang kecik tu pun, tak mau ketinggalan.

Sebelum pulang dan selepas kekenyangan. Jumpa lagi tahun depan. Alahai, macam kan jauh je kan memasing sampai raya je baru jumpa. Nak buat camne, memasing busy. Dapat jumpa ni pun dah syukur. Tapi walau jarang bertemu, kita sentiasa keep in touch. Thanks to Whatsapp.


Food Review: Capricciosa - Restorante Italiano Pasta & Pizza.

$
0
0
Semalam akak dapat peluang join geng-geng blogger ke Restoran Makanan Itali kat Sunway Putra Mall. Bila Kak Pink buat announcement kat Facebook, terus akak tawarkan diri. Dah dekat sangat dengan opis, keadaan pun mengizinkan. Marilah turut serta.

Berbelit okay lidah akak nak menyebut nama kedai ni. Bila sampai siap tanya waiter tu, camne nak sebut nama kedai ni. Beriya budak tu mengajar. Sebut betul-betul ye CAPRICCIOSSA. Capricciosa ni merupakan Restoran Makanan Itali pertama yang diikitraf Halal oleh JAKIM tau. So, tak perlu lah nak risau-risau kalau nak gi makan kat sini. Semua makanan disediakan fresh, hanya dimasak bila customer order.Ini memang tak tipu, akak dah rasa dah sendiri. Udang dia dah lah gemuk-gemuk, fresh pulak tu. Dan paling penting Halal.

Capricciosa, Sunway Putra Mall

Tak payah nak intro panjang sangat lah. Marilah akak kongsikan apa yang sedap sangat kat Capricciosa ni. 

Minuman yang sangat nyaman di tekak. Dan pastinya enak belaka
Dari kiri: Lycee Pop, Mango Lycee, Tea Lycee, Cranberry Breeze & Fruit Punch.

Akak order CRANBERRY BREEZE. RM 11.90 segelas.
Lime Juice with Lemon Lime Soda, pastu tambah Cranberry Syrup. Memang sedap sungguh. 

CAESAR SALAD WITH SALMON TOPPING. RM 16.90
Tapi boleh jugak pilih Cajun Chicken Slice as topping. Sedap. Sayur segar.

GARLIC & CHILI SHRIMP RM 22.90
Ini memang sedap. Akak bagi 8/10. Kalau olive oil tu kurang sikit lagi, memang dapat full mark lah dia. Dah lah ni menu pertama sampai. Lapar-lapar diberi udang gemuk segar macam ni. 

BEEF & REEF RM 53.90
Grilled Australian Beef Striplion & Creamy Garlic Prawn. Dia ni lah pemenag. Creamy sos tu sedap sangat. Udang tak payah cakaplah, memang semua gemuk-gemuk. Yang sayangnya, daging tu macam liat sikit. Kalau tak 10 markah dah dia dapat.

CREAMY GARLICKY SALMON RM 36.90
Ini antara yang harus dicuba, sebab ini signature dish Capricciosa. Salmon filler dipanggang pastu dicurah garlic sos. Garlic sos Capriciossa ni sedap. Cukup semua rasa dia. Rasa macam nak jumpa chef minta resipi, sebab 2,3 kali gak aku try buat selalu entah pape je rasa dia.

ULTIMATE SURF & TURF RM 89.90
Ada Grilled Beef Striploin, Creamy Garlicky Salmon, Black Mussels, Capri Superstar Pasta, dan Rice Croquette. Rice Corquette ni memang sedap. Ada cheese kat tengah-tengah bebola nasi tu.

Terkejut sungguh akak bila hidangan ni sampai. Besarnya pinggan dia. Memang tak habis lah akak makan sorang kan.. Nasib geng-geng blogger yang lain semua pemakan. So kalau yang datang berdua, dan nak merasa semua hidangan Capicciosa, sesuai sangatlah amik platter ni.

BAKED LOBSTER RM 99.00
Hidangan yang paling dinanti. Walaupun Lobster tu macam hangit,biar rupa macam tak berapa ada. Hakikatnya dia sangat sedap. Manis dan terasa kesegaran lobster tu.

Kalau tak nak makan pasta, tak makan steak dan seafood. Jangan risau, kat Capricciosa ada juga disediakan PIZZA. Kata Italian Food, Italian Food apa kalau takde pizza. Pelbagai rasa. Ada 11 jenis untuk dipilih. Tapi yang CAPRICCIOSA ni wajib try. Sebab yang ni hanya ada di Capriciossa.

 CAPRICCIOSA RM 27.90 (Family Size)

HAWAIAN PIZZA RM 28.90 (Family Size)
Kerak pizza kat Capricciosa ni jenis nipis, memang memenuhi piawaian citarasa aku. Topping penuh, tak kedekut. 

Dah makan sedap-sedap, kalau takde penutup macam tak sempurna je. Lagi-lagi kalau dari awal tadi dah target, nak pekena desert gak. Ada 5 jenis piliha desert kat Capricciosa. Petang semalam kitaorang cuba 2 jenis. Atas cadangan waiter Capricciosa, kami try 2 ni.

CHOCOLATE BROWNIES RM 11.90
Sedap sangat sampai tutup-tutup mata makan. Brownies panas-panas makan dengan aiskrim. Alahai..Korang pun boleh bayangkan betapa nikmatnya.

MASCARPONE TIRAMISU RM 11.90
Yang ini pun memang mengiurkan. Perfect sangat rasa cheese ngan coffee dia. 


Kesimpulan yang dapat aku buat pasal hidangan di CAPRICCIOSA:-
  • Bahan-bahan yang digunakan memang fresh, lagi-lagi seafood. Udang-udang dia segar, besar-besar pulak tu. Dan chef dia sangat pandai masak salmon. Sedap.
  • Portion hidangan dia besar, bersesuaian dengan harga.
  • Waiter Capricciosa peramah. Sabar je melayan kerenah banyak songeh kitaorang.
  • Kedai luas, kalau datang time lunch hour pun tak perlu risau. Keselesaan menikmati makanan enak dan lazat adalah terjamin.

Dan yang paling penting aku nak sampaikan, Capricciosa ada buat promotion baik punya, yang tak patut dilepaskan. Mulai dari Khamis (13 Ogos 2015) hingga 16 Ogos 2015 (Ahad) iaitu esok semua outlet Capricciosa akan berikan potongan50% kepada semua hidangan. Aku ulangi 50%. Silalah percaya. Semua makanan bayar separuh harga je. Apa tunggu lagi, pergi lah serbu outlet CAPRICCIOSA berdekatan korang. Capricciosa da 3 cawangan. 

Capricciosa @ Sunway Pyramid:
LG2. 127A, Sunway Pyramid. Tel: 03-74920513

Capricciosa @ Pavilion KL:
Lot 1.52.00, Level 1, Pavilion KL. Tel: 03-21410517

Capricciosa @ Sunway Putra Mall:
Lot 3-29, 3rd Floor, Sunway Putra Mall. Tel: 03-40505883


Tinggal esok je. Pergi segera!!!

Untuk maklumat lanjut, boleh refer:


Selamat Menjamu selera. Malam ni boleh lah pergi. 

Jamuan Raya Rumah Kami

$
0
0
Raya dah habis tapi citer raya aku tak habis-habis. Layankan je lah.

Tak plan pun. Siap niat tahun ni misi aku nak gi beraya rumah orang je, takde open house kat rumah sendiri. Malas punya pasal. Tapi bila sepupu aku si Khairul tu kata nak datang beraya, plan lah masak sikit-sikit untuk dia. Pastu macam teringat sepupu Ekwan pun ada kata nak datang beraya. Alang-alang datang lah hari yang sama. Jimat tenaga akak nak memasak. So, gandakan lah makanan. Pastu Ekwan kata 'Ajak lah budak-budak Puchong datang yang.. Aritu buat birthday Cha derang tak dapat datang' Akak okay je. Jemput lah. Tetamu ni kan datang membawa rezeki. Akak tambah lagi, dari spaghetti sebungkus, dah jadik 3 bungkus. 

Pastu akak panjangkan jemputan ke kawan-kawan lain. Terus Ekwan sound 'Ni dah open house namanya ni yang weh' Hahaha.. takde lah open sangat. Ni private invitation ni. Terus pakcik tu gelabah kalau makanan tak cukup. Terus dia suruh tambah menu, tambah ayam sekor lagi. Okaylah.. Akak menurut perintah je. Dan gigihlah akak memasak dari malam sampai ke pagi. Nasib Eisya dan Elma memberi kerjasama. Bahagia akak kat dapur.

Menu adalah Spaghetti Bolognese, Kuah Lodeh dan nasi Impit, tak ketinggalan Ayam Masak Merah.

Sedap ke kuah lodeh achik Arryan?? Berselera sungguh hah.. 

Alhamdullilah, makanan mencukup untuk semua tetamu. Siap berlebih. 3 hari kena makan ayam masak merah. Kalau buat makan-makan, bab ni lah paling risau kan. Seronok Eisya ramai orang datang rumah, bila malam time kemas-kemas dia kata 'Ibu, esok kita buat hari raya lagi lah kat rumah kita, nanti kawan Chacha boleh datang rumah kita' Amboi sangat permintaan anak aku. InsyaAllah nak, ada rezeki. Bolehlah kita jemput orang datang makan lagi kat rumah kita. Terus aku bagi gentle reminder kat dia 'Cha kenalah rajin kemas rumah, tak boleh sepah-sepahkan rumah. Rumah sepah malulah nanti orang datang' Terus malam tu ringan tangan kemas mainan. Huhuhu.. Kaki bodek sangat.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi luangkan masa datang beraya. Datang jauh-jauh.. InsyaAllah andai kelapangan masa, ada kesempatan akak usaha penuhi jemputan korang pula.

Thanks Pijan luangkan masa beraya ke rumah aku. Dapat jugak jumpa Naurah. *Elma tu dah kenapa berkerut dahi bergambar




Terima kasih juga kepada kawan-kawan Blogger Mommy yang sudi luangkan masa berkunjung ke rumah. Terus padat jadiknya rumah kecik aku. Hiruk-pikuk dengan budak-budak, tapi tu yang meriah. Bukan selalu dapat kumpulkan budak-budak ni. Bila dah ramai-ramai, gitulah. InsyaAllah, ada rezeki, kesihatan,,, Boleh lah jemput kawan-kawan datang makan-makan lagi. Isskk, tak sabar rasanya nak dapat masuk rumah baru. Cepatlah dapat CF. Landed house seronok sikit nak ajak kawan-kawan datang.

Raya with my beautiful girlfriends

$
0
0
Raya ni bukan setakat untuk berkumpul dengan family. Nak dapat jumpa kawan-kawan semua, time raya lah jugak. Kalau ajak jumpa, buat gathering.. Time raya lah selalunya menjadi. Komitmen berjumpa time raya ni tinggi sikit. Macam tak patut kalau tak luangkan masa jumpa kawan-kawan di hari raya ni. Kalau waktu lain macam tak bersalah sangat. Yelah, nak harapkan masa lain. Lagi susah semua nak beri komitmen. Semua ada urusan masing-masing. Raya memang masa terbaik nak berkumpul.

And Alhamdullilah, dapat sekali lagi kami semua berkumpul di rumah Min. Memang dari dulu sampai sekarang. Kat sini lah tempat kami berkumpul. Dari zaman anak dara sampai semua dah beranak pinak. Wahhh.. Tak sangka. Dah berbelas tahun berkawan.

Pagi tu Min masakkan kitaorang semua breakfast. Min buat nasi lemak. Nasi lemak Min memang premium standard. Berkali tambah. Beriya dia nak kawan-kawan datang, tak perlu bawak apa-apa. Bawak badan je, yang lain semua dia sediakan. Dari dulu sampai sekarang, begitulah Min. Sentiada mendulukan kawan-kawan, Bertuah sungguh rasanya dapat kenal Min. Mulalah, teringat zaman-zaman dia datang bawak kan bekalan Milo untuk aku ngan Umi. Rindu pulak kat zaman duduk hostel kat UiTM tu.

Huru-hara kejap umah Min. Nasib anak-anak pandai bawak diri, boleh mak kau makan dan berborak dengan tenang sampai kenyang.

Sayang korang semua.

Lepas makan, dah kenyang. Anak-anak dah leka main, mulalah mak-mak budak ni lepas gian. Photoshootlah, apa lagi. Throwback semula sesi photoshoot kitaorang 6 tahun lepas. Ya Allah, lama sungguh dah. Dulu SnB Jr ada 2 je. Sekarang... Aku pun dah lost count. Kalau nak repeat photoshoot, benda boleh setel 2 jam.. mau jadik 5 jam. Maka, sementara ada peluang ni, bagi lah mak-mak melepas gian. Lama takde group photo macam ni.


My Beautiful Friends. Dalam cubaan menghasilkan kembali group photo kitaorang lepas Diploma dulu. 2004 tak silap. Gaya gambar persatuan sungguh. Yang bawah tu konon nak freestyle.. Gitu je lah mampu. 

Same pose, same position. Ulang tayang kejadian 6 tahun lepas. Tapi kali ni bawak anak join sama, Harap-harap, kekal berpanjangan persahabatan yang terjalin. Takde sengketa. Boleh ulang tayang sekali lagi.


Raya Cawangan Jalan

$
0
0
Ini tahun ke-3 aku bersama Cawangan Jalan. Terasa macam tak percaya, dah tiba masa untuk bersiap sedia ditukarkan ke cawangan lain. Timba ilmu lain pulak, walau secara jujurnya aku belum bersedia. I'm enjoying my learning session di Cawangan Jalan. Tak ready lagi nak pindah. Banyak lagi nak belajar. Tapi siapalah aku nak lawan polisi jabatan kan, nikmati dan belajar lah sebanyak yang mampu sementara masih berpeluang ni. Dan nikmatilah keseronokan sementara masih bergelar warga Cawangan Jalan ni.

Dan salah satunya, marilah bergembira ni Majlis Sambutan Hari Raya Cawangan Jalan kali ni.

Sesi bergambar adalah kemestian. Nak tampal kat aktiviti board kan. Hehehe.. Inilah kami di Bahagian Pengurusan Projek Zon Tengah. Setiap tahun boss takde, bergambar lah kami sendiri. 

Mak Dara dan Anak Dara. 

Ini wajib..

Tahun ni akak macam tak makan banyak sangat masa jamuan cawangan, entah tak tahu kenapa. Makan lemang sikit, mee kari semangkuk terus rasa dah kenyang. Kalau tak selalunya, semua makanan akak wajib rasa. Huhu.. Insaf kot lepas tengok gambar sendiri. Lagipun sepanjang minggu tu asyik jamuan raya je. Kejenya setiap hari makan.. dan makan. Tu yang tetiba akak insaf. Pastu asyik borak je kan.. Tu yang kurang sikit aktiviti makan akak. Walau ada macam-macam menu yang patut cuba.

Dan seperti tahun-tahun lepas, bila buat jamuan raya cawangan, memang tutup lah opis sehari kan. Seronok semua. Tapi handphone tetaplah berbunyi kan. Keje tetap keje. Petang akak naik opis semula. Akak bukan AJK kemas mengemas, so boleh blah awal. Banyak keje nak kasik setel. Cukup-cukuplah bergembira separuh hari kan.. 

Selamat Hari Raya semua. Raya dah habis, tapi akak tetap nak wish. 
Berapa kilo naik raya ni? Akak malas nak timbang, tapi sebab baju yang bulan lepas longgar sekarang dah muat-muat je, akak sedar sendiri. Jomlah puasa sama-sama semula.

Raya bersama Nur Kids, USJ2

$
0
0
Acara wajib tahunan semua tadika ni. Dulu kat tadika lama pun setiap tahun kalau ada kelapangan masa mesti aku akan pastikan kita orang join majlis sambutan hari raya tadika budak-budak ni. Tahun ni, kali pertama sambut dengan Nur Kids. Sepanjang minggu Eisya asyiklah ingatkan 'Ibu, school Chacha buat open house, teacher kata kena datang tau' Iye Eisya.. Iye.. Semangat. Bila tanya kalau tak pergi boleh tak, dia jawab 'Kawan Chacha semua pergi open house, Chacha kenalah pergi jugak' Nampak sangat tujuan utama dia adalah nak main dengan kawan-kawan.. Tiap petang main pun tak puas lagi. 

Ikutkan cikgu takde pun suruh bawak apa-apa, tapi aku macam terlebih rajin. Buatkan lah muffin coklat. Alah, tinggal bancuh je pun. Kan sekarang tepung muffin instant wajib ada dalam fridge aku. Tak payah susah-susah..

Jamuan bermula jam 11am sampai pukul 3pm. Sangat bijak cikgu mengatur masa. Memang lunch sana terus lah. Breakfast pun aku buat light je pagi tu. Goreng nugget, goreng fries. Memang target kenyangkan perut kat jamuan raya Nur Kids. Hahaha.. Alang-alang kan. Petang pulak sepupu aku buat open house. Memang seronok mak-mak gantung periuk ngan kuali musim raya ni. Makanan pun banyak, ada mee kari dengan nasi lemak. Desserts sangat banyak. Mostly semua parent bawak desert. Hah.. tengok, nasib baik aku bawak muffin, kalau tak segan gak datang lenggang kangkung kan. Tapi lupa pulak nak snap makanan yang super meriah tengahari tu.


Siap banner lagi hah..

Tudung dah tanggal. Berpeluh-peluh lari sana sini dengan kawan.

Tengah duduk borak-borak sambil layan anak main, tetiba benda ni datang. Satu box ice tu. Perrghhh.. Sedap giler. Rasa macam makan juice tembikai yang dibekukan. Pastu laici tu kecik-kecik dalam tu. Tanpa segan silu aku makan 2 batang.

Elma beriya tarik kain aku minta nak rasa jugak, terpaksa lah bagi.

Nak balik amik lagi 2 ketul tanpa rasa malu.

Dan setul habis kat budak ni je. Seketul lagi berebut dengan Eisya. Huhu.. Sedap weh. Rasa nak tempah untuk edisi makan-makan akan datang.

Plan nak ke rumah sepupu aku pun tinggal plan je. Sudahnya balik rumah anak-beranak tidur selepas kekenyangan. Memang penjanaan lemak yang berjaya sungguh.

Viewing all 233 articles
Browse latest View live