Orang takde anak lelaki. Gini gaya lah. Nasib anak tu tak dibentuk jadik princess oleh ibu. Rajinlah dia melayan abah dia. Layankan je lah Cha. Nak buat camne, dah takde rezeki abah nak dapat anak lelaki. Kenalah awak yang melayan segala hobi dia ni.
dah serupa alien dah ibu tengok
bapak terengih sentil, anak cover cuak
Ekwan memang macam-macam keinginan dia. Lagi-lagi sejak jadik pokcik-pokcik ni. Dulu muda-muda gilerkan kereta. Pastu dah bosan kot, sebab dah tak seiring dengan usia. Kemudian berjinak-jinak pulak dengan aktiviti memacing ikan. Terus lengkap segala aksesori memancing dia. Dedikasi sungguh kat hobi baru. Sekarang ni ala-ala tersadai dah batang joran dia tu. Tup.tup berangan nak beli motor besar lak. Selamba aku sound 'larat ke nak bawak, kaki tu sampai tak?' *balik minta maaf*
Ni tengah sibuk nak beli pajero, nak masuk hutan katanya. Siap macam-macam justifikasi dia bagi kat aku nak minta izin beli pajero. Adeiih, macam-macam. Alah, macam kalau aku kata tidak dia peduli, duit dia kan. Asal tak kacau monthly commitment kitaorang, aku rasa tak lama lagi muncul pajero sebijik ni. Tapi layan jugak kan kalau masuk camping dalam hutan. Okay, gi lah order pajero sebijik. Bulan depan bleh gi Hutan Belum.