Quantcast
Channel: Hidayu's Journal
Viewing all 233 articles
Browse latest View live

Terima Kasih Semua

$
0
0
Alhamdullilah. Syukur sangat. Segala apa yang aku rancang dengan objektif nak mengembirakan Eisya dan Elma berjalan dengan lancar. Anak gembira, mak lagi lah happy. Habis duit pun takpe, asal anak tersengih-sengih girang. Eisya dah besar, dah 5 tahun. Dah paham apa erti sambut hari jadi. Hampir setiap bulan kat tadika mesti ada kawan sambut birthday, dia asyik tanya 'Bila birthday Chacha ibu?' Aku tanya 'Cha nak buat birthday kat school ke?' Sengih-sengih dia jawab 'Nak!! Chacha nak kek Little Pony' Terus request kek Little Pony hah.. Besar dah, ibu tidak ada kuasa lagi nak menentukan tema. Semua adalah pilihan birthday girl.

Untuk celebrate sama-sama dengan Elma, aku pilih untuk buat kat KFC. Kat school, postponed dulu. Next month, InsyaAllah. Ibu tak sempat nak prepare goodies. Lagipun, kemeriahan kat KFC masih terasa weh.. Meriah sungguh rasa. Thanks so much kepada semua yang sudi luangkan masa datang meriahkan majlis kami. Sesungguhnya tanpa tetamu yang happening, suramlah majlis Ahad lepas. Seronok aku tengok budak-budak happy, mak pak pun ketawa beria.. Thanks semua!! Tu je aku mampu kata.

Selamat Datang ke majlis meraikan ulang tahun Eisya dan Elma. 

Thanks nanyikan lagi birthday untuk Eisya. 3 versi lagi. Gembira achik..

-abaikan pemandangan latar belakang-
Eisya sememangnya insan paling gembira. Walau sepanjang majlis susah benar nak tengok dia senyum. Tapi bila sampai rumah, tengok hadiah banyak depan mata dan ibu kata tu semua dia dengan Elma punya. Sengih sampai telinga. Suka sampai nak main semua malam tu jugak. Memang tak dapatlah kan.

Sekali lagi, jutaan terima kasih aku ucapkan. Datang meriahkan majlis pun aku dah besar hati sangat dah, dapat pulak hadiah begini. Tak boleh nak kata apa lagi, kecuali 'Terima Kasih Semua!!' Setahun aku tak payah beli mainan ni.

Thank You All!!



Rezeki Pertama Bersama Blu Inc

$
0
0
Haruslah dia punya gembira adalah tak terkata. Dari Januari cuba nasib, setiap bulan gigih submit jawapan online kat smua majalah keluaran Blu Inc. Dan setiap bulan tumpang kegembiraan kawan-kawan. Memang murah rezeki kawan-kawan aku, setiap bulan, ada je yang menang. Kadang tu menang secara berjemaah pulak tu. Aku nak gak merasa barang free dari BluInc ni. Dan Alhamdullilah, rezeki aku tiba April 2015 ni. Tersenarai jugak nama aku sebagai pemenang salah satu promosi Cosmopolitan. Thanks toDira yang setiap bulan jadik tukang semak nama pemenang, kawan-kawan ni tahu join je. Bila umum pemenang pun tak tahu bila.

Alhamdullilah, terselit nama akak.. 

Excited menang, tapi tak ingat apa hadiah dia.. Hahaha.. Nasib cikgu besar, Dira bagitau siap-siap 'Kau menang barang mekap One Direction Dayu' Wahh!! Akak suka!! Dira kata nanti bila BluInc dah ada hadiah dari penaja dia akan SMS suruh datang collect hadiah. Tak sabar akak menunggu. Tapi esoknya terus dapat SMS dari BluInc suruh datang collect hadiah kat opis BluInc kat PJ. Dan kebetulan semalam ada masa, singgah lah sekejap. Opis BluInc ni dekat opis Ekwan je rupanya. Punyalah aku sesat barat mulanya. Nasib Dira bagi tunjuk ajar. Eh.. Banyaknya jasa kau kat aku Dira. Thanks Dira!! Muahhciked..

Posing bersama hadiah yang dimenangi berlatar belakangkan poster kat pintu masuk opis BluInc. Terima kasih kepada jaga BluInc yang rajin layan kerenah aku. Siap 2-3 kali snap, siap suruh aku pandang kananlah, kiri lah.. Hahaha.. Bagus betul.

Isi dalam. Kasik tayang sikit.

Thanks BluInc. Thanks Cosmopolitan. Bulan depan pilihlah saya lagi.

Kaki Ayam Sedap.

$
0
0
Jangan nak pandang aku semacam. Kaki ayam ni memang betul-betul sedap. Makan dengan roti canai melayu..Perrghh, bagi aku 4 keping pun aku boleh perabis. Punyalah sedap kan. Yelah, kat KL ni kadang susah gak nak makan roti canai melayu. Asyik-asyik makan kat mamak. Tak sama beb feel dia. Tu yang bila budak-budak opis ni ajak breakfast kat kedai Kaki Ayam ni, aku siap kosongkan perut dari malam. Sebab esok nak makan 3 keping roti Canai cicah dengan gulai kaki ayam.

Nak lagi best... Murah giler weh.. Dulu opismate tapaukan 2 keping roti telur dengan teh tarik, RM4 je kau. Semalam makan 2 keping roti kosong, teh'o..RM2.80. Murah sangat. Dah lah boleh amik gulai kaki ayam tu banyak mana kau suka. Memang terbaik lah!! Rasa nak breakfast kat sini everyday. Nasiblah jauh dari opis. Bila dah mengidam sangat, pepandailah curik masa ke Kg. Baru tu. Tapi jangan datang lambat, beratur sampai ke jalan lah nanti jawabnya.

Terbaik!!!!

Aku selalunya tak gemar makan kaki ayam. Tapi bila makan gulai ni, boleh lak siap meratah kaki ayam tu. Punyalah sedap kan, Eh,.tak reti nak cakaplah, Kena cuba sendiri baru bleh paham.



Kedai dia biasa je. Tapi punyalah penuh. Orang setiasa ramai, tapi jangan risau, meja banyak. Sampai je terus beratur tunggu roti. Kalau datang beramai, bolehlah sorang gi tunggu meja. Semua self service ye. Air pun amik sendiri. Kalau setakat teh'o, teh tarik.. dia dah bancuh siap-siap dah. Pepandailah gi amik sendiri.

Kat kedai ni nasi lemak pun ada. Menu-menu breakfast lain pun ada, tapi dah speciality dia roti canai gulai kaki ayam kan.. makanlah roti canai. Setakat nasi lemak tu, kat mana-mana pun boleh dapat. Isskk, tengah menaip ni pun terasa-rasa kesedapan roti canai cicah gulai kaki ayam tu wehh.. Nasib lah Isnin dia tutup, kalau tak memang dah ajak Ekwan gi kedai ni.

Eisya dan Elma Birthday Celebration

$
0
0
Aku nak cakap siap-siap, entry ni akan dipenuhi gambar, Sebab gambar yang diambil pada majlis adalah sebanyak 1000++ keping. Dan haruslah akak akan jadik tamak, semua akak nak upload. Yelah, citer hal birthday anak. Kenalah tulis dengan sepenuh jiwa dan raga. Akak draft entry ni berhari-hari okay. Okay, jom ikuti kisah seterusnya.

Last aku buatkan birthday party untuk Eisya masa dia umur 2 tahun. So aku terasa macam tahun ni wajib sangat aku buatkan party untuk dia. Doa dah sebut berkali-kali, tak sampai hati kalau tak tunaikan. Dan aku pilih adakan majlis meraikan ulang tahun Eisya sekali dengan Elma kat KFC, Dah alang-alang 2-2 lahir bulan 4 kan. Pastu beza 2 hari je pun birthdate 2 ketul tu. Memang sangat memudahkan urusan. Sekali sambut je. 

Plan asal nak buat kat KFC Extreme Park. Dekat sikit dengan rumah, Tapi lambat bayar deposit sebab konon busy sangat kat, terus full dah KFC tu. Party team KFC cadangkan aku buat jat KFC Bukit Jelutong, Setuju je lah. Dan terus aku gi bayar deposit weekend tu. Mula-mula ingat nak amik Pakej C, tapi bila dikira-kira bilangan tetamu yang aku nak jemput. Terus upgrade ke Pakej D. Alang-alang kan, dapat Face Painting dengan Magic Show sekali. Kali ni aku memang tak buat apa-apalah, aku design banner dengan bunting je. Busy sangat gayanya kan. 

Majlis berlangsung 19 April 2015. Pilih tarikh tengah-tengah antara birthdate Eisya dan Elma. Majlis start pukul 3pm, tapi dalam pukul 2pm aku dah sampai kat KFC Bukit Jelutong tu. Biasalah, kata tuan rumah, Kenalah sampai awal. Handphone lak boleh tertinggal kat kedai Ekwan, kelam-kelibut baru nak print bunting dengan banner petang tu. Last minute sangat..

Kek sedap yang jadik tumpuan kanak-kanak pada hari kejadian. Puas aku jadik mak guard jaga kek ni. Kek aku cerita lanjut di lain sesi.

Antara tetamu terawal yang tiba.

Mak Pengantin dan Pengantin Kecik.

Mak Bapak Pengantin. Dan Pengantin Tak Reti Senyum.

Pukul 3 je ramai yang dah sampai, sebab aku dah pesan kat semua suruh sampai awal. Yelah, KFC bagi 2 jam je pun untuk aku buat majlis ni. Tu yang pesan jangan lambat. Lagipun aku ingat game akan dibuat awal, tapi rupanya pukul 4.00pm baru party planner akan buat game. Alhamdullilah, ramai yang berkesempatan luangkan masa datang ke majlis harijadi Eisya dan Elma. Meriah majlis. Penuh tingkat 2 KFC Bukit Jelutong tu. Happening dengan budak-budak. Tengok budak-budak happy, ketawat, gelak-gelak.. Puas rasa. Eisya tu walau susah nak tengok dia senyum, malu dia kata.. Tapi akhirnya berlari-lari juga main kejar-kejar dalam KFC tu.

Gaya mak pengantin sangat

Bagi pengantin makan. Pengantin 5 tahun tu tak peduli sangat, pengantin baju hijau tu, siap aku kena marah lambat suap dia mashed potato.

Birthday girl kena conteng muka

Beratur hah masing-masing nak conteng muka. 

Bila ditanya 'Siapa nak hadiah?' Semua angkat tangan..Mak bapak pun angkat tangan sekali. Heboh jadiknya.


Muka kagum je tengok akakAin dari KFC Party Team buat magic trick

Dengan mak bapak skali kagum hah...

Eisya yang bila dah ramai-ramai, terus jadik segan

Buat bulatan besar adik-adik.. Siapa nak hadiah angkat tangan!!

Macam mak je yang happy terlebih.

Okay,confirm mak yang over..anak macam takde perasaan pun masa main game ni. mak yang terjerit-jerit..hahahah

Hiruk-pikuk masa main game. Lagi-lagi masa game carik harta karun. Berlari-lari budak-budak ni kejar akak KFC nak dapatkan hadiah. Mak bapak sama naik. Happening sungguh. Thanks kepada semua yang memeriahkan majlis. Korang memang terbaik. KFC aturkan 3 games. Dalam setengah jam lah semua. Pukul 4.30pm, cake cutting. Sementara Ain panggil mascot keluar. Aku tarik meja kek.. Terus kena kerumun. Budak biasalah, nampak kek.. Semua nak serbu.

Sabar anak..anak.. Sabar. Kejap ye.

Lambat pulak Chicky ni nak keluar.

Marilah kita bergambar dulu.

Elma tidur time ni. Dari masa main game dia tidur. Tengah bising-bising dia boleh terlentuk tidur. Maka, takdelah gambar Elma potong kek. Takpelah ye dik, nanti kemudian kita potong kek lagi ye. Tak pun, insyaAllah ada rezeki, tahun depan ibu buatkan birthday party lagi ye.

Yeay!!! Chicky ngan cousin dia dah sampai!!

Happy Birthday Eisya Elyssa!!

Photo taking session is begin!!

With Atok dan opah yang jauh-jauh datang dari Johor demi nak meraikan cuc-cucu kesayangan


Bukan senang nak suruh budak-budak ni bergambar. Ni pun separuh entah ke mana dah..

Jom makan kek.. Kesian tunggu lama kan.. Dari tadi dok pandang je kek tu

Goodies time!! dan berakhirlah majlis kami.


Thanks to coming!!!



Terima Kasih semua. 

Maaf, tak sempat nak bergambar dengan semua tetamu. Busy. Lepas tu lupa. Kebanyakan yang sempat bergambar ni pun sebab derang balik lambat, keadaan dah tenang sikit. Sempat lah terfikir 'Eh, jom amik gambar jom' Kalau balik awal, sorry.. Mak pengantin sibuk potong kek bagi tetamu merasa kek perantin.

And it's a wrap!! Ni tetamu yang paling last balik. Tolong tapau kek. Tolong mak aku kemas hadiah. 

Syukur sangat semuanya berjalan lancar dengan penuh meriah. Puas hati aku. Thanks kepada KFC Party Team yang tolong jayakan majlis aku. InsyaAllah ada rezeki boleh buat lagi. Senang keje aku buat birthday anak kat KFC ni. Tak payah risau hal makanan, tak cukup order je kat bawah. Tak payah pikir nak kemas lepas majlis. Tak perlu mengemas sebelum dengan selepas pun aku dengan Ekwan malam tu terlepek. Balik terus tidur. Rasa nak je cuti esok hari, nasib tak boleh.

Pasal KFC Party Pacakge akak citer lain kali lah ye. Boleh lah dijadikan panduan andai bercadang nak buat party anak kat KFC nanti.

Sebagai tuan rumah, aku tak mampu nak kata apa selain jutaan terima kasih. Sudi luangkan masa datang ke majlis pun aku dah berbesar hati sangat. Dengan hadiah yang cukup dijadikan stok mainan Eisya setahun, sampai tak muat kereta nak bawak balik, lagilah aku gembira. Gembira yang tak terkata. Thanks semua. Sekali lagi. Isskk, tak reti lah nak kata. Memang aku rasa happy sangat. Rasa bertuah ada kawan-kawan yang sangat sporting macam ni. Andai ada terkurang apa-apa, aku minta maaf. 

Okay, pengantin dah mengantuk dan kepenatan. Marilah kita pulang.

Jumpa lagi di majlis akan datang. Thanks semua. Again.

KFC Birthday Party

$
0
0
Antara sebab kenapa aku pilih buat birthday EEs kat KFC adalah kerana semuanya disedia dan diuruskan oleh KFC. Tapi faktor utama sebab ruang. Yelah, rumah akak kecik. Tak muat nak jemput tetamu ramai-ramai. Tapi hajat hati nak jamu ramai orang, sebab jarang berpeluang nak jamu kawan-kawan. Tu yang pilih buat kat luar, walaupun hati ni teringin sangat nak buat kat rumah sebab boleh jamu tetamu dengan pelbagai menu. Tapi dah ada kekangan ruang, KFC jadik pilihan.

Ramai yang tanya 'KFC kira macamana Dayu? Dia kira per kids ke?'

Jawapannya ' Tidak' KFC ada sediakan pakej-pakej untuk sambutan hari jadi di KFC. Malah KFC ada Party Team sendiri. Staff KFC ni memang tugas dia buat party je. Untuk berhubung terus dengan KFC Party Team, boleh refer Facebook KFC Party Team ni. Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh PM je derang. InsyaAllah, cepat je derang reply. Berdasarkan pengalaman aku, pantas je dia response dengan PM aku. Nanti derang akan follow-up dengan phone call.

Macam aku cakap tadi, KFC dah sediakan pakej untuk Birthday Celebration. Ada 4 pakej. Semuanya bergantung kepada bilangan tetamu korang. Jumlah dewasa dan kanak-kanak. Nah, akak tempekkan pakej-pakej KFC tu. Senang untuk korang jadik kan rujukan. Untuk makluman, tahun 2015 ni theme yang KFC sediakan adalah Rainbow Party. Colorful. Last year (2014) Superhero theme. Masa birthday Eisya dengan Elma, dia baru je tukar theme. So banner smua takde lagi. Tu aku buat banner sendiri. Sepatutnya banner pun masuk dalam pakej.

KFC Party Packages. Pilih lah mana yang bersesuaian dengan bilangan tetamu yang anda undang. Dan juga bajet yang diperuntukkan.

Mula-mula aku nak amik Pakej C tu. Sekali bila dah kira-kira semua bilangan jemputan, tetamu dewasa aku je dalam 70 orang, budak-budak pun 60++ Terus aku upgrade ke Pakej D. Kalau amik Pakej D dapat sekali Magic Show dengan Face Painting. Pakej-pakej lain takde. Hadiah untuk games pun banyak sikit KFC sediakan. 

Extra service by Pakej D

Face Painting untuk semua kanak-kanak. 

Tapi disebabkan yang melukisnya sorang, budak terlalu ramai. Kenalah mak bapak conteng muka anak-anak sendiri. Alah.. Mak Pak semua berbakat. Lawa je.

Magic Tricks for the kids. Bukan budak je kagum, mak budak pun ternganga sama tengok akak KFC buat magic.

Meh citer bab makanan lak. Sebagai penganjur majlis makan-makan macam ni, bab makanan tak cukup lah paling aku khuatiri. Tapi bila buat kat KFC ni kurang lah skit kerisauan akak, sebab asal tak cukup, order je lah kat kaunter. Kau sediakan je lah duitnya. Tapi yelah, akak ni bukan berduit sangat. Nak buat birthday budak-budak ni pun beriya gak simpan duitnya. So kenalah bajet-bajet gak.  Jangan sampai membazir. Untuk Pakej D, makanan yang akan dihidang adalah:
  • 8 Barrel ayam KFC - 1 Barrel ada 21 ketul ayam, so total ayam 168 pcs
  • 4 (L) Whipped Potato 
  • 4 (L) Nugget
  • 4 (L) Fries
  • 4 (L) Cheezy Wedges
  • 50 air Milo, 50 carbonated drinks
Memandangkan tetamu aku adalah dalam 140++ orang, aku berniat nak tambah ayam 1 barrel siap-siap, tapi budak Nurul, Party team tu kata tak payah tambah awal-awal, tak cukup baru aku order. Sebab berdasarkan pengalaman dia selalunya cukup. Okaylah, tapi semasa majlis berlangsung, aku tambah 5 set lagi Whipped Potato, Nugget, Fries dengan Cheezy Wedges. Ayam tak tambah pun, siap berlebih. Air aku tambah lagi 30 cawan. Dan aku bawak siap-siap 3 botol air mineral. Saja reserved.


Makanan yang dihidang untuk tetamu. 

Buat majlis kat KFC, haruslah menu utama adalah ayam KFC. Outside foods tak dibenarkan sama sekali. Candy buffet pun tak boleh. Mula-mula tu derang kata boleh asalkan hanya packed foods je yang served kat candy buffet. No muffin, no tartlet.. No Sanwich semua. Akak dah berangan dah nak order all the desert dari Sweet Wonders tau. Tapi KFC tak benarkan. Akak redha je lah. KFC taknak ada any issue pasal makanan. Yelah, andai nanti tetiba tetamu sakit perut, kena food poisoning.. Kalau ada makanan luar kan susah, so kalau hanya makanan KFC yang dihidangkan, senanglah nak put all the blames to KFC. Yelah, dah buat kat KFC, patuh je lah regulation depa.

Kek pun KFC sediakan sekali. Lawa juga kek yang Eisya dan Elma dapat. Hasil yang aku google, selalu kek yang KFC bagi simple je decoration dia. Tapi yang anak-anak aku dapat siap bentuk Chicky KFC lagi. Eisya punyalah sampai hari ni dok sebut 'kek chacha yang ayam dengan powerpuff girl tu kan ibu kan, kat KFC tu' Amik Pakej D dapat lah kek 1.5kg, kalau tak 1kg je. 


Takde lak amik gambar kek KFC ni. KFC bagi sponge kek coklat. Sedap je. Habis licin kek 2 bijik tu. Senang keje aku. Dapat tapau 4 slice je bawak ke kedai Ekwan.

Party Packs/Goodies bag from KFC. Setiap pakej disediakan. Tapi bilangan je yang berbeza. Yelah, the more you spend, the more they prepare. Itu juga antara sebab kenapa aku upgrade pakej. Sebab aku tahu aku memang akan spent RM1K++ untuk makanan, so baik aku amik Pakej D terus. Tapi sebab jemputan aku ramai, aku tambah goodies untuk budak-budak 30 pek. Hadiah untuk games pun aku tambah 10. So 3 games, ada 35 hadiah. 

Overall memang aku puas hati. Berbaloi dengan apa yang aku belanjakan. Tapi payah penat-penat, tak payah nak pikir pre dan post majlis. Aku tahu, aku sampai ruang majlis dah tersedia. Habis majlis, balik je. Tak payah nak kemas-kemas. Memang sangat memudahkan kerja. So kalau berminat dan merancang nak buat birthday anak-anak kat luar, pilihlah KFC. InsyaAllah puas hati. Untuk lebih maklumat lanjut, boleh refer website KFC ni:-

Atau boleh call terus number ni: 

PARTY HOTLINE : 1-300-88-6633
OPERATION : 03-20263388 EXT 138 & 693
WHATS APP NO : 019-2931051 & 019-2931204

Selamat merancang birthday party anak-anak semua. Kalau ada pape persoalan, emel je lah tanya. Lagi-lagi kalau nak tahu berapa total akak habis buat party ni. Bukan tak nak publish je, tapi rasa tak sesuai. So, kalau nak tahu gak.. PM eh.. Nanti akak share.

Marvellous Creation From Cadbury Dairy Milk

$
0
0
*sticky post*
Scroll down for new entry update

Hye Semua!! Cuba carik apa yang istimewa dan lain dari yang lain kat gambar akak tu? Cepat.. Akak bagi 3 minit, korang semua kan bijak-bijak belaka, mesti dapat kenalpasti apa yang luar biasa kat gambar akak tu. Dapat tak??

Bentuk Coklat tu. Bentuk coklat tu yang akak nak tonjolkan. Pernah ke korang jumpa coklat dengan bentuk yang menarik begitu? Asyik-asyik segi tepat, tak pun circle.. Boring dik.Boring. Maka, mari akak perkenalkan Marvellous Creations terbaru dari Cadbury Dairy Milk. Marvellous Creations menampilkan cara menikmati coklat yang baharu. Coklat yang lazat, bentuk luar biasa yang berketul-ketul, tekstur yang sangat diluar jangkaan. Memang terbaik. Meletup-letup coklat dalam mulut. Bagaikan ada parti kat dalam sana.

Sesuatu yang hebat telah tiba di Malaysia. Meh akak perkenalkan. The Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations. Hadir dalam 2 varian yang menyeronokkan lagi menyelerakan: 
1. Jelly Popping Candy : Jelly, Candy Bits dan Popping Candy disalut dengan coklat susu 
Cadbury Dairy Milk
2. Peanut Toffee Cookie : Peanut, Toffee dan Cookies Bits disalut engan coklat susu 
Cadbury Dairy Milk

Marvellous Creations ni akan mula dijual pada 4 Mei 2015. Dan sempena pelancaran produk baru ni, Cadbury Dairy Milk adakan media dan product launch kat Padang, One Utama 23 April 2015 yang lepas. Dan akak bertuah dapat turut serta dalam majlis yang penuh meriah tu. Comel je decoration dia. Purple putih. Sangat sesuai dengan warna tema purple Cadbury. Majlis start pukul 2pm. Tapi akak sampai awal, apa lagi. Mulakan lah sesi bergambar sebelum majlis start.

Welcome to Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations Media Launch.
Bersama Cadbury Head of Corporate Affair, Puan Raja Zalina Raja Safran. And also new blogger friends. Ni yang akak suka kalau attend event-event macam ni. Dapat jumpa kawan baru. Expand your network katanya.

Cannot tahan. Terus minta Illy snapkan gambar kat belon-belon ni. Sangat comel.

Yang ni memang Marvellous. 

Dan marilah bergambar bersama mereka-mereka yang sangat mengoda ini.

Tengah sedap-sedap memenuhkan perut, seronok-seronok borak sambil sedut air soda yang best giler tu. Dengar suara emcee memulakan acara. Wahhh.. Happening giler. Meriah sungguh, dengan party pop-up tu. Pastu band ni masuk bagi semua orang rasa coklat baru Cadbury ni. Aku try Jelly Popping Candy. Pergghh.. Sedap. Terus minta lagi. Dalam coklat susu ada Jelly, Candy Bits dan Popping Candy. Yang paling aku suka adalah popping candy dia. Seronok aku rasa dia letup-letup dalam mulut.

Ben Summons, Pengarah Pemasaran Chocolates SEA kata 'Rasanya bagaikan suatu pesta di dalam mulut anda!!' Ye. dia tak tipu. 

Majlis perasmian yang sangat meriah dan havoc!!

Kalau ditanya antara 2 perasa coklat ni, mana satu aku suka. Susah nak jawab, sebab 2-2 sedap. Tapi kalau dah dipaksa pilih satu je. Aku pilih Jelly Popping Candy!! 

The Marvellous Creations' Jelly Popping Candy.
Punyalah sedap, akak boleh hadap sekejap je. Yang tak menahan, siap berebut dengan Eisya lagi. Siap sorok, makan kat opis sorang-sorang.

4 MEI 2015 ni semua gi carik Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations ni kat kedai okay. Korang kena rasa sendiri kesedapan coklat terbaru dari Cadbury ni. Takstur coklat dia, isskk tak retilah akak nak kabar. Kena rasa sendiri. Murah je pun. 

160gram : RM8.90 dan 40gram: RM2.90. Rasa hebat pada harga yang sangat berbaloi.

Dan sempena pelancaran Marvellous Creations ni, Cadbury Dairy Milk akan membawakan Karnival Marvellous kepada semua peminat coklat terkemuka di Malaysia ni.  Karnival Marvellous ni merupakan acara pertunjukan terhebat di muka bumi yang akan diadakan di shopping complex terkemuka di Malaysia. Korang boleh merasai sendiri pelbagai permainan luar biasa dan mengagumkan semasa karnival ni. Semua games yang luarbiasa ni diilhamkan dari coklat Cadbury. So, jangan ketinggalan merasai sendiri kehebatan Karnival Marvellous ni.

Lokasi dan tarikh Karnival Marvellous ini adalah seperti berikut:-

Sunway Pyramid, Kuala Lumpur - 7 hingga 10 Mei 2015
Queensbay Mall, Pulau Pinang - 28 hingga 31 Mei 2015

Okay, ni part paling menarik. Khusus untuk semua peminat Facebook-nya, Cadbury Dairy Milk ada menganjurkan peraduan bermula 1 hingga 6 Mei 2015. Hadiah dia memang best weh.. Setiap pemenang dan seorang teman akan berpeluang bertemu muka dan menjamu selera dengan Dato' Siti Nurhaliza di Karnival Marvellous kat Sunway Pyramid pada 9 Mei 2015. Caranya senang je, Korang hanya perlu upload gambar korang dan keluarga kat Facebook Cadbury Dairy Milk berserta caption. 5 orang berpeluang untuk menjadi juara. Okay, gi amik gambar siap-siap. 1 Mei 2015 nanti terus upload. Mudah-mudahan boleh menang, dapat jumpa Siti Nurhaliza.

Akhir kata dari akak, jangan lupa dapatkan Marvellous Creation dari Cadbury Milk di kedai-kedai berhampiran anda 4 Mei 2015 ni. Kalau lupa, menangis lah tengok member sedap-sedap makan coklat marvellous.

Dan untuk sebarang promosi dari Cadbury, boleh jengah Facebook Cadbury Malaysia:

Ingat tau, 4 Mei 2015 gi beli coklat ni dan jangan lupa join contest kat Facebook Cadbury Dairy Milk 1 Mei 2015 nanti.

Kek PowerPuff Girls

$
0
0
*Entry ni aku update thru phone. So kalau alignment paragraph tunggang langgang, gambar tak teratur.. sorry lah ye.

Eisya request nak kek Powerpuff Girls untuk birthday dia. Sebelum tu minta kek My Little Pony. Frozen ada gak dia sebut. Tapi bila aku minta dia confirmkan nak mana satu, dia kata 'Nak kek Blossom lah ibu, dengan Bubble, dengan Buttercup' Kakak jadik Blossom, Elma Buttercup.. Sebab Elma kan baby garang. Ibu jadik Bubble. Abah jadik doktor dia. Tinggi sangat imaginasi anak sulung aku. Tapi aku penuhi je lah hajat dia. Dan bila bab kek ni, memang aku tak pikir lain dah. Memang Sweet Wonders je lah terlintas difikiran aku. Dan bila Fad memang available dan free untuk buatkan kek untuk majlis Eisya dan Elma, akak happy sangat. Senang urusan aku sebab Fad akan bawak kan kek tu ke KFC terus sebab diatetamu gak.

Aku serahkan semua kat Fad. Aku just bagitau nak kek tu kaler merah, hijau dan biru. Ikut kaler powerpuff girls tu. Kek apa pun aku serahkan kat Fad. Dan Fad buatkan kek coklat moist dengan buttercream. Siap Fad tambahkan sponge kek kat bahagian atas tu sebab sehari sebelum majlis aku rasa kek adalah kecik tak mencukupi. Thanks Fad layan kerenah aku. Harap- harap kau tak kena tidur lambat sebab buat kek aku.
Amik gambar dari Instagram @thesweetwonder

TheSweetWonder bukan setakat buat kek je. Semua desert dia boleh buat. Creampuffs Fad lagi lah. Kalau makan macam tak boleh stop. Kalau nak buat makan-makan, bab deserts korang serahkan je lah kat Fad of TheSweetWonder. Confirm puas hati. Tetamu pun tersenyum manis sebab dah makan byk benda-benda manis yang sedap.

Nak berurusan dengan Thesweetwonder, Call or Whatsapp je Fad terus. 
016-225 4594.
Tak pun follow je IG TheSweetWonder untuk lebih hasil kerja marvellous TheSweetWonder. 
Yang paling best, Fad boleh tolong hantarkan order korang. Tapi adalah minimum order dia. Win-win situation lah. 


Thanks Fad sebab realisasikan impian Eisya nak kan kek Powerpuff Girls. Elma tak paham apa, dia redho je dgn pilihan kakak dia. Tunggu lagi 2 tahun. Ibu tiada lagi kuasa memilih. 

Shop at Astro GoShop

$
0
0
Sabtu 2 minggu lepas dengan gigihnya aku bangun pagi menuju ke Astro, Bukit Jalil. Event pukul 9.30am. Dalam pukul 9am aku keluar lepas breakfast dengan Ekwan. Tak sempat buatkan breakfast, dapat breakfast sama-sama pun jadiklah. Sesambil minta tunjuk kan jalan, supaya tak sesat. Perjalanan smooth je, tapi boleh pulak Astro tutup pintu masuk utama dia masa weekend. Pastu takde lak guard kat pintu masuk, mengagau akak tau. Nasib ada orang tepi jalan, ada tempat bertanya. Tahu lah akak yang kalau nak ke Astro waktu weekend kena masuk ikut Technology Park. Dahlah kat TPM tu takde signboard guide ke Astro, sekali lagi sesat barat akak. Nasib akhirnya tepat jam 9.30am akak sampai gak depan Astro.

Mencabar sungguh. Tengah-tengah parking Laura from ChurpChurp call 'Hidayu, where are you?' Mengelabah akak tau, punyalah ingat dah jadik orang paling lambat. Nasib ada yang lagi lambat dari akak. Kali ni akak datang sebagai Churpers. First time bekerja dengan ChurpChurp. Tapi untuk event Astro ni, Nuffnanger pun ada. Meriah Astro pagi tu dengan para blogger. Bloggerati pun ramai. Bertuah sungguh rasa terpilih untuk turut serta dalam kempen Astro ni.

Thanks ChurpChurp sebab bagi akak peluang join Campaign Live & Loud: Astro GoShop ni. Teruja akak time dapat invitation emel tu. Rasa tak percaya ye jugak sebab lama kot akak deactivated ChurpChurp. Tu yang caya tak caya je bila dapat confirmation emel yang akak terpilih. Terima kasih sangat sebab beri kepercayaan ni kat akak.

Blogger dan bergambar. Bagai isi dan kuku. Semua dah lali. Bila sorang ajak bergambar , mesti dapat sambutan. Jangan risau. With Laura from ChurpChurp, Sharyn and Illa.

Merasa akak jejak Astro ni. Dapat breakfast free pulak tu sambil tunggu crew setup studio. Patut event start 9.30am, tapi around 10.45am baru mula. Sementara tunggu Studio ready, ambik lah kesempatan beramah mesra. Mana yang selama ni bertegur sapa kat FB, Like IG je.. Inilah masanya nak berborak. Luckily semua ramah tamah. Borak macam kan lama dah kenal. Tu lah namanya blogger kan. Nak kerek-kerek tak payah jadik blogger. Sesambil borak, marilah amik gambar.

with Ayue Idris. Beriya tunjuk tag nama. sebab nama kami serupa.

Bila dapat masuk Studio GoShop, seronoknya. Lampu spotlight melambak atas kepala, camera besar 2,3 bijik. Dan lagi seronok bila dapat tengok host GoShop depan mata. Pengalaman terindah ni. Dapat tengok Jimmy,Rai, Syamim dan Shakirin buat product demo live depan mata. Teruja weh tengok sendiri macamana program tu dijalankan. Selama ni tengok kat TV je. Macam perfect je kan. Tak tahu kekecohan dan apa yang dilalui host-host ni dibelakang tabir.


 kecik je studio dia tapi comel. 

apa-apa pun kita bergambar dulu.

Tengah gedik-gedik posing, Rai ngan Jimmy keluar. Terus disuruh duduk. Takpe, tak lari backdrop tu. Nanti dah habis program, kita posing lagi.

Eh, ada yang tak tahu ke apa tu Go Shop?? Tak payah nak menipu sangat lah weh. Aku yang takde Astro ni pun tahu. Tak kan lah korang tak tahu. Tapi meh lah aku brief skit apa tu GoShop. GoShop ni adalah platform yang memudahkan para kaki shopping. Mudah sebab boleh shopping dari rumah. Jimat duit minyak, jimat masa dan tenaga. Tak payah risau nak keluar shopping nak kena angkut anak-anak, duduk je depan TV, tak pun depan komputer.. Esok lusa barang sampai depan pintu. Dari smartphone pun boleh. Tak ke memudahkan tu. Camne caranya?? Sangat mudah. Sebagaimana tagline GoShop tu sendiri:-

Ada PC, Boleh Beli!! Log on to www.goshop.com.my.

Ada TV, Ada Phone.. Pun boleh Beli.
Go to Astro Channel 118
Call 1-800-82-0088

Semasa sesi bersama Blogger tu, GoShop perkenalkan 4 produk. Setiap produk host GoShop buat demo dengan bloggerati. Kak Filla, Kak Elly, Abang Nara dengan KampungBoyCityGal jadik buat demo bersama host GoShop dan seterusnya jadik ketua kumpulan. Seronok dapat borak dengan Kak Elly, Kak Filla.. Lembut je suara Kak Elly weh..

Kak Filla ketua kumpulan Yogurberry Yogurt Maker. 

Abang Nara dengan Shakirin demo Q-Steam Iron

Kak Elly co-hosting dengan Rai demo OriginalRaw 10 Cushion Foundation

Produk last yang di demo hari tu adalah HUROM Slow Juicer oleh Jimmy.

Ni bukan demo sesaje sebab, demo sambil belajar sebab lepas tu kitaorang pulak diminta untuk jadik host. Wahh.. Seronok ni. Setiap kumpulan akan hantar wakil untuk demo produk masing-masing, dan yang paling best ada hadiah yang menanti. Nama kumpulan aku 'KELABU' Nama kumpulan ikut warna name tag yang dapat masa daftar tadi. Dan kumpulan aku akan buat demo HUROM Slow Juicer yang tadi Jimmy dah demo kan.

 Kusyuk hah memasing memerhati. Nak menang weh.. Kena buat yang terbaik.

Beriya-iya hah Jimmy ajar Illy dengan Nani. Mestilah nak kumpulan Kelabu menang kan.

HUROM Slow Juicer ni memang best weh.. Memang sangat bagus untuk kesihatan. Boleh buat jus buah-buahan dengan sayur. Paling best bab nak membasuh, tak perlu nak uninstall, curah je air dalam tu. Tadaaa... Bersih dah.

Kumpulan aku takde rezeki nak menang. Bukan tak bagus tapi kumpulan juara tu memang sangat layak menang. Seronok tengok derang mengacara. Aku rasa host-host GoShop mesti goyah je tengok para blogger buat demo. Bersemangat semua. Tahniah kepada kumpulan Kak Elly yang menjadi juara. Seronok lah menang, dapat voucher GoShop. Boleh shopping. Sebelum majlis ditamat, kami diminta untuk bergambar ramai-ramai dan shout out tagline GoShop. Meriah.. 

Tahniah kumpulan Magenta.

It's a wrap!! And we were definitely having so much fun!!

Tak wrap sangat lah sebab lepas je producer kata show habis, memasing sibuk posing dengan produk-produk yang dah didemokan. Lagi-lagi Churpers sebab tu task kitaorang. Ada 7 media updates kena buat sampai hari Isnin kang. Dan tasknya adalah kena bergambar dengan produk-produk tu dan elaborate pasal GoShop. Maka, marilah kita posing. Dan marilah akak kenalkan kat produk-produk yang merupakan produk jualan terlaris di Go Shop.

Yogurberry Yogurt Maker.
Aku rasa aku kena ada yogurt maker ni sebab aku anak beranak memang suka makan yogurt. Yogurberry Yogurt Maker ni tak perlu gunakan elektrik. Memang win point sangat tu. Jimat bil elektrik akak. Cuma masukkan yogurt perisa asli, susu segar, air panas. Dah..Tinggalkan 8-10 jam... Taraaa!! Siap yogurt selambak macam yang akak pegang tu. Makan lah puas-puas. Nak lagi best, sejukkan dalam fridge.
Harga: RM179.00 - Hanya di Go Shop.

HUROM Slow Juicer
Yang nak diet, memang sesuai beli juicer ni. Sebab dia hasilkan juice asli, tak perlu tambah air dan gula. Boleh buat jus buah dan sayur dan akan dicampur sebati. Bunyi slow je, tak perlu risau baby terjaga time nak buat jus, dan paling penting sangat mudah dicuci.

Q-Steam Iron
Yang ni memang aku dah target. Sangat sesuai untuk aku yang selalu out-station. Senang. Bawak je iron yang ringan dan kecil molek ni. Tak payah nak call-call house keeping minta iron atau kena gi iron kat laundry area. Okay, next month boleh beli.

Macamana nak beli.. Pilih je lah nak guna medium mana. Macam aku, aku prefer thru PC lah. Lagipun akak mana ada Astro kat rumah. So kalau korang pun berminat dan tergoda dengan produk-produk yang akak dah review ni. Boleh lah shopping kat Go Shop.

Akhir kata dari akak selaku duta separuh masa Go Shop *tak payah nak perasan sangat lah Dayu weh, baru merasa sekali masuk studio dah feeling duta kau ye*

 'Ada PC.. Ada Phone.. Ada Tablet.. Ada TV...Boleh Beli!!!' 
Bukak Channel 118, pastu call 1-800-82-0088. 
Takpun log on je www.goshop.com.my dari laptop atau smartphone tu. 

Happy shopping semua!!

Ke Cherating Cuti Hari Pekerja

$
0
0
Time cuti umum macam ni, cara terbaik adalah balik kampung. Aku dengan Ekwan memang tak gemar nak bercuti-cuti Malaysia di kala cuti umum. Tak kuasa nak bersesak-sesak. Tak syiok langsung. Dan selalunya bila cuti umum berangkai macam ni, kitaorang memang balik kampung je. Bagi Eisya jumpa sepupu- sepupu, lagi bahagia budak tu. Nak berjalan-jalan kita pergi time orang lain kerja. Aman je rasa. Selagi anak tak sekolah ni, boleh lah nak bercuti sesuka hati kan. Nanti Eisya dah sekolah, kenalah belajar bercuti time peak season. No choice.. Nak ponteng sekolah lama-lama pun tak boleh, ponteng sehari pun banyak tertinggal. Takpe, ada 2 tahun lagi nak nikmati cuti time orang kerja ni.

Kali ni balik ke Pahang. Lama tak balik sana. Lagipun, mostly semua adik-beradik Ekwan balik. Sangat sesuai lah nak berkumpul ramai-ramai. Meriah bila semua ada. Budak lah paling happy. Main dari pagi hingga ke petang. Sehari sebelum cuti pun Eisya dah tidur rumah kakak Ekwan sebab sepupu yang lain semua berkumpul kat sana. Tak hairan pun dia time aku ngan Ekwan nak balik. Seronok sangat lah tu. Jarang jumpa, macam tu lah. Takpe, bagi chance. Ibu abah pun tetiba feeling mak ayah anak 1 lak semalam.

Dah alang-alang smua siblings ada, cuti panjang pulak tu, tak kan nak melepek kat rumah je. Kang kejenya makan, tidur je kang. Marilah kita ke Cherating.

Alhamdullilah, dapat port baik bawah pokok. Redup. Selesa lah nak melepak, makan-makan semua.

Anak-anak aku memang ratu air. Si kecik Elma pun boleh tahan. Biasalah, mak ayah pun pantang nampak laut. Haruslah anak-anak pun sama. Tapi baguslah, senang nak bawak ke pulau. Nak gi snorkelling. Eisya lagi lah, tak sempat salin baju renang dia dah terjun ke laut. Adeihhh, pastu bila dah puas berendam dia boleh datang kat aku sambil cekak pinggang 'Nape ibu tak bawak baju swimming chacha?? Lupa lah tu' Tak sempat nak jawab pape dia dah lari terjun semula ke laut. Drama lah anak sulung aku tu.

Seronok tengok Elma ketawa mengekek bila bawak dia masuk air. Belum cecahkan ke air dia dah mengekek, dah rendam lagi lah riuh..Gembira sangat dia dapat main tepuk-tepuk air. Air laut kena kat muka, masuk-masuk kat mata pun rileks je dia. Bila kita dirikan, dia marah okay. Nak gak duduk dalam air tu. Bagi je lah. Budak tengah teruja.

Cukup-cukuplah tu amik gambar abah weh, jom terjun laut sekarang. Lama dah ni tunggu tau. Garang kan Elma, susah okay nak dapat gambar dia senyum.

Macam jakun pulak dia. Geli lah tu.

Seronok Elma main tepuk-tepuk air. Mengekek dia bila air terpercik kat muka. *yeay dapat gambar elma ketawa*

Dalam usaha nak tangkap air. Lidah tetap terjelir. Confirm anak Ekwan.

Eh.. Macam ibu je yang terlebih suka.

Ni je gambar yang ada bersama Eisya. Tu pun muka terpaksa sebab dia tengah berlari nak gi kat sepupu dia aku panggil suruh amik gambar. Elma, tengah testing rasa air laut. Sedap ke Elma??

Bila berkumpul ramai-ramai macam ni, budak lah paling seronok. 

Anak bapak. Mula-mula tengok gambar ni puas aku pikir 'apalah yang Eisya pegang tu?' Macam apa je. Kayu je pun rupanya. 

Semua dah bertukar warna kulit. Budak baju biru, siap pakai rantai getah warna-warni tu dah serupa anak orang asli je aku perhati.

Lepas puas layan budak-budak berendam kat laut, kami lepak kat homestay berhampiran. Buat tempat bilas badan, salin baju semua. Public toilet sangat menyedihkan, tak sanggup nak guna. Frust betul. Tahulah ni area public beach, bukan resort ke apa.. Tapi janganlah sampai tak terbela macam tu. Boleh lah duduk-duduk, sambil berbaring sekejap kan. Amik homestay paling basic, tu pun RM60. Bolehlah demi keselesaan bersama.

Bab mandi laut memang seronok walau panas terik. Sebab macam dah lama tak pergi laut, main-main air ni.

Mini Makeover

$
0
0
Ada anak kreatif macam ni lah. Habis dinding rumah dia jadik kan kertas melukis. Eh bukan melukis, menconteng ni namanya. Nak marah, macam tak patut. Ibu tengok je lah dengan hati yang disentap-sentap. Dari tahun lepas aku ajak Ekwan cat dinding rumah ni, tapi asyiklah tak termakbul permintaan aku. Yelah, nak mengecat rumah bukannya keje mudah. Renyah jugak. Dah lah barang penuh. Tu yang kekal gitu je dinding rumah aku. Comot. Sakitlah jugak mata ni memandang.

Lama dh nampak wallpaper ni jual kat MrDIY. Teringin gak nak mencuba, tapi tak cuba-cuba. Kawan-kawan pun 2,3 orang dah try. Seperti biasa, pengaruh rakan sebaya memang kuat. Aku pun terjebak, terus beli 5 gulung. Satu gulung tu 25cm x 55cm. RM8.50 segulung. Biar terlebih, jgn kurang. Nak gi membeli semula, bukannya rajin. Corak yang aku berkenan semua takde stok, ada 2,3 gulung je. Mana cukup. Nak tak nak, kenalah pilih yang banyak stok. Bunga pun bungalah... Bila dah lekatkan kat dinding, lawa je pun.

Beriya-iya aku dengan Ekwan menampal. Kena siapkan jugak, sementara Eisya dengan Elma takde kat rumah ni. Kalau tak, keje boleh siap sejam, terus jadik berjam-jam. Dan taraaaa!!! Inilah hasilnya. Seronok tengok dinding tu dah berubah rupa. Senonoh sikit dindig rumah aku. Lepas ni aku target nak lupuskan karya seni Eisya yang kat dalam bilik tu pulak.


Balik je dari sekolah petang tu, masuk je rumah dia terkesima 'Waahhh..lawanya ibu.. Sape buat ni ibu?' Beriya dia pegang dinding tu, pastu dia cakap 'Tak nampak dah yang Chacha lukis ibu
Memang itu pun tujuannya pun Eisya weh... Nak cover kerya seni teragung awak tu.

So, kepada sesiapa yang ada masalah sama macam aku. Anak-anak terlebih bakat seni, boleh lah melawat MrDIY berdekatan. Murah dan menyenangkan, nak mengecat rumah.. Alahaaii, tak cukup rajin kot. Aku paling malas bab nak mengalih barang. Wallpaper je sudah..

The Best Being Blogger with Nuffnang

$
0
0
Antara perkara yang best berpeluang attending an event selain dapat goodies yang pelbagai adalah peluang berjumpa kawan-kawan baru. Dapat jumpa orang lain di luar kelompok kebiasaan. Kawan kena ramai, baru makin berkembang rangkaian. Dan aku sehingga kini rasa berterima kasih sangat kat team Nuffnang yang bagi aku peluang merasa semua ni. Dapat merasa pergi tempat-tempat yang aku tak tahu pun kewujudan dia sebelum ni. Macam Padang kat Upper Roof, One Utama tu. Kalau tak kerana perlancaran kempen Marvellous Creations Cadbury tu, tak tahu aku ada tempat main futsal kat atas bumbung One Utama tu.

New blogger friends
Yati Septembia Sherly *unik nama dia ni*, Dayu, Nova Liza, Kak Sue, the new blogerati of Nuffnang. Tahniah Kak Sue, makin masyuk lah lepas ni. Anil Wanina dan Elis, BFF Kak Sue (not a blogger)

Lagi best, walau baru kenal. baru jumpa for the first time dah boleh blend macam kan dah lama berkawan. Seronok sangat aku jumpa kawan baru yang macam ni.

Dayu, Laura Churp-Churp, Sharyn, Illa and Liza.
Team Nuffnang dengan Churp-Churp memang best. Happening keje dengan diaorang. Kat belakang tu, Jack from Talent Team Nuffnang tengah photoboom gambar kitaorg. Gila-gila itu Jack.

Jumpa lagi di Astro. Makin rancak lah berceloteh jadiknya. Introducing Illa dan Sharyn. Eh, Jue pun ada. Tu dah kategori kawan kacik, tak payah kasik kenal lah.. Selalu dah appear kat blog akak ni.

Merasa jejak kaki ke Astro All Asia Broadcast Studio. Lawa weh interior Astro ni. Syiok lah keje kat sini.

Dapat jumpa selebriti. 

Dapat landing kat bahu Scha. Auww...

With Samantha, from Talent and Community Relations Team of Nuffnang. Thanks Sam sebab bagi i peluang merasa semua ni. Tanpa bekerjasama dengan Nuffnang tak merasa kot semua ni. Teringat lagi first time dapat Whatsapp dari Sam dulu. Riang rasa nak melompat, tapi cover sebab kat opis.


Photo Chaos Sungguh

$
0
0
Anak ada 2, tapi selalu gambar bertiga dengan Elma je. Kalau Eisya ada sama.. Hasilnya.. Hampeh je semua. Biarpun ada 20  shoot, 1 pun takde yang perfect. Eisya.. Eisya.. Geram ibu tau. Camne nak dapat kan gambar famili nak masuk dalam frame gini. Inilah akibatnya bila dah selalu sangat menghadap kamera dai kecik. Tengok kamera dah takde perasaan, even kamera gabak. Kena amik gambar dia pakai studio kamera kot baru dia jakun.

Elma dah lah garang, nak dapat gambar dia senyum punyalah susah. Kalau dapat snap dia senyum, memang bertuah sungguh rasa.

First shoot. Cubaan awal melarikan diri oleh Eisya. Elma pulak sibuk nak selongkar beg ibu. Gagal

Cubaan ke-4. Elma dah beri kerjasama. Walau tak senyum, dah pandang depan. Eisya masih dalam usaha 'Let me go.. Let me go!!"

Ibu dah malas nak pujuk, lantak lah dia situ. Abah, sila peluk anak awak kuat-kuat, jangan kasik lepas. Mehlah kita posing manja berdua je. Lantak lah budak 2 orang tu.

Anak-anak failed. Mak bapak pun failed. Dah kenapa mata nak kuyu gitu. Next.. Next.

Yang ni macam dah 90% perfect. Eisya senyum tengok Elma. Ekwan dah senyum, sekali mata akak lak buat hal. Failed.. Failed. Mari cuba lagi

Elma menangis pulak. Ekwan pun tutup mata. Argggh....

Eisya!! kenapalah gi turun weh.. Kalau tak dah dapat dah our almost perfect family picture tau

Dah shoot ke berapa ni?? Bila nak dapat yang perfect ni??

Lagi huru-hara. Eiii menyampah lah. 

Sudahnya aku pilih yang ni untuk submit ke Nuffnang. Paling perfect lah ni, kononnya.

Sesape ada anak sebaya dengan Esiya mesti ada masalah yang sama dengan aku kan. Nak amik gambar dia berdua dengan Elma lagi lah.. Takde kot yang perfect setakat ni. Ke kalau snap 200 shoot, 10 je yang perfect?? Boleh lah nanti cuba.. Tapi tunggu Elma pandai jalan lah.. Senang skit. Ke makin payah?

Lawatan Sambil Belajar Eisya

$
0
0
Selalu tau macam ni, event anak-anak tapi mak yang teruja entah macam apa. Nasib baik kebanyakan mak-mak moden zaman sekarang ni semua perangai kebanyakannya macam ni. Takdelah nampak aku over sorang-sorang. Jumaat lepas, tadika Eisya buat lawatan ke Farm in The City dan Balai Bomba. Eisya memang tak sabar, tiap hari balik sekolah tanya 'Esok ke ibu nak pergi fire station?' Heboh nak gi balai bomba, petting zoo tak kemaruk sangat. Mungkin sebab dah pernah pergi atau sebab cikgu kata nak tengok binatang, takde lah dia hairan sangat. Balai bomba kan tak pernah pergi lagi. Tu yang excited semacam tu.

Malam sebelum lawatan senang je aku suruh tidur, bangun pun pantas je. Takde lah nak kena pujuk-pujuk bagai. Elok je bangun, mandi pakai baju sendiri semua. Berkali-kali jugak aku pesan 'Eisya, nanti dengar cakap teacher tau, jangan lari-lari, jalan dengan kawan-kawan' Saja pesan walaupun aku yakin yang dia akan behave. Eisya kan kata cikgu dengar sangat, patuh bebenor. Semua cikgu cakap betul. Dengan ibu abah je dia berani menjawab. Yelah, at least dah bagi pesan. InsyaAllah, selamat semuanya. 

Pagi tu bila hantar dia ke sekolah, 2 bijik bas dah menuggu tepi sekolah. 

Hari ni teacher dah upload semua gambar ke Fanpage NurKids. Seronok tengok budak-budak reramai macam tu. Jangan pimpin tangan, pegang bahu. Elok je dengar kata, kalau jalan ngan mak ayah. terjerit-jerit mak kau. Ada lah jugak 3,4 keping gambar Eisya dalam banyak-banyak tu. Ralit aku layan gambar trip budak-budak ni.

Sepeti dijangkakan. Mesti nanti huru-hara tudung dia. Takpelah Cha.. Budak 5 tahun tudung gini gaya comel je. Kalau 25 tahun macam ni, orang geleng kepala.

Beriya gak dia cerita malam tu, dia kata puas dia nak tangkap fish tapi semua tak dapat. Tecaher je dapat tangkap fish besar. Hahaha..semua ikan lari Cha tengok korang ramai-ramai depan kolam tu.

Akhirnya, tanggal gak tudung dia. Berpeluh-peluh hah.. Cikgu siap kepit kotak tisu tu.. Huhuhu..

Wahhh..kagum tengok gambar budak-budak ni pegang ular. Eisya ni kira takut-takut lah ni. Hujung-hujung je dia sentuh. Tapi Eisya kata pakcik bomba tu kata kalau tak pegang tak dapat naik fire truck, Chacha pegang lah. Snake tu tak gigit pun. Berani anak aku. Kalau aku, belum tentu aku pegang kot. Geli.

Ni gambar paling jelas dan paling aku suka. Kalau tunjuk kat Eisya ni, mesti dia minta tengok semula berulang kali. Seronok dia dapat main air. Menurut citer Eisya 'Chacha padam api ibu..' Oklah, ibu caya lah, walaupun ibu rasa sebenarnya korang main tembak-tembak air je pun.

Kena kumpul semua gambar-gambar zaman tadika Eisya. Dari gambar kat Tadika Temanku. Nanti dah masuk sekolah kebangsaan, boleh photobook kan. Untunglah budak-budak sekarang dapat mak over macam aku. Lepas ni ada hari sukan pulak, tapi lepas raya. Cikgu nak training budak-budak ni dulu. Amboii, macam nak masuk SUKMA je pun cikgu punya semangat.

*gambar budak Eisya ni dah berpuluh ribu kot..

Resipi TomYam Tanpa Kiub

$
0
0
Akak nak share resipi. Lama dah tak post gambar makanan hasil air tangan akak. Hmm, malas sungguh gayanya. Tapi 2 minggu ni memang jarang sikit akak memasak. Sebab tak sempat restock barang basah. Asyik berjalan je kejenya. Tapi bila kawan-kawan post dan share resipi Tom Yam, tak tahan weh.. Terpikat akak nak mencuba. Dah lah senang, dan kawan-kawan kata hasilnya boleh sampai tonggeng mangkuk hirup kuah. Haruslah akak nak cuba gak.

TomYam memang antara menu wajib dalam seminggu kat rumah tu. Sebab TomYam digemari ramai dan mudah disediakan. Selama ni akak bergantung harap kat kiub tomyam. Kalau dah sedia-sedia bahan semua, tiba-tiba tengok kiub tomyam takde, terus tak jadik buat tom yam. Dan selalunya jadik paprik lah dia. Tapi bila Jue dan Ann share resipi mudah TomYam, tanpa gunakan kiub atau any TomYam paste, bersinar-sinar mata aku. Lepas ni takdelah nak rasa kecewa kalau kehabisan kiub.

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:-
  • 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan sedikit cili kering - blend kasik hancur
  • 1 batang serai -ketuk je
  • Lengkuas (pandai-pandai lah agak byk mana) - ketuk sahaja
  • Tumis semua benda kat atas, masukkan air, masuk kan lah isi tomyam. Aku masukkan ayam, udang, sotong dan sekeping ikan siakap. Tiru resipi Jue dan Ann. 
  • Pastu masukkan lah daut limau purut dengan tomato.
  • Jangan lupa letak garam sikit.
  • Aku derhaka resipi skit, aku masukkan 2 sudu sos ikan.


TomYam sedap. First time cuba masukkan siakap dalam tomyam.. dan hasilnya.. Pergghh!! Sedap weh. Lagi-lagi siakap tu fresh. Manis je rasa isi dia.

Kebetulan barang basah semua baru restock, hasil memborong kat Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor. Makin sedap lah tomyam aku dengan seafoos fresh.. Habis seperiuk. Eisya siap bertambah 2 mangkuk tomyam. Menyesal masak skit. Hah.. Kalau nak lagi ummmpp terangkat, letak daun ketumbar. Memang makin nyaman lah tomyam korang. Bagi aku daun ketumbar ni antara benda wajib kalau nak masak tomyam, tapi takde masih boleh dimaafkan selagi ada serai dengan daun limau purut. Takde 2 tu, bukan tomyam namanya.

Okay, boleh masukkan resipi tomyam ni dalam menu bulan puasa nanti.

Elma Eiliyah - 13 bulan

$
0
0
Lama tak citer pasal Si Epal ni. Baby garang. Eisya kata adik dia baby garang. Garang sebab sangat susah nak tengok Elma senyum. Bila sesekali tengok dia tergelak ketawa mengekek, memang terhibur kitaorang sefamili. Bila sekarang dia dah pandai joget-joget bila dengan lagu. Alahai, suka ibu. Pandai pun senyum anak ibu. Ingatkan ketat je muka tu sepanjang masa. Tapi sangat jarang okay. Dia tersenyum kalau dapat main air je kot. Hah.. Kalau dia dapat lepuk muka orang, pastu orang buat-buat macam sakit, nanti dia ketawa. Seronok agaknya berjaya lepuk muka orang. Main kasar dia ni.

Beriya ibu abah senyum Ma. Awak je berkerut kening.

Kenapalah sampai berkerut-kerut kening tu Elma? Memikir apalah tu. Macam banyak sangat masalah. Ada masalah ke dik? Tak cukup makan? Rasanya bab makan, ibu dah mengalah dah. Macam-macam dah Elma makan sekarang ni. Nasi beriani, nasi arab semua dah makan. Tak mampu nak berpantang sangat macam masa Eisya. Tak larat tengok dia menangis mengamuk minta nak makan sama apa yang Eisya makan, sudahnya suap jelah. Dan Alhamdullilah, Elma memang kuat makan, sampai ada masa aku takut dah nak bagi dia makan. Balik -balik, bagi dia nestum. Pastu selalunya Eisya akan makan buah. Dia join sama. Orang makan nasik, dia pun makan juga. Lepas tu susu pulak. Nasib tak sampai muntah.

Tapi tak tahu berapa berat dia sekarang ni. Vaccine unt umur setahun tak amik lagi ni. Mak busy. Klinik kanak-kanak kat USJ ni semua dah tutup. Nak kena gi Klinik Jameaton kat Sri Kembangan sana, tu yang bercinta nak gi tu. Lagipun, saje gak delay. Macam nak try seafood dulu kat dia. Ke awal sangat nak try seafood? Tapi kuah sup campur dia makan dah. Nampak gaya takde alahan. 


Elma dah bertatih tapi masih belum stabil sangat berjalan. Dapat 4,5 langkah, terduduk. Dah terduduk, dia merangkak je lah menuju ke destinasi seterusnya. Takpe, ibu pun takdelah berharap sangat awak cepat berjalan. Merangkak lah puas-puas. Merangkak pun awak boleh sampai ke washing area main sabun, kalau dah berjalan.. dah kukuh dan tegak berdiri, mesti nanti gigih memanjat pulak. Makin huru-hara lah rumah kita. Takpelah, ibu selalu pujuk hati ni tiap kali kakak awak tu menyepah rumah. Ibu anggap bila kakak menyepah rumah, itu maknanya dia cerdas, dia sempurna, pandai, tak reti duduk diam.. Nak rumah bersepah, anak cerdas ke rumah kemas tapi anak terlantar.. Bila pikir macam ni, kuranglah sikit kakak kena marah.. Marah tetap marah lah. So nanti kalau bersepah menjadi kuasa 2, ibu sengih je lah.

Elma ni mudah terkejut. Ekwan kata ikut perangai aku. Suka termenung, pastu kalau kena tegur mengelupur macam kena sergah. Sedangkan orang tegur elok je. Lagi satu dia tak boleh buat salah. Kang tak pasal-pasal dia menangis. Kalau dia tertumpahkan air dari cawan yang Eisya letak merata alam atas lantai, orang tak tegur apa pun, dia sendiri tiba-tiba menangis. Menangis beriya pulak tu. Paling kelakar kalau dia main remote TV, pastu dia tertekan button Off. Boleh dia menangis sebab tiba-tiba TV terpadam. Hahaha.. Kitaorang laki bini gelakkan je. Pastu kena marah dengan Eisya sebab gelakkan Elma menangis. Sayang jugak kat adik dia rupanya.

Masih lagi dengan muka tanpa senyuman. Sepanjang sesi kitaorang bergambar ni, aku rasa takde sekeping pun gambar Elma tersenyum. 

Jap, nak carik gambar Eisya umur setahun sebulan. Nak compare dengan Elma. Aku selalu rasa Elma lagi besar dari Eisya. Eisya dulu bila dah start jalan, dah slim sikit. Elma ni Alhamdullilah, sehat. Makin membulat.

Eisya (atas) dan Elma (bawah) ketika berusia 13 bulan. Samanya muka. Eisya nampak lebih lembut, Elma terserlah serius. Sama-sama suka air nampak gaya. Sah adik beradik. Elma nampak lebih berisi. ke mata aku je? Ikutkan selera makan Elma memang lagi besar berbanding Eisya dulu. Demam pun jarang. Sykur sangat *cuti ibu pun selamat*

Okay, sekian sahaja kisah Elma untuk edisi sempena dia berusia 13 bulan. Berjumpa lagi di bulan hadapan. 
Bye. 

Baju Menyusu Moden MUMSLUV

$
0
0
-scroll for new entry-

Hari tu akak try baju menyusu Mumluvs. Biasalah jadik breastfeeding mother ni, selalu rasa dianaktirikan dalam dunia fesyen tau. Baju-baju menyusu yang ada kat Jusco, Sogo semua tu selalu entah pape je design dia. Kalau yang lawa sikit, yang hati ni berkenan mesti harga merapu. Blouse sehelai pun sampai RM150++ Merepek. Kalau aku ni duit berkepuk-kepuk, boleh lah nak pakai baju mahal-mahal macam tu. Akak ni rakyat marhaen je, blouse akak standard RM50-60 je. Kalau dapat yang harga RM50 ke bawah lagi akak melonjak gembira. Tapi nursing blouse ni ada sedikit kelonggaran lah, dia kan ala-ala eksklusif, memang jarang lah nak dapat yang bawah RM50. Lagi-lagi yang lawa dan design dia moden.

Dan akak nak berterima kasih kepada MUMSLUV sebab hasilkan baju-baju untuk ibu menyusu yang lawa-lawa, in-trend, dan yang paling penting Mampu Milik. Dan sempena nak raya tak lama lagi, Mumsluv ada buat keluaran baru untuk koleksi baru baju menyusu moden. AINY nama baju tu.Akak dah cuba sehelai. Kali pertama akak cuba baju menyusu jenis selak-selak je ni. Selalunya baju menyusu akak jenis zip. Agak leceh jugak sebenarnya baju menyusu jenis zip. Nak tarik-tarik zip, lagi-lagi kalau kena jenis zip problem. Nak kena letak baby dulu, yelah sebab nak kena guna dua tangan tarik zip tu. Saja lah cuba jenis yang selak-selak je ni. Pagi tadi try susukan Elma, okay. Sangat mudah, sebelah tanganje pun boleh selak bahagian atas tu.

Dan yang penting, design dan corak baju dia lawa. Itu kriteria utama. Hahaha, akak kau ni memang mengutamakan rupa luaran. Selalu sangat dia ni mendulukan rupabentuk dari fungsi. Tapi Alhamdullilah, pilihan kali ni memenuhi kedua-dua kriteria.


 Antara koleksi AINY. Ada 24 pattern. Banyak yang akak berkenan, susah gak nak pilih. Tapi bila selak-selak baju dalam almari, tak banyak baju kaler peach/orang yang akak ada. Akak pilih yang macam kat bawah ni.

AINY milik akak.. Suka akak corak dia *musim harum manis, terus amik gambar dengan harum manis*

Dah sambil-sambil akak godek website MUMSLUV tu, nampak lah promotion banner ni berlegar-legar. Berita baik kena share dengan kawan-kawan. Ada promosi sempena hari ibu weh.. Diskaun sampai 50%. Bersinar-sinar bijik mata. 

Up to 50% kau.. Gi serbu sekarang.


Mavam kenan je yang kaler purple tu

Blouse-blouse ni pun nak. 

Bilalah duit claim income tax nak dapat ni?? Boleh akak shopping selai 2 baju baru. Hujung bulan ni nak gi Ipoh. Jalan-jalan sempena anniversary. Sambut anniversary kenalah pakai baju baru kan.. 

Akak tau sekarang memasing dah sibuk nak kumpul baju raya kan.. Yang menyusukan anak tu, boleh lah jengah MUMSLUV ni. AINY tu sangat sesuai dijadikan baju raya tu. Banyak corak menarik untuk dipilih. Kalau nak cuci mata, boleh gi website dia. Alang-alang, orderlah selai 2.

Website MUMSLUV:  www.mumsluv.com

Akak akhiri entry akak dengan gambar akak selfie dengan AINY.
Selesa, Cantik dan Breastfeeding Friendly.


Percutian Percuma ke Port Dickson - Mandi Kolam

$
0
0
Rezeki. Setiap tahun dapat lah jalan-jalan ke Port Dickson dengan tajaan 80%. Bukan 100% sebab minyak kereta tetap kena isi sendiri, takde siapa nak taja. Bahagia sangat kalau ada yang nak taja 100%. Tapi dapat 80% pun dah untung sangat. dapat pulak duduk kat hotel best. Yang semalam sampai RM400++ Kalau sendiri bayar memang tak merasalah. Standard aku hotel 3 bintang ke bawah je. Sayang nak berhabis banyak kat hotel. Kat makanan takpe.. Dayu kan, makanan sentiasa diutamakan.

Ni adalah kemudahan yang company Ekwan sediakan. Nak harapkan Rumah Persekutuan, sepanjang 8 tahun aku kerja ni, tak pernah sekali pun berjaya tempah kot. Penuh sesaja. Lagi-lagi yang kat Port Dickson ni. Nasib ada yang Ekwan, manfaatkan lah sepenuhnya.

Kali ni pergi bersama Reen dan Farid. Offer adik-beradik, semua tak available. Marilah kita bercuti bersama kawan-kawan. Nak pergi sendiri mesti nanti Eisya boring takde kawan. Gi ngan Reen, boleh lah dia main dengan Fahrin and Luqman. Meriah sikit. Lagi pun family suite tu ada 2 bilik, membazir je kalau pergi sendiri. Kebetulan derang pun free, jom lah kita. Malam Jumaat dah check-in. Pakej tajaan adalah selama 3 hari 2 malam. Tapi sebab Jumaat banyak keje, tak boleh nak cuti, malam lah baru kitaorang sampai.

Tiap kali datang Ancasa All Suite, PD ni memang aktiviti kitaorang mandi kolam lah. Lepas kolam laut, pastu kolam balik. Berendam lah kau situ. Kena pulak anak-anak aku memang ratu air, sesuai sangat lah tu.

Muka lepas breakfast *muka tak mandi* Tak semenggah muka aku, Reen maintain je comel.
Anak-anak sulung dah tak menyabar nak terjun kolam

Budak ni sangat seronok. Keje dia asyik menyelam je. Siap boleh sengih-sengih dalam air.

Elma malas layan ibu amik gambar sebab dia tengah sedap tepuk-tepuk air, ibu sibuk panggil tengok kamera. Sampai hati awak Ma..

Reen and Farid. Alah Fahrin tak nampak. Sian Luqman, takut-takut dia umi bawak masuk kolam orang besar.

Anak-anak abah. 

Mama, Ibu, Abah. Kakak Eisya tengah terjun tiruk kat slide.

Masih takut-takut nak belajar menerapungkan diri

Seronok 3 beranak ni bergurau senda dalam kolam. Adik dalam cubaan merampas pelampung kakak.

Oittt, mana nak lari. Bak sini pelampung tu. Kata nak belajar berenang, apa kes pakai pelampung.

yeay..akhirnya dapat gak pelampung ni.

Kitaorang turun kolam dalam 9.30am, nak dekat pukul 12 baru budak-budak ni keluar meninggalkan kolam Punyalah lama berendam. Jari pun dah kecut je masing-masing, tu pun kalau boleh tak nak naik lagi derang ni. Kena pujuk kata nanti nak gi laut pulak, baru redho keluar dari air. Kolam renang kat Ancasa All Suites Resort ni best. Besar, luas. Kolam untuk budak ada 2. Ramai-ramai pun takde lah rasa penuh sangat. Lagi-lagi hari Sabtu, ramai yang belum sampai. Tu yang makin seronok budak-budak ni main air. Slide pun kami yang punya. Bila naik bilik, sambung main air dalam toilet pulak. Suka bebenor dengan air. Bagi makan, minum susu.. Terus tertidur. Tahu pun letih. 

Petang kita mandi laut pulak ye.. Tidur dulu, kasik re-charge itu tenaga.

*Semua gambar diambil dengan SJ4000, tak payah nak GoPro sangat lah. SJ4000 pun dah best, lawa je gambar-gambar dia. Makin malas lah laki aku angkut DSLR lepas ni.

SO MUCH MORE™ with JOHNSON’S BABY

$
0
0

Antara perkara aku ralat dalam membesarkan Eisya dan Elma adalah, aku terpaksa hantar 2 beradik tu ke nursery sementara aku keluar bekerja. Lama anak-anak aku kena duduk dengan orang. Dari pagi sampai ke petang. Adakalanya sampai ke malam baru aku datang. Besar sungguh pengorbanan anak-anak untuk mak ayah. Ralat sangat, sebab masa yang aku ada dengan anak-anak sangat terhad. Dahlah anak-anak aku jenis tidur awal, minum susu, golek-golek depan TV, tahu-tahu tertidur dah. Sedih mak nak. Dan aku paling sedih masa peringkat anak-anak bergelar baby. Sebab masa ni lah yang paling seronok nak gomol dan bergumpal anak. Geletek-geletek, pastu mengekek-ngekek budak tu ketawa tahan geli. Alahai... rindunya nak bergurau-senda dengan anak.

Lagi 1 hal yang aku ralat adalah bab memandikan anak-anak. Aku hanya berpeluang mandikan anak waktu hujung minggu je. Hari-hari lain, pagi-pagi masam dah gi rumah orang, petang balik wangi je. Dan sebab tu, bila hujung minggu je. Aku akan mandikan sendiri Eisya dan Elma. Elma lah especially, as Eisya selalunya dia mandi sendiri. Dah besar kan. Nak ganti semula masa yang sepatutnya aku luangkan untuk dia. Bab mandi, main air budak mana je tak excited. Eisya tu kalau dibiarkan, sejam pun dia boleh duduk dalam bilik air rasanya. Kalau dibiarkan mandi sendiri, huru-hara bilik air jadiknya. Shower foam, ubat gigi, shampoo semua kena sorok.. Kalau tak buat parti buih lah budak tu. Elma yang setahun tu pun kalau dah masuk bilik air, susah nak bawak dia keluar. Sampai kecut-kecut jari.

Bila berpeluang hadir ke majlis pelancaran kempen SO MUCH MORE™ oleh Johnson,s Baby pada 29 April 2015 di KPJ Ampamg Puteri dan dimaklumkan berkenaan laporan  Johnson,s Baby Global Bath Time, aku bersyukur sebab aku masih berpeluang merasai nikmat menjaga dan mengurus sendiri anak-anak walaupun bukan sepenuh masa. Aku bersyukur masih mampu membelai dan memberi sentuhan kepada anak-anak. Sesungguhnya, ransangan yang anak-anak terima daripada ibu bapa adalah sangat penting dalam perkembangan dan tumbesaran anak.

Emcee of the day, the beautiful Belinda Chee who also a mom herself.

Kempen SO MUCH MORE™ oleh Johnson's Baby dengan kerjasama KPJ Ampang Puteri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat secara rasminya dilancarkan.

Johnson's Baby melancarkan kempen ini kerana mereka percaya setiap bayi berhak untuk mendapat LEBIH dan yang terbaik. Setiap bayi harus mendapat Lebih sentuhan, Lebih masa bersama, dan Lebih rangsangan bagi menjamin perkembangan yang lebih sihat. Rasanya kebanyakan ibu bapa moden sekarang dah sedar betapa pentingnya kita merangsang deria anak-anak bagi membantu perkembangan derang. Tapi disebabkan kesuntukan masa, kesian anak-anak kita. Harapkan babysitter je lah. Mak ayah ada masa time hujung minggu. Sebab tu, bila Johnson's Baby share tentang segala kebaikan yang boleh kita perolehi masa memandikan anak, aku rasa aku kena manfaatkan segala peluang yang aku ada semasa mandikan Elma untuk memberi yang terbaik untuk dia.

Meh tonton video kempen SO MUCH MORE™ dariJohnson's Baby ni. Cute sangat baby ni. *akak tengok ulang-ulang banyak kali* 


Wow!!! Mandi bukan hanya untuk membersih dan menghilangkan bau masam anak-anak okay. Banyak faedah yang boleh diraih dengan hanya memandikan anak. Masa mandilah adalah masa paling berkualiti untuk bermain dengan anak. Main bubble, main jirus-jirus air. Sambil happy-happy tu, dapat juga bantu baby kita develop their hand and eye coordination. Selain tu, boleh nyanyi sama-sama. Mesti nanti dia pun beriya nak ikut kita menyayi.. Time ni lah nak borak-borak dengan anak. Walaupun dia macam tak paham, tapi ianya sangat membantu perkembangan anak-anak. Dan aku juga baru je tahu, bayi yang dimandikan dengan sabun mandian yang berbau wangi ni akan lebih berinteraksi dengan parent dia lepas mandi. Senang lah sikit nak pakaikan dia baju, takde lah keje nak lari sana-sini. Fakta berguna ni.


Fakta menarik mengenai 1001 rahsia disebalik aktiviti memandikan anak

Lagi 1 fakta yang menarik pasal bathtime ni. Hampir semua respondant dalam kajian yang Johnson's Baby jalankan menyatakan gajet-gajet ni sentiasa menjadi penyebab mereka tak memberi perhatian kat anak-anak. Hadap handphone lebih dari hadap anak. Tengah main dengan anak kat playground pegang handphone, tengah makan pun handphone tak lepas *Terasa akak tau, tapi selalunya akak pegang phone sebab nak amik gambar budak 2 orang tu je* Tapi masa mandilah, masa yang mereka boleh tumpukan 100% perhatian kat anak-anak. Bathtime is a family event with No Room for tech devices!!!

Semasa pelancaran kempen SO MUCH MORE™ ni, turut diadakan sesi perbincangan bersama-sama pakar-pakar dari Johnson's Baby yang turut disertai oleh celebrity mom, Scha Alyahya. It's a very good session for sharing a lots of great information on the importance on stimulate baby development during their early age. 

Discussion with Johnson & Johnson R&D Expert: Robert Kwon, Scent Expert: Pabitra Gosh, KPJ Paediatrician: Dr. Nomee Ashikin and Scha Al-Yahya.

Scha sharing her experience with Lara Alana.

Antara perkara yang dibincangkan adalah pattern memandikan anak di Malaysia. Fakta menarik bagi aku. Kira parents kat Malaysia ni aware lah jugak pasal kepentingan memandikan anak-anak. Mostly parents kat Malaysia memandikan anak 14 kali seminggu. 2 kali sehari lah tu. While globally, 6 kali je seminggu. And spent about 15 minute for each session. Wow.. lama ni. Aku jarang mandikan Elma lama-lama, risau dia selsema. Lagi-lagi masa dia infant. Bila dia dah setahun ni, layankan je lah dia main tepuk-tepuk air dalam baldi. Tergelak-gelak makcik tu nak tangkap bubble. Ok, lepas ibu dah tahu segala kebaikan yang kita boleh dapat semasa aktiviti ni, lepas ni lamalah kita duduk dalam bilik air ye.

So Much More to discover with Johnson's Baby

Untuk lebih maklumat serta tips berguna dalam hal penjagaan anak-anak untuk dijadikan rujukan bersama, korang boleh ke website rasmi JOHNSON’S® ni:-

Atau Facebook JOHNSON'S baby:


Children are the future!! The deserves More to build better!!
#SoMuchMore


Customized Shower Gel for Teacher's Day

$
0
0
Tipikal mak-mak moden. Mak lagi over dari anak. Segala benda. Hal anak, aktiviti anak tapi mak yang melebih-lebih. Budak tu takde apa pun, tapi mak yang mengelupur. Hahaha, biasalah mak-mak sekarang ni. Macam last week, Hari Guru. Anak rileks je. Siap tak paham apa pun, tapi mak-mak semua dah kelam-kelibut. Kat group Whatsapp macam-macam benda bincang. Nak bagi cikgu hadiah apa, yang kena bawak makanan sempena potluck kat sekolah pun huru-hara pikir menu. Komited sungguh mak-mak masa kini. Untung anak-anak. Aku rasa aku dulu-dulu, mak aku takde peduli pun semua ni. Pepandai kau lah. Sudahnya, aku rasa aku start bagi cikgu hadiah Hari Guru masa sekolah menengah je. Masa tadika, Hari Guru bila pun tak tahu.

Mula-mula aku macam tak amik port bab Hari Guru ni sebab sekolah Eisya macam takde buat sambutan pun. Malas lah aku nak beriya bagai prepare hadiah untuk cikgu. Tapi bila tengok member macam sakan je order customized shower gel yang Yaya buat sempena hari guru ni. Tergoda akak tau. Dah lah benda tu comel. Terus akak pun teringin. Terus tanya 'Bape sebotol ni Yaya?' Bila Yaya jawab 'RM5 dayu' Terus akak order 10 botol.

Murah kan.. RM5 je Yaya jual. Benda-benda customized gini jual RM5 memang berlumba lah orang membeli. Sampai Yaya tak terbuat dah. 

7 warna pilihan. Aku paling suka yang merah dengan oren. Hijau pun suka. Yang biru pun cun. Eh..semua kaler lah aku suka. Suka macam nak beli untuk diri sendiri. Tapi kan orang kata kalau nak bagi barang kat orang, bagi yang kita suka. Baru lagi berkat.

3 botol untuk cikgu-cikgu Elma. Eisya tolong tuliskan nama

From Eisya for her teacher. Untuk Eisya aku belikan 7. Sebab cikgu kat NurKids ada 7. Biar semua cikgu dapat sebab Eisya daycare student kan.. smua cikgu tolong jaga dia sampai ke petang. Jasamu dikenang dengan sebotol cute shower gel.

Aku memang kagum dengan hasil kerja Yaya. Dia memang berbakat bab-bab ni. Masa birthday Eisya dulu pun ingat nak minta dia buatkan gift, tapi sebab KFC dah sediakan, tak jadiklah. Next birthday lah.. Kat taska ke nanti.. Dah lepas pun apa salahnya bagi budak-budak makan kan.. Happy kan budak.. Korang boleh tengok hasil kerja Yaya kat IG atau Facebook ParteesandSuch. Yaya buat semua ni fulltime. Dan 1 lagi winning point servis ParteesAndSuch.. Yaya akan hantar kan sendiri order ke korang. Tapi kalau yang jauh-jauh tu adalah caj nyer kan. 

Instagram: @Parteesandsuch
Call/Whatsapp: 012-663 9934 (Yaya)

Kalau aku dapat benda comel-comel gini mesti sayang nak guna. Mesti jadik hiasan je atas shelves kat bilik air tu. Kalau guna pun, dah habis mesti sayang nak buang botol. 


Potong Kek Lagi

$
0
0
Ini betul-betul lama punya peram ni. Lama dia dok jadik draft. Semua sebab aku tak transfer-transfer gambar dari kamera. Tu yang sampai 3 minggu tertangguh. Citer pun agak dah basi, tapi dah alang-alang..publish kan aje. Alah, 3 minggu je pun. Sedangkan cerita setahun lepas pun boleh dibahankan, apa lah sangat kisah 3 minggu lepas.

Ini adalah kisah semasa di Cherating, masa cuti Hari Pekerja yang lepas. Masa kat Cherating tu, aku amik kesempatan untuk bagi Eisya potong kek bersama sepupu-sepupu dia. Yelah, masa buat birthday kat KFC, tak semua dapat datang sama. Dah alang-alang semua ada, sepupu yang kat Sarawak pun ada balik time ni. Marilah kita potong kek sekali lagi. Aku nak beli kek Secret Recipe, tapi pagi sangat sampai kat Kuantan. Semua Secret Recipe tak bukak lagi. Time tu pukul 9.45am. Hhhmm, tak kan nak tunggu depan kedai lak. Kang dah menunggu, kek pun takde. Buat frust je. Lagipun, tak rajin nyer Ekwan nak melayan aku tercongok depan kedai. Maka, sambil drive menuju ke Cherating nampak kedai King's Bakery dah bukak. Jadiklah, asal namanya kek.

Tempekkan gambar Elsa dengan Anna. Sukalah budak tu.

Potong kek sekali dengan Farisha, sebab sama-sama birthday bulan 4. Farisha 25 April tak silap. Sorry, Achik Yu failed bab ingat birthdate anak-anak buah.

Eisya seperti biasa, malu-malu. Dengan sepupu sendiri pun nak malu. Ntah pape je dia ni. Time main, takde pulak malu.

Jom makan kek!!! 

Lepas makan kek, semua terjun laut semula. Aku beli kek coklat pisang, budak-budak tu siap cakap 'Kek apa ni CikYu? Tak sedap' Isskk, jujur sangat korang ni. Tak pandai langsung nak membodek tau. Tapi nasiblah korang tak suka, CikYu memang beli kek ikut selera CikYu. Korang tak suka, boleh CikYu makan 2,3 slices. Sedap apa kek banana coklat. CikYu suka je.

Tahun depan InsyaAllah kita celebrate kat kampung nak.. Buat dengan sepupu-sepupu, mesti lagi meriah. Okay,sediakan tabung birthday anak dari sekarang. Hahaha..Over kau Dayu. Macam nak kawinkan anak je gayanya. 
Viewing all 233 articles
Browse latest View live